Usahawan kntroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli meluahkan hasrat untuk menaja program nyanyian terkenal, Gegar Vaganza (GV), musim hadapan.
Mendedahkan mengenai perancangannya itu, Iqbal, 27, berkata sejak awal tahun 2021 dia sudah mengintai peluang untuk menaja program berkenaan namun rezeki masih belum memihak kepadanya.
ARTIKEL MENARIK:Terkini Kkm luluskan pemberian vaksin untuk kanak kanak. Tak boleh berdiam sekali Catriona Ross bagi satu cadangan untuk anak anak Kj.
“Sepatutnya tahun ni saya nak taja GV, saya dah adakan perbincangan dengan agensi dan stesen televisyen (TV) tapi sebab dah ada penaja lain yang ambil dulu jadi terlepaslah peluang itu. “Dalam banyak-banyak program hiburan, saya nampak GV ada pasaran luas, memang dah lama saya impikan untuk gunakan program ini bagi mempromosikan produk… kalau taja program Islamik atau ilmiah ni kurang sambutan penonton.
“Saya dah berniaga selama empat tahun dan bayar beberapa program di stesen TV lain tapi masih ramai orang belum tahu apa produk saja jual, maklumlah orang kita ni tak nak tengok program ilmiah,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Iqbal berkata dia mahu menaja program nyanyian terbitan Astro itu bukanlah kerana mahu bersaing dengan mana-mana pihak termasuklah bekas majikannya yang juga merupakan penaja musim terdahulu, Datuk Seri Vida (DSV).
Sebaliknya, dia mahu menggunakan platform rancangan itu untuk mempromosikan perniagaannya di samping membantu penyanyi-penyanyi lama. “Sebelum saya viral lagi saya dah rancang nak taja GV, bukan sebab DSV pun ya. Saya yang buat keputusan ini, lagi pun ini bukan program dia. “Cuma buat masa ini belum ada rezeki saja, ikutkan bila-bila masa saya boleh jadi penaja. Tujuan saya nak menaja program ini untuk angkat semula orang lama industri yang berkualiti…. mahu bantu mereka tingkatkan strategi marketing kerana hal ini juga penting dalam masa sekarang.
“InsyaAllah kalau musim akan datang saya diberi peluang, saya akan bawa kelainan, saya jamin 200 peratus berbeza tak sama macam sekarang. “Tapi jangan risau saya tak akan berebut mikrofon atau bagi hadiah yang bukan-bukan. Saya akan patuh dengan apa yang dirancang dan ditetapkan oleh stesen TV, kita hormati kru-kru dan cuba bantu industri,” ujarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Mstar
Ada Yang Persoalkan Iqbal Tak Bagi Bantuan Pada Mngsaa Banjir. Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Respon Iqbal Buat Ramai Yang Terkedu.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, usahawan dan penyanyi baru, Iqbal Zulkefli kini berada di Indonesia. Iqbal juga kerap berkongsi perkembangan dan pendapat di akaun Instagram (IG) miliknya. Antara yang terbaru, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida itu akui mengutamakan golongan yang memerlukan bantuan di depan matanya terlebih dahulu, kerana walaupun bukan di negara sendiri, mereka juga manusia.
“Ramai yang berkata kepada saya, rakyat Malaysia ramai yang susah, bantulah orang Malaysia. “Begini, pada saya, apa yang ada di depan saya, yang mahu saya bantu, saya utamakan dulu. Tidak kira mereka dari negara mana kerana mereka juga manusia,” kongsinya di IG Story.
Dalam pada itu, Iqbal juga memohon kepada pihak berkaitan agar tidak memaksa dia menunjuk perihal bantuan yang dihulur ke Malaysia atas dasar privasi. Katanya juga, ada pihak dari Malaysia yang tidak jujur dalam meminta bantuan dengan meminta perkara yang tidak sepatutnya.
