Tak sensitif langsung. Penari dikecam teruk sebab pakai baju tak sesuai dengan penampilan. Sekali selamba je ini respon dari Iman Troye.

Business

Tak sensitif langsung. Penari dikecam teruk sebab pakai baju tak sesuai dengan penampilan. Sekali selamba je ini respon dari Iman Troye.

Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) telah menyaksikan 30 lagu bersaing bagi merebut 12 tempat ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tak sensitif langsung. Penari dikecam teruk sebab pakai baju tak sesuai dengan penampilan. Sekali selamba je ini respon dari Iman Troye.



Salah satu calon berentap adalah penyanyi remaja, Iman Troye yang membawa lagu berjudul Teman dengan persembahan berkonsepkan ‘catchy’ selain penampilan busana serba merah jambu, malam tadi.

ARTIKEL MENARIK:Tular pemandu lori yang ditduh mabvk. Sekali ini nasihat padu dari Nora Ariffin lepas tersebar cerita sebenar.
loading...


Namun, empat orang penari bagi persembahan lagu ciptaan Ezra Kong dan A. Ramlee itu mengundang kritikan penonton apabila pakaian digayakan mereka dikatakan tidak sesuai apatah lagi memakai hijab. Menerusi hantaran Instagram terbarunya, Iman Troye meminta maaf kerana gagal memberikan yang terbaik dan lagu Teman tidak berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).



“To be honest, as a new comer in industry, menyanyi di pentas besar SFMM36 adalah mimpi indah buat Iman, yang tidak pernah terfikir pun untuk sampai ke sini. Walaubagaimanapun, dia tetap berbangga kerana sudah sepentas dengan penyanyi yang lain.

Selain itu, dia juga gembira dapat bekerjasama dengan orang-orang yang hebat bagi menjayakan persembahannya pada malam Separuh Akhir Muzik-muzik 36. “Iman minta maaf jika tidak dapat beri sehabis baik untuk pergi kepada next step. but this time bukan rezeki Teman, tapi iman happy sangat sebab dapat bersama sama dengan mereka yang hebat…” tulisnya.

Terima Kasih Selalu Berada Di Belakang

Tidak menghiraukan kritikan dan kata-kata nista warganet, Iman Troye sebaliknya berterima kasih buat penarinya. “Insyallah Iman cuba lagi for next song. terima kasih untuk semua yang selalu berada di belakang iman, yang always positive dan yang selalu percaya dengan bakat kecil iman. iman sayang korang semua!” katanya. Sehubungan dengan itu, rata-rata rakan artis dan peminat turut tinggalkan kata-kata positif dan medoakan kejayaan Iman pada masa akan datang.



Ish..ish… lagu dah menarik, tak pasal kena kritik pula kan? Apapun semoga Iman jadikan pengajaran dan dapat menambah baik lagi persembahan untuk masa depan nanti. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Instagram Iman Troye

Dikhabarkan Sudah Menemui Teman Hidupnya. Iman Troye Tolak Jadi Wanita Mata Duitan.

PADA penghujung bulan lalu, nama Iman Troye menjadi bualan hangat. Mana tidaknya, penyanyi lagu Teman itu dikhabarkan sudah menemui teman hidupnya. Individu yang dikatakan menjadi belahan hatinya itu tidak lain tidak bukan ialah Naim Daniel.

Perkongsian sekeping foto dalam laman Instagram yang memperlihatkan Iman seolah-olah sudah mengikat tali pertunangan dengan selebriti lelaki popular itu memang mengejutkan banyak pihak. Maka, bertalu-talulah andaian dan telahan yang tanpa usul periksa bertebaran. Warganet menyimpulkan bahawa gadis berusia 19 tahun itu sudah bertunang dan bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan pada usia yang masih mentah.

Namun, berita berkenaan rupa-rupanya hanyalah ilusi peminat yang mungkin mengharapkan hubungan abang dan adik itu berakhir ke jenjang pelamin. Sebaik warganet mengetahui mereka ditipu bulat-bulat, Iman teruk dikritik. Ramai beranggapan gurauannya keterlaluan dan menjengkelkan.

