Alhamdulillah akhirnya Tengku Zafrul dedah tarikh bayaran Bkm fasa satu. Rupanya ini cara nak buat semakan.

Business

Alhamdulillah akhirnya Tengku Zafrul dedah tarikh bayaran Bkm fasa satu. Rupanya ini cara nak buat semakan.

Kuala Lumpur – Bantuan Keluarga Malaysia BKM pada tahun ini akan memberi manfaat kepada lebih 9.6 j.uta penerima dengan peruntukan sebanyak RM 8.2 b.ilion, kata M.enteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Alhamdulillah akhirnya Tengku Zafrul dedah tarikh bayaran Bkm fasa satu. Rupanya ini cara nak buat semakan.



Beliau berkata, jumlah ini meningkat daripada 8.6 j.uta penerima dengan peruntukan sebanyak RM 7 b.ilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat BPR pada tahun lalu.

ARTIKEL MENARIK:Baru Je Najib Minta Tolong Tengku Zafrul Baca Komen2 Rakyat, Sekali PM Keluar Kenyataan Berikut
loading...


“Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data yang berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan,” katanya sempena pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN di Jalan Duta pada Sabtu.

Data itu ialah penerima BPR 2021, penerima Bantuan Khas C.ovid 19 BKC B40 2021 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin. Selain itu, data agensi kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, orang asli Jabatan Kemajuan Orang Asli, gelandangan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM serta DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan Perkeso dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang.

Tengku Zafrul berkata, sehingga 7 Januari lalu, LHDN telah menerima sebanyak 1,429,262 permohonan baharu dan daripada kemas kini BKM. “Daripada angka ini, sebanyak 355,071 merupakan permohonan baharu manakala 1,124,191 adalah permohonan kemas kini BKM,” ujarnya.

Beliau berkata, tempoh pendaftaran baharu dan kemas kini BKM ialah mulai 1 hingga 31 Januari 2022. “Perkembangan ini sesuatu yang positif kerana ia secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penularan Covid 19 apabila pemohon tidak perlu keluar dari rumah dan hadir ke kaunter perkhidmatan BKM. “Kerajaan mahu memastikan bahawa mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mendaftar dan memohon,” katanya.


Beliau berkata penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang untuk membuat pengemaskinian. Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, LHDN mengambil inisiatif untuk membuka kaunter perkhidmatan BKM di semua pejabat cawangan LHDN, Pejabat Satelit, Pusat Khidmat LHDN dan Pusat Transformasi Bandar di seluruh negara pada hujung minggu.


Menurutnya, langkah itu untuk memudahkan urusan rakyat mendaftar bantuan tersebut terutamanya bagi pemohon yang tidak mempunyai kemudahan Internet. Ia dibuka pada 7, 8, 28 dan 29 Januari 2022 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor manakala pada 8, 9, 29 dan 30 Jan 2022 bagi negeri-negeri lain.

Kesemua premis LHDN beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang bagi Semenanjung Malaysia manakala bagi Sabah dan Sarawak bermula dari jam 8 pagi hingga 3.30 petang.

Kredit : Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Tengku Zafrul Tampil Dedahkan Tarikh Pendaftaran Baru. Sekali Ini Yang Rakyat Perlu Buat Pada BKM 2022 Bermula Hari Ni.

Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dibuka mulai hari ini hingga 31 Januari. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing dan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang membuat pengemaskinian.

“BKM pada 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tahun lepas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, data penerima BPR 2021, penerima Bantuan Khas Covid (BKC) B40 2021 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan.

Selain itu, data agensi kerajaan lain merangkumi data e-Kasih, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan turut dibawa ke dalam sistem BKM.

