Baru je kesan varian Omcron. Kini para saintis dedah varian baru Deltacron pulak yang ditemui dan ini simptom berbeza yang ditunjukkan pada pesakit tersebut.

Business

Baru je kesan varian Omcron. Kini para saintis dedah varian baru Deltacron pulak yang ditemui dan ini simptom berbeza yang ditunjukkan pada pesakit tersebut.

Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau sakit mata dan keguguran rambut. PARA saintis di Cyprus percaya mereka telah menemui varian terbaharu CVDI9.

Baru je kesan varian Omcron. Kini para saintis dedah varian baru Deltacron pulak yang ditemui dan ini simptom berbeza yang ditunjukkan pada pesakit tersebut.



Sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian Deltacron, yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omcr0n, memetik laporan Bloomberg.

ARTIKEL MENARIK:Kes Varian Omicron Semakin Meningkat, Rakyat Dah Pasrah Jika PKP Dilaksanakan Kembali
loading...




Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu Sigma TV, terdapat jangkitan yang menggabungkan varian Omcr0n dan Delta. Saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul telah mengesan 25 individu yang dijangkiti varian tersebut. Mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital.

“Kami sedang mengkaji adakah varian ini lebih mudah berjangkit berbanding varian yang ada ketika ini,” katanya. Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau ‘pink eye’ dan keguguran rambut. Sumber : Astro Awani

KKM Tampil Sahkan 49 Kes Baru Omicron Di Malaysia. Ini Penjelasan KJ.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 49 kes baharu varian Omicron di Malaysia sehingga semalam. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, 45 kes baharu varian itu dikesan susulan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 145 sampel kes positif CvdI9 dalam kalangan pengembara dari 15 Disember sehingga Selasa lalu yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Menurutnya, ujian dalam tempoh sama juga dijalankan Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-Unimas) seterusnya mengesan empat kes varian Omicron.

“Jumlah kumulatif kes yang dikesan varian Omicron di Malaysia kini adalah 62 kes. Dari jumlah ini, 61 kes jangkitan import dari luar negara manakala satu kes lagi masih dalam siasatan yang disyaki berkemungkinan jangkitan tempatan,” katanya, hari ini.

Khairy berkata, 30 kes varian Omicron adalah warganegara Malaysia yang tiba dari Arab Saudi bermula 13 Disember hingga 17 Disember lalu. Katanya, kes selebihnya adalah ketibaan dari luar negara membabitkan United Kingdom, Qatar, Amerika Syarikat, Nigeria, Turki, Itali, Ghana dan Emeriah Arab Bersatu.

Beliau berkata, berikutan risiko penularan varian Omicron di seluruh dunia serta pengesanan varian itu Omicron di Malaysia, KKM bersama agensi lain sudah mengambil tindakan memperkukuhkan kawalan di pintu masuk antarabangsa serta saringan ke atas golongan yang berisiko tinggi.

“Mulai Rabu lalu, Kerajaan Sarawak juga memperkukuhkan kawalan pintu masuk antarabangsa dengan mewajibkan semua pengembara dari luar negara dikuarantin di Pintu Masuk Antarabangsa yang pertama di Malaysia sebelum dibenarkan untuk memasuki Sarawak atau meneruskan perjalanan. Pengembara jugawajib memiliki keputusan RT- PCR yang negatif sebelum diberi pelepasan dari kuarantin,” katanya.

Tambahnya, empat makmal hospital di Semenanjung mempunyai kapasiti untuk menjalankan saringan varian iaitu Hospital Tuanku Jaafar, Seremban; Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar; Hospital Sungai Buloh; dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Katanya, empat lagi hospital di Sarawak juga sudah memperkukuhkan kapasiti makmal dengan menjalankan saringan varian. Sumber : Hmetro

Terkini KKM Sahkan 11 Lagi Jangkitan Omicron Dikesan. Ini Adalah Jumlah Keseluruhan Kes Terkini.

Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 11 lagi kes Covid-19 yang dijangkiti varian membimbangkan (VOC), Omicron. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua varian yang dikesan itu adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Masing-masing tiga kes dari United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), masing-masing dua kes dari Nigeria dan Arab Saudi serta satu dari Australia.

“Kes yang dikesan itu membabitkan sembilan warganegara Malaysia dan dua dari Nigeria.

