PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.
Menurut kenyataan IJN, Ahli Parlimen Langkawi itu tiba di IJN pada pukul 7 petang tadi bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian susulan.
ARTIKEL MENARIK:Alhamdullilah kerajaan umum baucar RM 50 akan diberi kepada penerima BPR hingga hujung bulan. Ini cara semakan.

Menurut kenyataan IJN lagi, bekas perdana menteri itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan penuh dan memerlukan pemerhatian lanjut.
“Beliau akan menjalani pemeriksaan kesihatan penuh dan memerlukan pemerhatian lanjut.

“Tun dijangka berada di IJN untuk beberapa hari akan datang,” jelas kenyataan itu.Untuk rekod, Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini pernah mendapat serangan jantung pada tahun 1989, dan dua lagi serangan jantung pada tahun 2006 di mana setahun kemudian beliau menjalani pembedahan pintasan kuadrup.
Kesemua rawatan jantung Mahathir dan jangkitan dada seterusnya telah dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
Menerusi gambar yang dimuatnaik di facebook Tun Mahathir, Di bahagian komen rata-rata pengikutnya mendoakan agar Tun Mahathir agar segera sembuh dan dipanjangkan umur.



Semoga Allah Swt memberkati dan merahmati Tun M supaya pulih spt sediakala.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Dikatakan Bersalah Atas Penylewengan. Terkejut Bila Tun M Masih Lagi Tidak Puas Hati Dengan Satu Perkara Ni.
Keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan jelas membuktikan Datuk Seri Najib Razak bersalah atas dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, beliau tidak berpuas hati apabila mahkamah membenarkan hkman terhadap Najib ditangguhkan sementara menantikan keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Malah, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi, menyifatkan keputusan penangguhan hkmn berkenaan adalah satu ‘rekod dunia’. ‘Oleh kerana ianya tidak bercanggah dengan undang-undang, Najib tidak akan menjalani hkman kerana Najib membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
“Ini hak Hakim. Ia adalah satu rekod dunia, mengikut Department of Jstice (DOJ), Amerika Syarikat, orang yang didapati bersalah kecil pun tidak pernah mendapat penangguhan hkman seperti ini,” katanya menerusi hantaran di blognya pada Rabu. Ujarnya lagi, keadaan itu akan membuatkan proses pendakwaan berlarutan selama beberapa tahun bahkan berkemungkinan besar Najib akan turut bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Di masa itu ia (Najib) bebas seperti orang yang tidak bersalah. Kalau semasa menanti ia (Najib) dibenar terus jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia (Najib) juga dapat bertanding dalam PRU 15. “Jika ia (Najib) menang dan sekali lagi jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia (Najib) boleh jadi Perdana Menteri juga,” soalnya.
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadapnya yang disabit dengan hkman tahanan 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan untuk menolak rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pekan itu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas.
SUMBER: AWANI
Lepas Mahkamah Rayuan Sepakat Tolak Rayuan Najib . Ini Yang Berlaku Di Rumah Sekitar Kediaman Beliau.
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan bersalah Najib Razak yang dituduh terlibat dalam kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang h.ram dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
Ketiga-tiga hakim juga sependapat untuk mengekalkan hkman tahanan 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap bekas perdana menteri tersebut. Panel tiga hakim itu dipengerusikan oleh Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara menolak rayuan Najib untuk membatalkan keputusan terdahulu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Semasa prosiding secara hibrid pagi ini, wajah Najib kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan Abdul Karim.Dua lagi hakim yang mendengar permohonan tersebut ialah Vazeer Alam Mydin Meera dan Has Zanah Mehat.