Biarpun begitu, situasi tersebut sedikit pun tidak menjejaskan emosi pemilik horoskop Capricon itu, apatah lagi meninggalkan kudis pada dirinya. Kata Iman, secara peribadi, beliau sudah bersedia dan berlapang dada menerima segala teguran warganet baik dari sisi positif ataupun negatif.

“Kata-kata yang merobek jiwa ini memang sesuatu di luar jangkaan, namun ini yang membuatkan saya memahami akan erti kehidupan yang boleh mematangkan diri saya. Tidak kira sama ada elok atau tak, saya akan ambilnya untuk dijadikan pedoman demi mencorak diri supaya menjadi lebih baik.

“Pada kesempatan ini, saya sekali lagi ingin memberi pencerahan bahawa segalanya itu hanya satu gurauan di antara saya dengan Naim. Tujuan saya lakukan ini hanyalah untuk membalas gurauan Naim sebelum ini,“ terang Iman panjang lebar bagi menjernihkan segala kekeruhan yang melanda.

Seperkara lagi, ujar artis kecil molek tersebut, sudah menjadi sifat semula jadinya yang mudah bergaul dan berbicara. Karakter itu membuatkannya cepat mesra dan dapat menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja. Disebabkan itulah khalayak merumuskan dirinya menjalin hubungan dengan penyanyi lagu Sumpah itu.

Bukan materialistik

Ah! Terlalu awal rasanya untuk membicarakan soal perkahwinan dengan gadis belasan tahun itu. Namun, Imam nampaknya seorang yang matang untuk bercakap tentang topik tersebut. Sambil menghela nafasnya, pemilik nama lengkap Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin itu berkongsi kriteria bakal imamnya kelak.

Baginya, harta benda atau wang ringgit bukan ukuran. Tegas Iman, peri penting lelaki itu mestilah memiliki hati yang tulus, saling hormat menghormati, setia dan menyayangi antara satu sama lain. “Bukan saya kata duit langsung tidak penting, tetapi kebahagiaan rumah tangga tidak tertumpu kepada itu sahaja. Saya memilih untuk berusaha bersama-sama dalam keadaan susah dan senang. Pengorbanan perlu ada jika kita benar-benar inginkan sesuatu,“ jelasnya yang mengaku dirinya bukanlah seorang yang materialistik.

Lebih memahami dunia sepak terajang sebagai anak seni, memilih pasangan sealiran dirasakan senada dan seirama kerana kedua-duanya saling mengerti corak kerja masing-masing. Namun, pengakuan tersebut tidak bermakna Iman mengesahkan beliau sedang menjalin hubungan dengan sesiapa. Ujarnya, biarlah relasi dibina tertumpu kepada keluarga, berbanding kisah cinta.

“Jangan bimbang, jika sudah sedia saya akan beritahu. Buat masa sekarang, saya tidak terlintas langsung untuk mencari pasangan kerana misi saya kini hanya untuk kerjaya dan keluarga. Tambahan, saya masih baharu dan lebih baik saya memperbaiki kekurangan diri agar mampu bertahan lama di dalam industri ini,“ ujarnya lembut.

Sensitiviti

Kepada penulis, Iman berkongsi rasa. Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, kehidupan sebagai selebriti sedikit sebanyak memerlukan beliau bersikap terbuka untuk peminat lebih mengenali dirinya. Namun, itu tidak bermakna tiada batasan sehingga hilang nilai eksklusif diri.

Butir bicara gadis itu sebenarnya merujuk kepada media sosial yang merupakan jambatan penting artis mendekatkan diri dengan para peminat. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menjadikan perkongsian di medium tersebut sebagai rutin kemestian untuk memaparkan segala kisah peribadi.

Ketika ditanya mengapa memilih jalan sebegitu, Imam berkata, beliau ingin fokus kepada kerjaya terlebih dulu. Kedengaran sangat klise, tetapi itulah yang dijelaskannya kepada penulis. Remaja itu kemudian menambah: “Memandangkan keadaan semasa menyaksikan kita masih bergelut dengan wabak Covid-19, jadi saya fikir ini bukan masa yang sesuai untuk kongsikan sebarang aktiviti peribadi. Disebabkan itu saya lebih fokus kepada soal kerja.