Turut disemak, kelayakan data Orang Asli Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), gelandangan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang. Pemohon BKM boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik dalam portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

TENGKUZAFRUL RESPOND TENTANG DESAKAN RAKYAT MOHON KELUAR KWSP KERANABANJIRR. SEBAB SEBENAR KENAPA DIA TAK LULUSKAN DIBERITAHU

Semua pihak termasuk mereka yang terkesan dengan pandemik CvdI9 dan bencana alam seperti banjir, tidak boleh melihat simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai penyelesaian kepada sesuatu cabaran yang dihadapi. Sebaliknya, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, apabila Kerajaan membenarkan tiga program pengeluaran khas i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, ia hanya sebagai langkah jangka masa pendek dan bersifat sementara akibat pandemik CvdI9 berikutan tidak pernah berlaku pandemik seumpama ini yang memberi impak kepada seluruh dunia.

Beliau berkata, ketika ini, ada pihak yang menuntut lebih banyak pengeluaran KWSP dibenarkan, berikutan pihak terbabit melihat ia sebagai modal politik mudah. Namun, katanya, tuntutan sedemikian tidak dibuat dengan sikap bertanggungjawab dan secara melulu tanpa analisis dan perkiraan rapi.

“Kita tidak boleh membenarkan pengeluaran KWSP untuk semua bencana. Hampir setiap tahun negara dilanda banjir. Mungkin akan ada bencana lain seperti tanah runtuh, kebakaran dan sebagainya. Kalau untuk setiap bencana ini kita nak keluarkan simpanan KWSP, sampai bila-bila pun simpanan hari tua ini tidak tercapai matlamatnya. Hakikatnya hampir 50 peratus atau kira-kira 6 juta pencarum mempunyai baki caruman kurang daripada RM10,000,” katanya dalam satu hantaran melalui Facebook, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, ketika ini, ada ahli KWSP yang sudah membuat pengeluaran sehingga RM71,000 melalui tiga pengeluaran khas berkenaan dengan jumlah keseluruhan membabitkan angka RM101 bilion. Beliau berkata, jika Kerajaan terus membenarkan pengeluaran khas demikian tidak diketahui apa yang akan terjadi padi simpanan hari tua pencarum terbabit. Katanya, golongan terbabit tidak akan mendapat faedah jika pengeluaran tambahan i-Citra seperti yang didesak sesetengah pihak itu membabitkan simpanan sebanyak RM10,000, dibenarkan. Malah, beliau berkata, 74 peratus daripada golongan ini adalah golongan Bumiputera.




“Lebih membimbangkan lagi 79 peratus daripada golongan yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 juga adalah Bumiputera. Percayalah dalam menggubal dasar, kerajaan perlu bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan bukan saja jangka pendek tapi juga kesejahteraan jangka panjang iaitu anak cucu kita kelak,” katanya.

Dalam membantu mgsaaa bencana termasuk banjir yang berlaku baru-baru ini, Tengku Zafrul berkata, secara keseluruhannya banyak bantuan dihulurkan kerajaan bagi membantu rakyat. Katanya, antaranya bagi membantu aliran tunai golongan B40 dan M40, kerajaan sudah menyalurkan bantuan berjumlah RM10 bilion melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan juga Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang dimanfaatkan kira-kira 11 juta penerima.

Selain itu, beliau berkata, Kerajaan turut menyalurkan bantuan wang ihsan yang ditingkatkan kepada RM1,000 kepada mangsa banjir baru-baru ini serta pelbagai jenis bantuan lain seperti bantuan untuk membeli perkakasan elektrik, bantuan untuk membaiki kenderaan, diskaun sehingga 50 peratus terhadap alat ganti kereta, pembiayaan dengan kadar 0 peratus moratorium dan banyak lagi.