Sebelum ini Najib memohon untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas yang mendapati dia bersalah atas satu pertuduhan salah guna jawatan sebagai perdana menteri, tiga pertuduhan pecah amanah jen4yah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dana SRC.
Kediaman Najib jadi tumpuan
Kuala Lumpur: Pengamal media mula berkumpul di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pavillion Residence dan Jalan Langgak Duta susulan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hkman terhadap kesemua tujuh pertuduhan terhadapnya.
Sehingga kini, masih tiada sebarang pergerakan di kedua-dua lokasi berkenaan dan dipercayai beliau sedang menjalani perintah kuarantin berikutan seorang peguamnya didapati positif Covid-19.
Di Pavillion Residence, kenderaan dipercayai membawa isteri bekas Perdana Menteri itu, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat keluar dari kediaman terbabit pada 10 pagi.
Kediamannya di Jalan Langgak Duta pula menjadi tumpuan pengamal media. Kawasan kediaman bekas Perdana Menteri itu juga dilihat tertutup.
Terdahulu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.
Tiada kehadiran fizikal daripada pasukan pembelaan di mahkamah berikutan mereka termasuk Najib sendiri menjalani perintah kuarantin berikutan salah seorang peguam didapati positif Covid-19.
Keputusan itu dibacakan melalui aplikasi Zoom dengan pasukan pendakwaan berada di dalam dewan Mahkamah Rayuan.
Najib, 68, pada 28 Julai tahun lalu didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, pengubahan wang h4ram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC International oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hkman tahanan 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan tiga kes pengubahan wang h4ram serta tahanan 12 tahun dan denda RM210 juta atau tahanan lima tahun bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.
kredit: mkini
Nak Namakan Vaksin Buatan Malaysia Dengan Nama Bossku. Sekali Najib Tampil Beri Respon Atas Cadangan Bekas Timbalan Menteri.
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang hari ini mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk menamakan vaksin Covid-19 buatan Malaysia sebagai “Bossku” atau “Pekan”, mengambil kira populariti bekas Perdana Menteri Najib Razak.
Hanipa Maidin (PH-Sepang) berkata, nama gelaran “Bossku” yang diberikan oleh penyokong Najib seolah-olah mempunyai satu “impak kuat”, namun kerajaan mungkin perlu bertanya terlebih dulu kepada Ahli Parlimen Pekan itu. “Jika kita cipta vaksin baharu kemudian, kita boleh memanggilnya vaksin ‘Pekan’ atau ‘Bossku’…ada macam satu bola magik dengan ‘title’ Bossku itu…untuk dapat impak yang kuat,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 pada peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Terdahulu, Hanipa yang juga bekas Timbalan Menteri Undang-undang ketika pentadbiran PH, menyoal sejauh mana Pusat Vaksin Kebangsaan bersedia menghadapi sebarang ancman daripada pandemik lain pada masa akan datang. Menurut laporan, MOSTI memperuntukkan hampir RM60 juta untuk penyelidikan dan pembangunan vaksin Covid-19 tempatan bagi mengurangkan kebergantungan pada bekalan vaksin dari negara lain.
Timbalan Menterinya, Ahmad Amzad Hashim berkata, daripada peruntukan itu, RM54 juta diperuntukkan untuk Institut Genom Malaysia, manakala RM2.5 juta untuk pasukan penyelidikan membangunkan v4ksin menggunakan teknologi “Messenger Ribonucleic Acid” (mRNA).
“Sebanyak RM2.5 juta lagi diperuntukkan untuk pembangunan vaksin daripada t-ksin tak teraktif yang dihasilkan kuman di Universiti Putra Malaysia (UPM),” katanya. Dalam pada itu, Najib tampil melahirkan kebimbangan dengan cadangan tersebut dan mengatakan idea tersebut boleh di anggap sebagai kerja tak masuk akal. “Makin menggilr puak sebelah sana…Bimbang pulak, saya”