“Lagipun saya tidak mahu ada ahli keluarga yang rasa tidak selesa jika saya kongsikan gambar mereka. Saya kena hormat dengan privasi mereka.“ Pelajar jurusan muzik di Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor itu terus menguatkan lagi prinsip dirinya. “Sebagai seorang pelajar juga, saya perlu berhati-hati dalam berkongsi sebarang perkara dalam media sosial kerana semuanya akan diambil kira nanti. Biarlah keadaannya begini saja dulu,“ tutur Iman lembut.

Enggan dipanggil kayu

Bercakap soal kerjaya, Iman memberitahu, Jihan Muse merupakan selebriti yang sangat dikaguminya. Mudah kata, Jihan merupakan idola beliau. Kekagumannya terhadap pengacara Gegar Vaganza itu semakin bercambah apabila mereka berpeluang bertentang empat mata dalam program hiburan, I Can See Your Voice musim kedua.

Pertemuan tersebut secara tidak langsung membuatkannya menyimpan hasrat untuk bergelar pengacara.
Jihan ujar Iman, seorang artis senior yang tidak lokek membahagikan ilmu dan sama sekali tidak membezakan ‘darjat‘ dengan artis baharu lebih-lebih lagi mereka yang digelar BBNU (Budak Baru Nak Up).



Anak kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, beliau yakin dengan kemampuan dirinya untuk menongkah satu cabang seni baharu pada masa akan datang. “Seperti yang saya katakan tadi, saya jenis yang petah berbicara dan suka bersembang dengan sesiapa sahaja biarpun orang itu saya tidak kenal atau berjumpa semasa sedang menunggu.

“Namun, sebelum mulakan perbualan, biasanya saya akan scan (imbas) orang itu sebelum bercakap secara santai dan bersahaja dengannya,“ katanya. Pun demikian, buat masa ini, Iman berterus terang bahawa beliau belum cukup bersedia untuk mengalas tanggungjawab sebagai pengacara lebih-lebih lagi untuk berinteraksi bersama penonton seorang diri di atas pentas.

“Mengacarakan program dan membuat persembahan merupakan dua perkara yang berbeza, meskipun kedua-duanya dilakukan di atas pentas. Saya perlu mempersiapkan diri dulu sebelum betul-betul mahu melangkah ke bidang itu (pengacaraan) ataupun lakonan.

“Saya enggan digelar kayu dan saya sedar kuasa media sosial sangat menakutkan. Jika ingin redah saja, sesiapa pun boleh, tetapi untuk melakukannya secara berkualiti, bukan semua boleh buat,“ jelas penyanyi lagu Nang itu.-Sumber: Sinarplus.

Muat naik gambar macam bertunang. Lepas Naim Daniel kali ni Iman Troye pulak tampil buat pengakuan.
Penyanyi Iman Troye tampil membuat kenyataan susulan spekulasi pertunangan dengan Naim Daniel sejak memuat naik foto atas pelamin di Instagram malam tadi. Menurut Iman, semalam adalah hari pertunangan abang dan bakal kakak iparnya.

Iman kelihatan manis berbaju kurung warna hijau memegang jambangan bunga sewaktu duduk di atas pelamin dan tinggalkan emoji lambang hati pada foto yang dimuat naik. Tindakannya itu membuat warganet berfikir penyanyi tersebut telah disunting atau bertunang dengan Naim Daniel selepas dia menyertakan nama Naim sekali.

Penyanyi lagu Teman itu mengakui telah memaklumkan Naim sebelum berkongsi foto berkenaan. Jelasnya, perkara itu dilakukan hanyalah untuk gurauan semata-mata. “Semalam adalah hari di mana abang dan bakal kakak ipar saya bertunang. Betul apa yang Naim cakap, sebelum post gambar tersebut, saya ada hantar dulu kepada dia. “Maaf jika mengganggu dan maaf jika ada beberapa pihak yang terasa, niat memang hanya nak balas gurauan sahaja, sebab sebelum ini pun kita ada gurau-gurau,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Iman juga menyifatkan hubungannya bersama penyanyi lagu Sumpah itu tidak lebih daripada seorang abang dan adik. “Supporters pun faham itu hanya gurauan, Iman dengan Naim memang macam adik dan abang, tak lebih tak kurang, tak lebih daripada itu,” katanya lagi.

