Terdahulu, nama Nana dikaitkan dengan suami kepada Siti Sarah Raissuddin selepas video dipercayai milik pereka fesyen menunjukkan Nana datang ke butiknya untuk menempah baju tersebar.
Malah, pemilik video itu sempat mengusik kononnya Nana datang ke butik menempah baju perkahwinan.
ARTIKEL MENARIK:Aishah Kini Bergelar Datuk, Antara Senarai Penerima Darjah Kebesaran N. Sembilan
Gara-gara video berkenaan, waranet membuat spekulasi dan cuba menjodohkan Nana dengan Shuib yang kehilangan isteri akibat pandemik C0VID 19 pada 9 Ogos lalu. “Dengan Shuib ke? tanya seorang warganet. Macam sesuai dengan Shuib,” komen seorang pengguna aplikasi TikTok.
Ini berikutan Shuib membuat pengakuan sedang mengenali hati budi seseorang, namun, hubungan belum sampai tahap serius pada majlis pelancaran tudung Loveta X Anzalna milik syarikat isterinya, minggu lalu. Malah, Shuib mendedahkan ibunya sudah memberikan lampu hijau dan menyarankan membuka pintu hati mengenali wanita.
Reaksi Siti Nordiana
Penyanyi popular, Siti Nordiana, 37, tidak melatah apabila warganet mengaitkannya dengan pelawak, Shuib Sepahtu, 37, sebaliknya, menganggap hanya usikan peminat. Siti Nordiana yang lebih mesra disapa Nana berkata, dia terkejut apabila video dikongsikan di aplikasi TikTok ketika berkunjung ke sebuah butik menjadi tular, baru-baru ini.
“Sejujurnya, saya tidak tahu video ini menjadi tular. Sebenarnya, saya selalu pergi butik berkenaan untuk mengambil baju untuk persembahan. Pereka fesyen di butik ini sudah biasa bekerjasama dengan saya. “Namun, tidak sangka pula usikan mengatakan saya menempah baju kahwin menjadi tular sehingga nama dikaitkan dengan Shuib.
“Bagaimanapun, saya sudah lali dengan gosip, malah, tidak mengambil pusing mengenainya,” katanya.
Shuib mendirikan rumah tangga dengan a.rwh Siti Sarah pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan. Nana pula pernah mendirikan rumah tangga pelakon Faizal Yusof pada April 2006, namun, berpisah pada September 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 14. Sumber: AwattSyeikhNetwork
Lama Tak Dengar Perkembangan Isu Saman Ftnah Siti Nordiana. Mula Mula Perbicaraan Melalui Zoom Tapi Ditukar Dengan Kaedah Ni Pula.
Setelah lama tidak mendengar perkembangan kisah isu saman penyanyi Siti Nordiana, hari ini kami menerima sebuah perkhabaran terbaru. Peguambela kepada defendan keempat dan kelima kes perbicaraan saman fitnah siber yang diambil oleh Siti Nordiana memberitahu yang mahkamah akan meneruskan prosiding pada hari Jumaat ini.
Sebelum ini, peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors memohon penangguhan kerana salah seorang kakitangan firma guaman itu positif Covid 19. Mahkamah telah menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pada 25 November lepas selepas membenarkan permohonan peguambela yang mewakili defendan keempat, Sam Musyadzafar Samin, 43 dan defendan keempat, Razidah Ahmad Senusi, 42.
“Pada hari kedua perbicaraan nanti, pihak pembelaan akan menyambung pemeriksaan balas ke atas Siti Nordiana,” kata Nurul Hafidzah. Perbicaraan yang pada asalnya dibuat melalui aplikasi Zoom tersebut telah ditukar kepada pendengaran fizikal oleh mahkamah atas permohonan peguambela Sam Musyadzafar dan Razidah.
Pihak pembelaan secara konsisten menafikan dan terus menolak yang anak-anak guam telah memftnah, seperti yang didakwa plaintif. Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, mahkamah akan menyaksikan pihak pembelaan akan mengemukakan tujuh orang saksi. Perbicaraan pada 17 Disember ini akan berlangsung pada 2.30 petang di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Sumber : Murai.my
Runding Cara Baik Gagal. Siti Nordiana Tidak Teragak Heret Kes Saman Lima Sekawan Ke Mahkamah.
Pelakon dan penyanyi Siti Nordiana meneruskan kes saman terhadap lima sekawan selepas proses mediasi (rundingan secara baik) gagal.