“Tujuan KWSP adalah tidak lain dan tidak bukan untuk persediaan masa tua. Apabila kudrat terus bekerja mula berkurangan. Perlu kita ketahui adalah amat penting rakyat kita memiliki persediaan hari tua kerana tidak lama dari sekarang, iaitu pada tahun 2030 Malaysia dijangka mencapai status negara tua Ini bermaksud jangka masa lapan tahun saja golongan pesara dan warga tua akan merangkumi 15 peratus atau lebih 5.3 juta dari penduduk negara. Lapan tahun lagi bukanlah lama. Ini bermakna mereka akan memerlukan simpanan yang lebih banyak untuk membiayai sara hidup selepas bersara,” katanya. Sumber : Trending Sangat

Baru Je Najib Minta Luluskan I Citra. Sekali Ada Sesuatu Yang Jadi Pada FB Tengku Zafrul.

Selepas Barisan Nasional menang besar pada Pilihan Raya Negeri PRN Melaka semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan meluluskan pengeluaran i-Citra, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan mahu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertindak segera ke atas permintaan tersebut. “Tengku Zafrul, kasi tekan butang i-Citra RM 10k secepat mungkin,” tulisnya.

Sebelum ini kerajaan dirayu supaya menaikkan had pengeluaran maksimum wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP menerusi i-Citra kepada RM 10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir. Datuk Seri Najib Razak berkata, perkara itu amat dituntut oleh rakyat Malaysia pada ketika ini.

Saya mendapati ramai rakyat yang bersuara dan mendesak perkara ini. Sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau berniat mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil mereka. Justeru itu, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM 10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat, katanya ketika membahaskan Rang U.ndang-U.ndang Perbekalan Bajet 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri berkata, kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu berkenaan bukan berniat untuk menarik populariti semata-mata, sebaliknya atas dasar memahami kesusahan yang dialami rakyat ketika ini. Sesungguhnya ini bukan yang disifatkan sebagai langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat, jelas beliau.

Pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 tidak memasukkan pengeluaran simpanan KWSP i-Citra sebanyak RM 10,000 secara one-off dalam belanjawan berkenaan. Susulan perkongsian bekas Perdana Menteri itu, pengguna laman sosial bersetuju dengan cadangan tersebut dan berharap agar kerajaan segera meluluskan pengeluaran i-Citra RM 10,000.

“Terima kasih dato, dalam gembira meraikan kemenangan, masih ingat pasal rakyat yang sedang kesusahan,” tulis Naim Nazihar pada ruangan komen. Turut tinggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Kal Lie. Betul tu DS Najib Razak, kami betul-betul memerlukan RM 10,000 tu lagi- lagi golongan B40 macam saya ni. Dah merata-rata saya mohon kerja, tapi semuanya tak nak ambik, mereka lebihkan yang sihat tubuh badan dan berumur 30 ke bawah. Sebab tu perlukan sangat RM 10,000 untuk buat modal berniaga kecil-kecilan,” ujarnya. Sehingga pukul 1 tengah hari tadi, hantaran tersebut telah dikongsi lebih 2,400 pengguna dan lebih 11,000 pengguna Facebook telah meninggalkan komen.

Reaksi Yang Ditinggalkan Orang Ramai Dekat Facebook Tengku Zafrul

Jangan la buat2 tak nampak desakan rakyat KWSP 10k , Tapi hal lain laju jer umun walaupon bukan masa yg sesuai dan menga.ibkan org lain…, beri perhatian yg khusus tampa mengikut telunjuk manusia yg berkepentingan dan berd.ndam. 10k one off.. Tengku sila la tekan butang i-citra.. Rakyat tengah tunggu tu.. Termasuk sy.. Dgn segala hormatnya sila tekan bintang i-citra.


Salam..Tengku Zafrul, harap kerajaan pertimbangkan Tuntutan terakhir 10K Kwsp, keluhan dan desakan, tidak ada tindakan dari k.erajaan, berbulan-bulan lamanya. Tengku Zafrul minta tuan bgi pengeluaran 10k on off..kami amat memerlukan ketika ini…byk tanggungan yg perlu di pikul dan di selesai kan…kasihani lah kami…tuan permudah kan urusan kami,Allah permudah kan urusan tuan. Sumber : Kosmo viaEra Kini



-----------------------------------------------------------------