Terdahulu, Iman dan Naim pernah digosipkan menjalin cinta namun mereka menafikan dakwaan tersebut. Menerusi tinjauan Gempak, tag nama Naim pada gambar tersebut juga telah dipadam oleh Iman. Naim Daniel bertunang dengan Iman Troye. Tak boleh berdiam sekali Naim Daniel tampil bongkarkan cerita sebenar.

Penyanyi Iman Troye jadi perhatian apabila memuat naik foto duduk atas pelamin memakai persalinan hijau seakan mengadakan majlis pertunangan. Lebih mengejutkan apabila Iman pada mulanya meletakkan tag nama penyanyi Naim Daniel pada bahagian bunga yang dipegang dalam foto yang dikongsi menerusi Instagram itu.

“Alhamdulillah,” tulis Iman ringkas sebagai kapsyen diikuti emoji berbentuk hati. Gempak telah menghubungi Naim untuk mendapatkan keterangan mengenai perkara tersebut. “Tak ada apalah, sebenarnya sebelum Iman kongsi gambar itu dia ada maklumkan kepada saya. Dia tanya, ‘macam ni okay tak?’, itu hanyalah cara kami berdua bergurau. Sebelum ini kalau kami tak kongsi sesuatu yang ‘fishy’ pun orang suka kaitkan macam-macam,” katanya.

Dalam pada itu, Naim juga memohon maaf sekiranya gurauan itu mendatangkan ketidakselesaan sesetengah pihak. “Apabila Iman buat macam itu, saja nak bergurau dengan orang, saya pun dah dimaklumkan lebih awal, maaflah kalau mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Terdahulu, Iman dan Naim pernah digosipkan menjalin cinta namun mereka menafikan dakwaan tersebut. Menerusi tinjauan, tag nama Naim pada gambar tersebut juga telah dipadam oleh Iman. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak

Tiada Angin Tiada Ribut. Iman Troye Dikejutkan Dengan Khabar Sudah Bertunang Dengan Naim Daniel.

Khabar angin itu terus hangat diperkatakan warga maya apabila penyanyi yang popular dengan lagu Teman memegang bunga tangan dan nama Naim ditandakan di atas jambangan tersebut. TIADA angin, tiada ribut para peminat dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar ‘pertunangan’ dua penyanyi yang sedang melonjak naik namanya dalam industri seni, Iman Troye bersama Naim Daniel. Lebih memeranjatkan apabila khabar itu dikongsikan Iman sendiri melalui kemas kini status di akaun Instagram miliknya, pada Sabtu.

Gambar yang dimuat naik kira-kira pukul 8.30 malam ini memaparkan Iman duduk di atas pelamin serba putih dengan memakai busana rona hijau. Khabar angin itu terus hangat diperkatakan warga maya apabila penyanyi yang popular dengan lagu Teman itu memegang bunga tangan dan nama Naim ditandakan di atas jambangan tersebut.

Malah, Iman yang baharu berusia 19 tahun itu turut menaip status ‘Alhamdulillah’ pada imej tersebut. Iman sudah mengalihkan tanda nama Naim Daniel pada gambarnya. Astro AWANI cuba menghubungi Iman Troye untuk bertanya lanjut sekali gus mengesahkan khabar angin itu, bagaimanapun penyanyi berkenaan tidak menjawab panggilan tersebut.

Dalam pada itu, menurut sumber terdekat Naim, khabar angin itu tidak benar dan ia hanya gurauan semata-mata. “Naim dan Iman tidak bertunang…saya pun terkejut sebenarnya bila mengetahui perkara ini. “Berita itu tidak benar dan saya rasa Iman hanya bergurau,” kata sumber yang mempunyai hubungan rapat dengan pelontar lagu Sumpah itu.

Terdahulu, Iman dan Naim pernah dikaitkan sedang bercinta tetapi kedua-dua penyanyi itu menafikan dan menjelaskan hubungan mereka sekadar ‘abang dan adik’. Tapi, kalau sudah jodoh tak kemana, betul tak? Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk kedua penyanyi ini.

Sumber : astroawani viaEra Kini



-----------------------------------------------------------------