“Bantuan ke Malaysia, juga saya bagi cuma jangan memaksa saya untuk tunjukkan di media sosial. Ini privasi saya, jadi bagaimana dengan ribuan orang DM meminta bantuan, tetapi tidak dibantu? “Saya ada bantu cuma tidak ramai. Saya tidak menerima info yang jelas dan tidak mampu memeriksa satu persatu.
Oleh kerana banyak juga yang tidak jujur, banyak juga yang meminta perkara yang bukan keperluan,” tambahnya. Justeru, penyanyi lagu Hujan itu lebih selesa jika menghulurkan bantuan dengan tangan sendiri atau melalui individu yang betul-betul dipercayai. “Saya lebih senang memberikan bantuan dengan tangan saya sendiri ataupun orang yang say percaya yang menghulurkannya,” kongsinya lagi. Terdahulu, Iqbal memaklumkan perancangannya berada di Indonesia untuk satu tempoh panjang atas urusan kerja dan mencari ketenangan di luar Malaysia.
Sumber : GEMPAK
Sebelum Ni Iqbal Nak Dekati Rossa. Tak Boleh Berdiam Sekali Rossa Tampil Bersuara Bongkarkan Sesuatu Pasal Ni Buat Iqbal Terdiam.
“Siapa lelaki itu yang mahu kenal lebih dekat dengan saya?” Demikian reaksi spontan penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa, 43, ketika ditanya komennya terhadap hasrat usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkifli, 27, yang ingin cuba mendekatinya.
Rossa yang ditemui ketika sidang media secara virtual single terbaharu berjudul Terlalu Berharap berkata dia tidak mengenali Iqbal dan berfikir-fikir apakah mereka pernah berjumpa sebelum ini. Apabila dimaklumkan Iqbal ada berjumpanya ketika hadir di tayangan perdana filem Love Knots di Jakarta, baru-baru ini, Rossa mengakui dia memang ada bertemu seseorang dari Malaysia yang minta bergambar dengannya.
“Maaf, saya tidak kenal siapa dia. Tetapi, pada hari itu (ketika hadir di acara tayangan perdana filem) memang ada seseorang yang bertemu saya dan perkenalkan dirinya dari Malaysia untuk minta bergambar sama. “Saya okey saja jika peminat minta bergambar dan sesudah itu terus berlalu. Kami tak bercakap apa-apa pun, kerana saya fikirkan dia hanya peminat,” katanya kepada Harian Metro.
Bagaimanapun, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani berkata dia tiada masalah sekiranya ada individu yang berminat ingin berkenalan dengannya. “Kalau sekadar mahu kenalan tidak apa-apa. Saya okey saja kerana boleh bersahabat seperti rakan-rakan yang lain juga,” katanya.
Rossa yang sudah 12 tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal berkata dia kini selesa dengan hidup solo dan hubungan cinta bukan keutamaan baginya. “Soal jodoh, saya lebih selesa serahkan kepada Allah kerana Dia Maha Tahu. Lagi pula, saya yakin jika ada jodoh buat saya suatu hari nanti, pasti tiba masanya.
“Saya tidak menutup hati untuk menerima cinta, tetapi sekarang saya memang masih sendiri dan tidak berkawan rapat dengan sesiapa pun,” katanya. Rossa yang sangat merindui Malaysia berkata sudah lebih dua tahun tidak berkunjung ke negara ini dia terlalu rindu untuk bertemu rakan-rakan, peminat dan menikmati kulinari enak seperti nasi kandar, roti canai dan teh tarik.
Terdahulu, Rossa yang popular dengan lagu Pudar dan Ayat-Ayat Cinta pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo pada 2004. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan, 15.
SUMBER:HMETRO
Lepas Iqbal Kali Ni Giliran Ds Vida Pula Bakal Lancarkan Single Terbaru. Terkejut Rupanya Lagu Tu Ditujukan Pada Iqbal.
