Teruk dikritik hingga dikatakan terpesong jauh dari landasan agama. Akhirnya ibu Puteri Balqis tampil bersuara.

Business

Teruk dikritik hingga dikatakan terpesong jauh dari landasan agama. Akhirnya ibu Puteri Balqis tampil bersuara.

PETALING JAYA – Ibu kepada pelakon Puteri Balqis, Norashikin tampil bersuara mempertahankan anaknya selepas dikritik hebat kononnya telah terpesong jauh daripada landasan agama.

Teruk dikritik hingga dikatakan terpesong jauh dari landasan agama. Akhirnya ibu Puteri Balqis tampil bersuara.





Norashikin atau nama sebenarnya, Norashikin Mohd. Aziz menjawab teguran daripada seorang ustaz mewakili para warganet yang sejak minggu lalu tidak berhenti mengkritik dan mempersoalkan imej Puteri Balqis sehingga ada yang menyelar pelakon muda itu sebagai remaja bermasalah.

ARTIKEL MENARIK:Ada pulak yang kata isteri Ariz Ramli main wayang bantu individu yang terlibat dengan banjir. Sekali Farra tampil dedah nak taja sesuatu buat warganet.
loading...


“Salam kepada Ustaz Sulaiman. Terima kasih DM (mesej peribadi) anak saya Puteri Balqis. Illuminati? Liberal? Underground? Serta pelbagai lagi spekulasi. Pastinya kami punya pengetahuan tentang semua itu. Tapi untuk menjadikan semua itu cara hidup kami, 200 peratus jauh sekali.

“Malah kami tidak berminat untuk bersatu dalam sesebuah organisasi. Paling ‘havoc’ kami Cuma pergi ke kedai mamak sahaja. Malah saya sendiri amat tidak menyukai tempat yang dipenuhi manusia,” jelas Norashikin menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan dalam InstaStory milik Puteri Balqis.

Menjawab tentang tuduhan tentang keluar daripada ajaran Islam kerana dipengaruhi golongan Kristian, Norashikin menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali membiarkan perkara itu dilakukan oleh Balqis.

Biarpun mengakui diri sendiri banyak kekhilafan termasuk mencacah tatu pada badan, Norashikin bertegas tidak akan membenarkan anak perempuannya melakukan kesalahan sama seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini. Norashikin bagaimanapun tidak memperincikan apakah kesilapan silam yang pernah dilakukannya.

“Setiap agama itu mempunyai keindahan masing-masing. Tidak akan sesekali anak muda bernama Puteri Balqis itu keluar daripada agamanya. Zahirnya saya sebagai ibu itu nampak bertatu, liar, dark (dalam kegelapan), tapi mana mungkin saya akan membiarkan anak saya mengulangi kesilapan saya.

“Pastinya saya akan jaga dengan penuh kasih sayang. Sebelum ini saya berdiam diri kerana apabila saya bercakap, orang kata ibu masuk campur. Bila anak bercakap, sama sahaja jadinya,” katanya.

Ujar Norashikin lagi, dia mengakui bahawa kehidupannya dikelilingi dengan persekitaran yang tidak baik dek kerana manusia-manusia yang suka bercakap belakang.

“Ya. Kami di sekeliling kami penuh dengan pengumpat dan pencela. Kami lari daripada golongan manusia yang selepas sujudnya, selepas meraung berdoa, lalu mereka kembali berkumpul menghina sesama manusia,” jelas Norashikin.

Bahkan, wanita itu juga menolak dakwaan bahawa Balqis yang kini berusia 14 tahun terjebak dengan ikutan (trend) anak-anak muda masa kini seperti pengaruh daripada media sosial, TikTok.

“Anak saya tidak bergantung pada mana-mana trend terutamanya dalam TikTok. Mengapa tidak anak-anak mereka. Maaf jika sensitif. Nama sahaja bertudung, tapi bergoyang sakan di TikTok.

“Bertudung, tetapi tidak malu segan bercium di TikTok,” ujarnya.

Dalam perkongsian tersebut, Norashikin juga melahirkan rasa kesal apabila pelakon yang terkenal menerusi drama Akulah Balqis itu dihina kerana tidak mendapatkan pendidikan normal di sekolah berbanding anak-anak orang lain.

Norashikin menegaskan bahawa, Norashikin berkata bahawa dia serta anaknya masih insan yang sama, namun memilih untuk menjadi manusia keseorangan (solitude) kerana keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.

“Kami percaya ramai yang seperti kami. Menghindarkan diri daripada manusia-manusia, tetapi mencari manusia yang indah sifat mereka untuk dijadikan sahabat.

“Jika ada terbnampak kami di mana-mana, datang sahaja pada kami tanpa mengasari kami, agar kami tahu kami masih lagi dikasihi manusia lain,” ujarnya.

Terdahulu, nama Puteri Balqis serta ibunya menjadi topik hangat bualan wargamaya apabila dikatakan telah tersasar jauh daripada landasan agama Islam.

Penampilan pelakon yang pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu turut menarik perhatian apabila berkongsi foto memakai skirt pendek dan berstoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak dalam Instagram miliknya.

Bahkan, wargamaya turut mempersoalkan penampilan ibunya yang dilihat mempunyai tatu di kedua-dua tangannya. – Sumber: K! ONLINE

Pertikaikan Kenapa Nak Halang Cinta Sejenis. Terkejut Bila Puteri Balqis Respon Soalan Warganet Macam Ni.