“Lapan daripada mereka mempunyai gejala iaitu dalam kategori dua, manakala tiga lagi kes tidak menunjukkan sebarang gejala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dr Noor Hisham berkata, kesemua kes yang dikesan mempunyai varian berkenaan adalah daripada jumlah keseluruhan 18 kes yang disyaki dijangkiti Omicron seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Dengan pertambahan kes itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga kini negara sudah merekodkan sejumlah 13 kes yang dijangkiti Omicron.




Beliau berkata, dengan peningkatan kes import varian Omicron di Malaysia, KKM mempertingkatkan lagi aktiviti kawalan dan pencegahan Covid-19 termasuk varian Omicron di semua pintu masuk antarabangsa (PMA) dan dalam komuniti.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai kes yang dikesan Omicron itu, Dr Noor Hisham berkata, kini lima kes sudah menjalani kuarantin di rumah, manakala enam lagi kes menjalani kuarantin di stesen kuarantin.

“Kesemua kes ini dalam siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca jangkitan dan kontak rapat.

Tujuh lagi sampel bagaimanapun tidak dapat disahkan varian Omicron memandang ujian jujukan genom penuh tidak berjaya dijalankan.

“Ini disebabkan tahap ‘viral load’ yang rendah dalam sampel-sampel yang diterima. Semua tujuh sampel ini didapati mempunyai nilai kitaran ambang (CT value) yang tinggi iaitu enam sampel dengan CT value melebihi 30 dan satu sampel mempunyai CT value 28.47,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Terkini Khairy Jamaluddin Sahkan Kanak Kanak Berusia 8 Tahun Positif Covid 19 Dari Virian Omicron. Rupanya Ini Punca.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan kes kedua varian Omicron yang melibatkan individu warganegara Malaysia yang menetap di Nigeria. Menterinya, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media hari ini, menyatakan bahawa ia disahkan pada 14 Disember 2021 dan kedua-dua kes ini merupakan jangkitan import dari luar negara.

Katanya, kanak-kanak tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.“Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR-COVID-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Mereka telah diberi perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan diarahkan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah.” Keputusan ujian RT-PCR semasa ketibaan, kanak-kanak itu didapati positif Covid-19 pada 7 Disember 2021. Katanya lagi, kanak-kanak itu tidak mempunyai gejala dan diarahkan menjalani isolasi di rumah selama 14 hari.

Tambahnya, kontak rapat terdiri daripada ibu, adik perempuan, bapa dan pemandu teksi yang membawa mereka sekeluarga dari KLIA ke tempat kediaman. Hasil ujian ke atas keluarganya sebelum dan selepas ke Malaysia didapati negatif, malah pada hari kelima dan hari ke 11 juga negatif. Dalam pada itu, KJ juga menjelaskan bahawa hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan, sebanyak 18 kes lagi berkemungkinan varian Omicron dan kini sedang menunggu keputusan esok.

Kes Pertama Omicron Di Malaysia. Sekali Kkm Dedah Akan Laksanakan Kempen Vaksinasi Lebih Agresif.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan kempen lebih agresif bagi memastikan mereka yang layak menerima vaksin Covid-19 untuk segera melengkapkan suntikan dos tersebut. Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah itu termasuk menjalinkan kerjasama bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan pemberian vaksin kepada mereka yang belum mendapatkannya.

“Kita akan bekerjasama dengan NGO untuk memastikan dalam kalangan pekerja asing yang mungkin kerisauan belum mendapatkan vaksinasi termasuk rakyat kita yang belum divaksin. “Justeru, kita akan buat kempen agresif terlebih dahulu untuk memudahkan mereka mendapatkan dos vaksinasi pertama dan kedua,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow hari ini, seramai 1,031,946 orang dewasa berusia 18 tahun ke atas belum mendapatkan vaksinasi Covid-19 untuk dos pertama dan kedua. Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berkata, KKM juga akan memperhebatkan lagi kempen pemberian dos penggalak melalui penambahan kapasiti seperti yang pernah diumumkan beberapa hari lalu.

“Selain itu, kempen kesedaran untuk memastikan rakyat tahu betapa pentingkan untuk mendapatkan dos penggalak. Pada minggu depan, kita akan berbincang (berkenaan dos penggalak) dan sekiranya didapati ada keperluan, akan membuat pengumuman status vaksinasi penuh yang memerlukan dos penggalak,” ujarnya. Tambah beliau, buat masa ini, KKM menetapkan sasaran 75 peratus daripada penerima dos lengkap untuk mendapatkan dos penggalak. – K! ONLINE 

viaEra Kini

-----------------------------------------------------------------