Nampaknya selepas usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli melancarkan lagu Hujan, giliran jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida pula bakal melancarkan single baru. Menurut Vida, dia mengakui terkesan dengan lagu dikeluarkan oleh Iqbal yang menceritakan tentang kisah percintaan mereka dan memilih untuk berdiam.
“Sebenarnya bila Iqbal keluarkan lagu, saya berdiam je. Sekarang ni cakap banyak pun tak guna jadi saya nak keluar lagu dan menjawab segala apa yang kau (Iqbal) kata. “Apa yang kau lirikkan dalam lagu itu, kali ini dengar saya pula punya. Ini jawapan yang perlu ada dalam lagu saya sehingga orang menangis,” katanya.
Mengambil pendekatan untuk meluahkan isi hatinya dalam sebuah lagu yang ditujukan kepada Iqbal, Vida berkata dia mahu semua yang mendengar merasakan kesedihannya. “Saya akan membawa lagu balada kali ni penuh dengan sentimental with love yang akan mengungkap kesedihan saya, saya nak anda semua rasakan,” katanya. Terdahulu, Vida berkata dia yakin bahawa Iqbal tidak akan dapat cari pengganti sepertinya seorang wanita yang rupawan dan genit-genit manja.
Rindu DSV Tak? Ini Jawapan Padu Iqbal! – “Semestinya Tidak Mudah Untuk …”
Umum mengetahui kisah cinta tak jadi usahawan yang kini bergelar penyanyi Iqbal Zulkefli dan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV). Putus belum sempat ke jenjang pelamin, ramai yang turut berduka dan kecewa atas gagalnya hubungan yang cuba dibina pasangan itu. Bagaimanapun, kedua-duanya masih terbuka dan berlapang dada menerima ketentuan takdir yang tidak menemukan mereka bersama.
Buktinya, Iqbal tampil menjawab soalan yang diajukan pengikutnya mengenai DSV di Instagram pada Sabtu. Ditanya adakah Iqbal masih merindui DSV, ini jawapannya! “Semestinya tidak mudah untuk lupa namun saya mesti lakukan. Banyak pengalaman bersama. Saya serahkan kepada Allah.
“Cuma untuk toleh ke belakang, pasti tidak,” tegasnya. Iqbal juga mengakui akan membuka hatinya untuk mengenali lebih ramai wanita selepas ini tanpa meletakkan harapan tinggi. “Saya perlu bukakan hati untuk kenal dengan ramai orang tanpa menaruh harapan tinggi dan tidak memberi harapan.
“Usia saya sudah 27 tahun terasa mahu ada anak sendiri. Sekarang saya terbuka untuk kenal sesiapa sahaja. “Tetapi tidak mudah jumpa yang tepat kerana saya juga ada kekurangan,” tambahnya. Iqbal yang pernah menjadi pembantu peribadi DSV mula menjadi buah mulut ramai apabila kedua-duanya mula mengakui hubungan yang terjalin dan mendedahkan bakal berkahwin pada Disember tahun ini.
Selain membuat pemeriksaan kesuburan, DSV dan Iqbal juga sudah bersiap sedia menempah persiapan perkahwinan namun hubungan mereka mendapat tentangan daripada anak DSV, Cik B. Kontroversi terus berlarutan apabila DSV muncul ke kediaman Iqbal seawal 3 pagi bagi memujuk jejaka kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu serta menghadiahkan sebentuk cincin. Iqbal juga pernah mengeluarkan kenyataan memberitahu DSV merupakan wanita pertama dan terakhir yang ‘disentuhnya’, namun enggan memperincikan maksud kata-katanya itu.
Masih Belum Sedia Nak Terima Wanita. Iqbal Luahkan Rasa Sunyi. Terkejut Bila Tiba Tiba Dia Nak Ambil Anak Angkat.
Selepas mendedahkan jumlah gaji sebenar yang diterima daripada Datuk Seri Vida, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli kembali dengan episod baharu apabila meluahkan hasrat ingin mengambil anak angkat. Iqbal, 27, berkata, dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bapa sekiranya diberi peluang untuk menjaga anak angkat.