Bagaimanapun, Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil nana engga berkongsikan butiran yang menjadi punca mediasi tersebut mencapai jalan buntu.
“Program mediasi tu saya tak boleh nak cakap apa yang dibincangkan. Kami menghormati kedua-dua pihak. Yang pasti tak ada jalan penyelesaian ketika mediasi itu. Jadi kita terus ke mahkamahlah,” katanya.
Peguam yang mewakili Siti Nordiana berkata kes itu terpaksa dilanjutkan kepada perbicaraan demi menghormati kedua-dua pihak.
“Sebenarnya plaintif dan defendan sudah menjalani proses mediasi atas saranan mahkamah tetapi tiada kata persetujuan dan penyelesaian antara mereka. Jadi terpaksa sambung untuk perbicaraan penuh.
“Mengenai proses mediasi, apa yang boleh saya komen memang tak berjaya. Ini disebabkan kami menghormati pihak sebelah sana (defendan),” katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Lan Solo, Syura dan Nur Shiela berkata, terma-terma yang dibincangkan kedua pihak tidak dipersetujui, jadi terpaksa dibawa kepada perbicaraan.
“Saya minta maaf. Kedua-dua pihak dan mahkamah bersepakat untuk tidak mendedahkan apa yang dibincangkan sepanjang proses mediasi,” katanya.
Terdahulu, Siti Nordiana memfailkan saman terhadap lima defendan termasuk dua rakan artis atas dakwaan memfitnahnya di platform Instagram.
Menerusi saman tersebut, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.
Lama menyepi sekali tiba tiba Siti Nordiana dedahkan sesuatu pasal kes saman dia. Ramai yang terkejut bila Zoey Rahman pula yang kena panggil.
Penyanyi Siti Nordiana akan memberi keterangan dari kandang saksi pada perbicaraan kes sman ftnah di laman media sosial Instagram yang difailkan beliau ke atas lima individu pada bulan Ogos lalu. Hakim Mahkamah Sesyen memerintahkan agar perbicaraan penuh dijalankan pada 15 Oktober dan 20 Oktober ini.
Peguambela Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili defendan keempat dan kelima iaitu Sam Musyadzafar Bin Samin (Sam Samin) dan Razidah. Binti Ahmad Senusi (Aida G.) menyatakan yang kedua-dua defendan yang diwakili beliau akan mengemukakan tujuh orang saksi, termasuk kedua-dua anak guamnya.
“Antara saksi yang akan dipanggil semasa perbicaraan ialah Zoey Rahman, pelakon yang pernah dikaitkan dengan Siti Nordiana,” kata Nurul Hafidzah menerusi kenyataan kepada Gempak. Terdahulu, Nurul Hafidzah menyatakan yang pihak plaintif tidak mempunyai asas kes bagi saman ftnah tersebut kerana tiada sebarang pernyataan ftnah yang telah dikeluarkan oleh anak-anak guam beliau.
Peguam tersebut juga berpendapat bahawa kes saman ftnah yang diambil oleh Siti Nordiana tidak memenuhi semua elemen bagi individu yang ingin mendakwa pihak-pihak yang telah memfitnh.
“Pada setakat ini, dokumen-dokumen, fakta-fakta yang telah dipersetujui, dan fakta-fakta untuk dibicara telahpun difailkan. Kami belum menerima senarai saksi dari Siti Nordiana dan mungkin akan dibekalkan pada hujung minggu ini,” tambah Nurul Hafidzah.
Siti Nordiana adalah saksi plaintif yang pertama dan akan masuk ke kandang saksi pada hari pertama dan kedua perbicaraan. Penyanyi tersebut akan melalui pemeriksaan balas oleh peguam defendan bermula dari hari perbicaraan pertama.
Ketua pasukan pembelaan bagi defendan keempat dan kelima tersebut juga berkata yang Siti Nordiana akan berada dalam kandang saksi sepanjang masa beliau diperiksa balas dan diperiksa semula dalam memberikan keterangan beliau kerana beberapa bukti penting akan turut dikemukakan sebagai keterangan yang bakal dikemukakan kepada mahkamah.
Sebelum ini media melaporkan yang bicara saman fitnh tersebut akan bermula pada 29 September tetapi ianya telah ditangguhkan ke bulan in kerana tarikh tersebut bertindih dengan pendengaran kes sivil Abu Syafiq di Kuantan. Kredit -