Penyanyi wanita terkenal, Ziana Zain menyifatkan dakwaan daripada jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) yang menggelarkan adiknya, Anuar Zain mengamalkan hubungan sejenis sebagai satu tindakan yang biadap.
DSV Dakwa Anuar Gay?
ARTIKEL MENARIK:“Jgn nak jatuhkan maruah peserta kerana content TV” – Hattan bersuara, sekali Hetty Koes Endang jawab balik
Teguran itu dibuat Ziana menerusi ruangan komen hantaran sebuah video pengguna laman TikTok yang mengulang siar hantaran DSV, yang ditanya seorang netizen untuk menjadikan Anuar sebagai suaminya. Dalam video berdurasi 6 saat itu, Vida dengan nada berbisik menggelarkan Anuar dengan gelaran kaum sejenis.
“Gay..gay..faham tak?” jelas Vida ringkas
@yus_dexterTak patut keluar pun perktaan tu!! #fyp
Ziana Anggap DSV Biadap
Hantaran tersebut bukan sahaja mencetuskan amarah dikalangan pengguna laman itu, malah Ziana turut meninggalkan komen yang sama.
“Sangat biadapppppppp,” komen Ziana
Menjengah pada komen yang lain, rata-rara daripada mereka menganggap Anuar mempunyai kelas yang tersendiri berbanding DSV. Malah, ada diantaranya berharap agar penyanyi popular itu dapat mengambil tindakan undang-undang terhadapnya atas dakwaan fitnah tersebut.
Untuk rekod, sehingga artikel ini dimuatnaik video tersebut telah mendapat lebih daripada 300,000 tontonan.
Kredit -Murai MY.