“Saya dah lama nak ada anak tapi disebabkan belum ada peluang dan rezeki lagi. “Baru-baru ini ada orang hantar gambar wanita hamil yang tiada bapa, jadi saya rasa kasihan dan terfikir untuk ambil anak angkat. “Kehidupan saya sekarang sunyi dan sepi mungkin sudah tiba masanya untuk fikirkan tentang anak angkat,” katanya kepada mStar. Terdahulu, Iqbal menerusi Instastory berkongsi foto seorang wanita Indonesia yang s4rat mengandung.
Sementara itu, bercakap soal jodoh, Iqbal berkata, dia masih belum terbuka hati untuk mengenali mana-mana wanita selepas hubungan percintaannya dengan Vida terputus di tengah jalan. “Kalau fasal wanita tu, saya hanya nak mengenali dia. Yela nak jadi ayah angkat kena la kenal mak dia. “Tapi nak kenal bukan bermaksud nak kahwin saya hanya nak berkenalan sahaja. Tapi kalau memang dah jodoh saya, saya tak boleh nak tolak.
“Saya tak sampai hati tengok dia ditinggalkan suami. Jadi saya sanggup jaga anak dia sebab nampak air muka dia lembut dan baik,” ujarnya. Tambah Iqbal, soal kewangan dia yakin mampu untuk menyara dan membesarkan anak tersebut sehingga dewasa.
“Dari segi kewangan dan menyara hidup anak dan si ibu saya rasa mampu,” ujarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Mstar
Ada Yang Pertikaikan Mampu Ke Ds Vida Nak Gajikan PA Baru 5k Sebulan. Sekali Ds Vida Terus Bongkarkan Berapa Gaji Iqbal Masa Jadi PA Dia Dulu.
PERKONGSIAN usahawan terkenal Datuk Seri Vida yang mencari pembantu peribadi dengan menawarkan gaji RM10,000 menarik perhatian warganet di laman sosial. Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 50, sehingga kini dia menerima hampir 60 resume yang membuat permohonan menerusi emel.
“Setakat ini dalam emel dah ada lebih 50 atau 60 resume, kalau mesej peribadi (DM) ada lebih kurang 100. “Ia menyukarkan pihak kami kerana kriteria handsome memang datang yang kacak-kacak sudah macam nak buat pencarian Hero Remaja pula.
“Tapi perfomance sebagai PA itu tak tahu macam mana lagi,” ujarnya kepada mStar. Dalam pada itu, Vida berkata, dia berharap calon PA yang bakal bekerja dengannya perlu sentiasa bersedia dan berketrampilan kerana bakal menggantikan dirinya menghadiri mesyuarat.
Sementara itu, Vida berkata, jumlah RM10,000 yang diiklankan bukanlah hanya sembang kosong atau ‘scam’, sebaliknya dia boleh memberi jumlah yang lebih tinggi jika mampu melakukan tugas dengan baik. “RM10,000 tu sebagai geli-geli je bab gaji tu you kena perform lebih dari itu you boleh dapat tau. “Saya bukan ‘scam’, boleh dapat lebih daripada RM10,000… saya boleh beri RM50,000 tapi kenalah pandai buat kerja,” ujarnya.
DSV DEDAH BERAPA GAJI DIA BERI IQBAL DULU
Vida turut mendedahkan dia membayar gaji bekas PA terdahulu iaitu ahli perniagaan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli kira-kira RM50,000 hingga RM100,000 setiap bulan. Sebelum ini, Vida pernah merancang untuk berkahwin dengan Iqbal, namun percintaan mereka terputus di tengah jalan.
VIDEO:
Sumber : MSTAR ONLINE
Ds Vida Nak Cari Pembantu Peribadi Yang Ada Rupa. Terkejut Bila Tiba Tiba Shuib Offer Diri. Sekali Ini Pula Respon Ds Vida Buat Ramai Yang Terkedu.