Vaksin COVID-19 dibangunkan Malaysia dijangka siap 2024 – Laporan
Dalam perkembangan lain, Vaksin COVID-19 yang dibangunkan di Malaysia melalui kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dijangka siap menjelang 2024. Memetik laporan The Star, Pengarah IMR Dr Tahir Aris memaklumkan bahawa vaksin tersebut turut dibangunkan sebagai suntikan ‘booster’ yang berkesan terhadap varian baharu.
“Mereka yang melengkapkan suntikan vaksin mungkin memerlukan suntikan ‘booster’ supaya kekal dilindungi. Mereka mungkin memerlukannya setiap tahun. “Langkah ini penting bagi mengekalkan pertahanan terhadap koronavirus. Malaysia tidak patut bergantung sepenuhnya kepada bekalan vaksin diimport,” kata Dr Tahir yang dipetik oleh laporan itu.
Beliau menambah bahawa pembangunan vaksin tersebut juga mengambil kira Varian of Concern (VOC) seperti Delta. “Kami berharap vaksin ini berkesan terhadap varian-varian baharu,” katanya. Menurut Dr Tahir, perkembangan projek tersebut positif setakat ini dan vaksin itu akan melalui ujian pra-klinikal membabitkan haiwan mulai bulan depan di Institut Penyelidikan Veterinar di Ipoh, Perak.
“Ujian-ujian itu akan mengambil masa kira-kira enam bulan sebelum beralih ke ujian klinikal membabitkan manusia tahun depan. “Justeru itu, kami berharap vaaksin akan siap menjelang 2024.” IMR kini sedang membangunkan dua jenis vaksin COVID-19 dengan satu daripadanya merupakan vaksin jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) manakala satu lagi melalui pendekatan vaksin tidak aktif. Vaksin jenis mRNA tersebut telah dibangunkan sejak November tahun lalu.
sumber: fb Najib Razak, astro awani, mkini
Baru Je Najib Razak Gesa Tengku Zafrul Untuk Tekan Butan I Citra 10k. Sekali Ini Pulak Yang Terjadi Pada Laman Fb Tengku Zafrul.
Selepas Barisan Nasional menang ‘besar’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka , bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan meluluskan pengeluaran i-Citra, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan mahu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertindak segera ke atas permintaan tersebut.
“Tengku Zafrul, kasi tekan butang i-Citra RM10k secepat mungkin,” tulisnya. Susulan perkongsian bekas Perdana Menteri itu, pengguna laman sosial bersetuju dengan cadangan tersebut dan berharap agar kerajaan segera meluluskan pengeluaran i-Citra RM10,000. “Terima kasih dato, dalam gembira meraikan kemenangan, masih ingat pasal rakyat yang sedang kesusahan,” tulis Naim Nazihar pada ruangan komen.
Turut tinggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Kal Lie. “Betul tu DS Najib Razak, kami betul-betul memerlukan RM10,000 tu lagi- lagi golongan B40 macam saya ni. “Dah merata-rata saya mohon kerja, tapi semuanya tak nak ambik, mereka lebihkan yang sihat tubuh badan dan berumur 30 ke bawah. Sebab tu perlukan sangat RM10,000 untuk buat modal berniaga kecil-kecilan,” ujarnya. Sehingga pukul 1 tengah hari tadi, hantaran tersebut telah dikongsi lebih 2,400 pengguna dan lebih 11,000 pengguna Facebook telah tinggalkan komen.

Hantaran Najib di laman Facebooknya
Reaksi Yang Ditinggalkan Orang Ramai Dekat Facebook Tengku Zafrul
Jangan la buat2 tak nampak desakan rakyat KWSP 10k , Tapi hal lain laju jer umun walaupon bukan masa yg sesuai dan mengaibkan org lain…, beri perhatian yg khusus tampa mengikut telunjuk manusia yg berkepentingan dan berdendam. 10k one off.. Tengku sila la tekan butang i-citra.. Rakyat tengah tunggu tu.. Termasuk sy.. Dgn segala hormatnya sila tekan bintang i-citra.

Salam..Tengku Zafrul, harap kerajaan pertimbangkan Tuntutan terakhir 10K Kwsp, keluhan dan desakan, tidak ada tindakan dari kerajaan, berbulan-bulan lamanya. Tengku Zafrul minta tuan bgi pengeluaran 10k on off..kami amat memerlukan ketika ini…byk tanggungang yg perlu di pikul dan di selesai kan…kasihani lah kami…tuan permudah kan urusan kami,Allah permudah kan urusan tuan.
Kredit : Kosmo via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!