Nama Puteri Balqis kembali disebut selepas menitip pesanan di Instastories ditujukan khas buat haters yang pernah mencmuh dia dan ibunya suatu ketika dahulu. Beberapa siri hantaran dalam sesi soal jawab di Instastories terkini menarik perhatian penulis. Antaranya adalah pendapatnya terhadap Muslim yang meminati kaum sejenis.

“Tuhan itu dwibahasa, jadi Dia memahami pelbagai bentuk kasih sayang. “Terlalu banyak kebencian disebarkan, kenapa nak halang cinta terakhir ini? “Percaya pada Sang Pencipta, kalian wujud untuk berkasih sayang,” jawabnya. Masih ingat perkongsian hidupnya menerusi program Bersamamu TV3? Dia menegaskan bahawa dirinya tidak pernah menyesal kerana dari situlah dia mengenali siapa kawan, siapa lwan.

 

Puteri Balqis turut berkongsi keadaan kesihatannya terkini yang masih dalam proses untuk sembuh, namun sudah berhenti mengambil st.eroid dan u.bat-u.batan sebaliknya beralih kepada rawatan berasaskan bahan semula jadi. 




Kenapa nak larang cinta homosksual? Lain macam betul Aqish sekarang!

Sumber : cari

Lepas Dikritik Warganet Tentang Isu Pemakaian. Puteri Balqis Tampil Menjawab Soalan Berkaitan Ibunya.

Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan pemakaian pelakon cilik Puteri Balqis yang dikatakan makin seksi. Melihat perkongsian Balqis, memang lain daripada yang lain. Boleh tahan juga penampilan pelakon yang kini sudah pun berusia 14 tahun itu.

Ramai wargamaya yang terkejut dengan perubahan pelakon cilik tersebut. Rata-rata warganet mengkritik tentang pemakaian Puteri Balqis yang terlalu menonjol. Malah ada juga warganet mendoakan Puteri Balqis agar berubah dan mendapat hidayah.

Apa yang adik belajar dari ibu adik?

Sebelum ini ramai juga yang tertanya-tanya mengenai perkembangan terkini Puteri Balqis sejak memadam akaun Instagram nya baru-baru ini. Antara punca yang dikatakan dia berbuat demikian adalah kerana pelbagai kritikan terus dilemparkan pada pelakon ini dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz.

Kisah Balqis mula mencuri perhatian ramai selepas melihat mengenai kehidupannya yang kini hanya berdua bersama ibunya selepas wanita itu berpisah dengan suami sejak beberapa tahun lalu.

Menjengah ke ruangan Instagram Story, Balqis mengatakan ibunya adalah sumber kekuatannya selama ini. Banyak yang telah dipelajari olehnya ketika membesar dengan ibunya. Rata-rata warganet menanyakan soalan berkaitan kehidupannya sekarang. Ada juga warganet yang tanya berkaitan ibu kepada pelakon cilik tersebut.

“Halo adik. orang kata adik rebel dan tak ingat tuhan”. “Apa yang adik belajar dari ibu adik?”.

Mnerusi soalan tersebut Puteri Balqis menjelaskan ibunya bukanlah seburuk yang disangka oleh rata-rata warganet, malah wanita itu sentiasa menolong haiwan sekecil serangga dan bersekah setiap hari. Pelakon cilik itu juga telah berkongsi doa yang ibu yang selalu dibaca setiap hari.

“Dear uncle, thank you so much for this question.”

“Ibu saya wanita bert4tu sentiasa menolong haiwan sekecil serangga, tidak ada sosial media,mengelakkan diri dari manusia kerana tidak mahu mengumpat mengej1, berterima kasih kepada rumput yang dipijak dadn memohon maaf kepada haiwan2 yang dikhianati.”

“Setiap hari dia akan berjalan dan bersedekah kepada pemotong rumput dan tukang sapu sampah.Ini doa ibu saya setiap hari”. “Wahai pencipta kami ampunkan seluruh hambamu termasuk tumbuhan dan haiwan,semoga seluruh hambamu dijauhkan dari seluruh pengkh1anatan.

Balqis juga turut mengucapkan terima kasih dan bersyukur kepada peminat dan rakan-rakan yang sentiasa berada disampingnya dan masih menyokongnya.

 

“Wahai haters, saya dapat melihat kebanyakan dari anda sedang berada di page saya sekarang. Kerana saya tidak akan pernah melupakan apa yang anda katakan tentang ibu saya. “Seorang anak perempuan yang tidak dapat melupakan hari ibunya meraung di muka bumi.” luah Balqis. Balqis turut mempersoalkan adakah mereka yang tidak menyukainya akan melihat mereka sebagai ahli keluarga dan bukan sebagai orang asing.

“Ianya hari yang indah. Adakah anda akan melihat kami sebagai ahli keluarga anda, bukannya melihat kami sebagai orang asing? “Bolehkah kita berdoa untuk satu sama lain, dari jarak yang berbeza? soal Balqis lagi. Baru-baru ini, nama Balqis menjadi perhatian ramai selepas berkongsi penampilannya yang disifatkan sebagai berani kerana memakai skirt pendek berserta stoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak.

Seperti yang diketahui, nama Balqis sebelum ini pernah tiba-tiba hilang daripada radar dunia seni sebelum diketahui bahawa dia menghidap masalah kesihatan. Harap-harap Balqis berada dalam keadaan baik-baik sahaja ya.Sehingga kini, Balqis tidak pernah bercerita denga lebih terperinci masalah kesihatan yang dihadapinya itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber: Instagram@Morosechild viaEra Kini



-----------------------------------------------------------------