Petaling Jaya – Penyanyi dan jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida telah jadi perhatian warganet selepas memuat naik satu video yang memaparkan sebuah hotel di ibu kota berharga RM 50,000 untuk satu malam, menerusi platform TikTok miliknya. Menerusi video tersebut, penyanyi lagu I Am Me itu dilihat gembira berjoget sambil berpimpin tangan dengan anak lelakinya, Kacak, untuk menuju ke bilik berprestij itu.
Dengan kapsyen berseloroh No men, no problem, rata-rata warga TikTok tampil memberi pelbagai reaksi buat usahawan kontroversi itu menerusi ruangan komen. Ramai yang menzahirkan rasa terkejut dengan harga sebuah bilik tersebut yang dikatakan boleh membeli sebuah kereta perodua Myvi baharu.
Kita RM 50,000 beli Myvi itu pun hutang, dia 50 K tunai tidur hotel. Berapa dalam akaun dia ada, tulis seorang warganet. Aku baca RM50 dah terkejut ingat murah, lah ada K di situ, komen lagi seorang warganet. Buat apa bayar 50,000 Datuk, sedangkan ada RM 300 satu malam tetapi macam hotel lima bintang. Apa-apa pun, selamat bercuti. Tiada lelaki tiada m.asalah lah Datuk. Enjoy, komen juga seorang warganet.
Bagaimanapun, mereka tetap menyokong t.indakan DSV itu untuk bergembira bagi merawat hati semula disebabkan peristiwa lalu. Ya, seperti ini. Gembira kan diri sendiri. Bahagiakan anak-anak, komen seorang warganet. Suka melihat Datuk gembira. Semoga Datuk sekeluarga di dalam lindungam Allah, komen seorang lagi.
Terbaiklah, lagi gembira dan bertambah cantik, puji seorang warganet. Selepas dikatakan tiada jodoh dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli, DSV seringkali dilihat memuat naik perkongsian dengan memaklumkan yang dirinya gembira tanpa kehadiran lelaki.
DS Vida Cari Pembantu Peribadi Sampai Shuib Masuk Komen
Menerusi satu pengiklanan di laman Instagram, pemilik nama Hasmiza Othman itu turut menyertakan syarat dikehendaki iaitu lelaki bujang yang berusia antara 25 hingga 30 tahun dan memiliki wajah tampan. Difahamkan, penyanyi lagu I Am Me itu menawarkan gaji sebanyak RM 10,000 untuk jawatan itu yang pasti memikul tanggungjawab besar sebagai orang kuat jutawan k.osmetik tersebut.
Shuib Komen Dan Jawapan Dari DS Vida
Sumber: Kosmo | IG
Kecoh Tentang Caprice Pilih Janda. Sekali Ds Vida Pula Dedahkan Kelebihan Kahwin Dengan Janda Kelantan.
BERITA penyanyi rap Caprice menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal menarik perhatian ramai warganet termasuklah usahawan kosmetik Datuk Seri Vida. Mengakui janda berasal dari Kelantan sering menjadi rebutan, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, berkata beberapa contoh lelaki bujang mengahwini ibu tunggal sudah cukup membuktikan mereka masih memiliki ‘saham’ tinggi.
“Saya setuju 200 peratus saham janda lagi tinggi dan lebih mahal berbanding anak dara, pasti ramai yang tercabar dengan janda terutama janda Kelantan. “Saya tengok dekat aplikasi TikTok pun ramai lelaki mengatakan keinginan untuk memperisterikan janda.
“Iyalah janda sekarang pun dah pandai berhias, cantik-cantik… itulah sebab anak teruna ramai sukakanjanda. Kalau tak manalah orang sukakan kita sampai macam tu sekali,” katanya kepada mStar. Sementara itu, Vida berkata sepanjang empat tahun memegang status janda, dia pernah dihampiri oleh beberapa orang lelaki bujang yang menyatakan hasrat mahu memperisterikannya.
Ini termasuklah kontroversi cinta tak kesampaian dengan bekas pembantu peribadi (PA) Ahmad Iqbal Zulkefli sebelum ini. Vida bagaimanapun memberitahu dia belum bersedia untuk bergelar isteri semula kerana masih trauma dengan kegagalan tiga perkahwinan sebelum ini.
Vida belum sedia kahwin lagi, mahu fokus dua anaknya iaitu Kacak (kiri) dan Cik B (kanan). “Kalau ikutkan lamaran daripada lelaki bujang yang masih teruna ni orang kata riyak pula… tapi hati ini tak boleh dipaksa-paksa terima orang. “Apabila hati dah retak lagi la takut… lebih-lebih lagi saya pernah trauma melalui alam perkahwinan dahulu, jadi saya dah tak sanggup nak hadap, “Saya enjoy dengan cara saya setakat ini, buat apa suka… nak bercuti, nak shopping saya buat sendiri sahaja,” ujarnya.
Sumber : MSTAR ONLINE
Lama Tahan Tak Jumpa Anak. Sekali Ds Vida Bongkarkan Ada Bagi Duit Dan Kereta Pada Bekas Suami.
Baru-baru ini, usahawan terkenal Dato’ Seri Vida sempat memuat naik satu posting di Instagram untuk bertanyakan pendapat kepada para pengikutnya. Jelas jutawan tersebut, dia sama sekali buntu apa yang harus dilakukan kerana bekas suaminya telah datang ke Ipoh untuk bertemu anak-anak.
Awalnya tak benarkan pertemuan, anak-anak pun enggan jumpa…Tapi akhirnya Kacak setuju
Walau bagaimanapun, ramai warganet menasihati wanita tersebut untuk tidak berkongsi hal peribadi sedemikian rupa ke sosial media. Menerusi satu sedutan rakaman di TikTok, DS Vida pada awalnya tidak membenarkan pertemuan tersebut dan anak-anak juga enggan berjumpa. Namun di akhirnya, Kacak bersetuju namun akan ditemani beberapa individu lain.
Saya tak nak Cik B dan Kacak dilabel sebagai ‘anak drhka’…Bukan tak nak tapi mereka trauma
Akan tetapi, perjumpaan tersebut terpaksa dibatalkan kerana si ayah sedang menikmati percutiannya. Dalam video sama, DS Vida menjelaskan selama ini lelaki tersebut lama tidak mencari anaknya kerana sudah dihulurkan duit. Bukan itu sahaja, usahawan berkenaan juga ada membeli sebuah kereta untuk bekas suaminya itu.
Siapa tanggung siapa ni? Sebab nak duit buat alasan nak jumpa anak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan pengakuan yang didedahkan oleh usahawan tersebut. Oleh sebab itu, ramai yang mengakui faham dengan perasaan Cik B dan juga Kacak tentang ayah mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber:TikTok datoserividaofficial
Ds Vida Seharian Tak Keluar Bilik Sebab Bekas Suami Nak Jumpa Anak. Sekali Ini Pula Nasihat Dari Nora Ariffin Buat Ramai Yang Terdiam.
“Ayah Cik B dan Kacak datang Ipoh malam-malam nak jumpa. Tapi, mereka belum bersedia. Apa patut saya buat?” Jutawan kosmetik sensasi Datuk Seri Vida (DSV) kebuntuan apabila anak-anaknya belum bersedia untuk berjumpa bekas suaminya yang berhasrat menemui mereka.
Katanya, seharian dia terperuk di bilik memikirkan masalah itu. Hantaran DSV itu turut mendapat perhatian penyanyi Datuk Nora Ariffin yang menitipkan kata-kata nasihat. Difahamkan, anak-anaknya itu masih belum bersedia untuk berjumpa dengan bekas suaminya kerana masih trauma dengan kisah silam antara mereka. Kenapa beria nak jumpa anak-anak tu? Bukan kes dah selesai di mahkamah ke sebelum ini?
Sumber:Cari via
