Baru-baru ini tular satu trend unik apabila bungkusan makanan ditutup mengggunakan paku. Biarpun nampak agak menarik dan ‘hipster’, namun penggunaan material seperti paku sebenarnya berbahaya kepada pengguna.
Menerusi satu posting oleh laman Facebook Public Health Malaysia, paku dianggap sebagai ‘food hazard’ dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan. Mengambil contoh kejadian terdahulu, laman berkenaan mendedahkan terdapat satu kes yang mana seorang kanak-kanak pernah tertelan paku.
ARTIKEL MENARIK:Bekas makanan kedap udara jadi ‘penyelamat’
“Seorang kanak-kanak dibawa oleh keluarga ke kecemasan hospital kerana dikhuatiri tertelan paku. Kanak-kanak tersebut mengalami sakit perut dan menangis tidak henti. Imbasan xray mendapati paku tersebut telah sampai ke bahagian perut. Operasi kecemasan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan paku tersebut. Ini adalah contoh kejadian yang tidak diingini akibat kehadiran bendasing di dalam makanan,” kata pengendali akaun tersebut.
Tambah Public Health Malaysia untuk mencegah kejadian berisiko ini, elakkan membeli makanan yang dibungkus dan ditutup dengan menggunakan paku. “Pengendali makanan disarankan untuk mengelakkan penggunaan paku pada bungkusan makanan. Jangan letak paku di kawasan tempat makanan seperti meja dapur atau tempat yang boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-kanak. Guna getah (atau kaedah mengikat lain) tidak mengubah rasa, resepi asal makanan. Jika ada menemui peniaga yang masih menggunakan paku untuk membungkus makanan, laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran. Peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Makanan 1983,” tulis laman berkenaan. Sumber : Gempak
Tak Mahu Nasi Lemak. Sekali Individu Ni Pening Dengan Mngsa Banjir Bila Ada Makan Yang Dibawa Dipersoalkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memindahkan sasaran banjir yang terkandas serta menyediakan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan. Beliau berkata, setakat pukul 11 malam tadi, sebanyak 188 pusat pemindahan sementara PPS telah dibuka di seluruh negara di enam buah negeri yang terjejas iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
“Setakat ini seramai 11,384 sasaran daripada 4,500 keluarga telah dipindahkan ke PPS dan pada masa sama terdapat 521 pangkalan Jabatan Kebajikan Masyarakat tersedia di seluruh negara bagi membantu sasaran yang ditempatkan di PPS. “Keutamaan sekarang adalah untuk menyelamatkan nyawa dahulu. Mana yang masih terperangkap kita mahu pindahkan, tidak boleh lama kita tak tahu sama ada paras air akan naik atau surut,” katanya pada sidang akhbar di Markas Agensi Pengurusan B.encana Negara Nadma di sini lewat malam tadi.
Tambah beliau, sebarang pemberian berbentuk bantuan kewangan dan sebagainya akan dibincangkan kemudian memandangkan yang lebih utama adalah keselamatan serta nyawa sasaran yang terlibat. Seorang individu mendakwa terdapat segelintir sasaran banjir masih bersikap memilih dan cerewet apabila enggan mengambil makanan berupa nasi lemak yang dihantar olehnya meskipun dalam keadaan agak darurat akibat bencana ini.

Menerusi pendedahan Zamerxciter93 di laman laman sosial, makanan berupa nasi lemak yang dihantarnya di sebuah pusat pemindahan banjir PPS enggan diterima segelintir sasaran di situ. “Mereka masih mempersoalkan kenapa bawa nasi lemak dan enggan ambil nasi lemak yang dibawa, sebaliknya tanya kenapa tak bawa nasi ayam bersama lauk.
“Perbuatan memilih itu menyebabkan berlaku lebihan makanan sehingga membazir dan makanan melimpah serta bersepah. Kalau plastik basah sikit terus mereka tak nak ambil makanan itu. “Kami memang berbulu dan naik angin, kita hantar makanan tapi memilih pula. Tambah-tambah warga asing sampai pecahkan Mydin, Shell sebab mereka tak nak pindah tapi terdesak perlukan makanan,” ujarnya.
Pemerhatian di ruangan komen mendapati orang ramai mendakwa PPS yang dimaksudkan itu adalah di Shah Alam, Selangor. Pendedahan itu juga menyebabkan orang ramai naik berang dengan sikap segelintir sasaran banjir yang memilih itu.
Ko akan jumpa orang mcm ni. Kalo orang mcm tu, aku biarkan je, biar kebulur. Tak kuasa nak layan. Pergi yang tempat org yg reti bersyukur, komen haneysmoon. Kalau diorang memilih, tu maknanya mereka masih belum betul-betul lapar… kalau dah betul lapar, makan saja apa yang ada, ujar Pemuda Karar pula.
Kredit : Kosmo
Ada Yang Pertikai Status Halal Makanan Yang Dimasak Oleh Bukan Muslim Waktu Banjir. Sekali Ini Penjelasan Dr.Zulkifli.
PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memberi penjelasan melalui laman Twitter peribadinya mengenai isu bantuan makanan yang dimasak oleh mereka bukan beragama Islam. Penjelasan itu susulan orang beragama lain memasak untuk mangsa banjir dan ada pihak mempertikai status halal makanan tersebut.
Menurut beliau, hidangan yang dimasak oleh individu bukan muslim tidak menjadi penghalang bagi penganut agama Islam menikmati hidangan tersebut selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan.
“Tidak ada masalah untuk makan hidangan yang disediakan bukan Muslim yang bukan ahli kitab selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan mereka. Terima kasih kepada saudara kami yang beragama Sikh atas bantuan yang dihulurkan. Semoga tuhan merahmati anda semua.
“Hal ini terpakai dalam isu agihan bantuan atau rumah terbuka yang sudah pasti saudara kita yang berlainan agama majoritinya faham konsep halal. Adapun bagi kedai makan, carilah yang ada logo halal Jakim,” ciapnya.
Rata-rata warganet turut meluahkan perasaan gembira melihat penyatuan rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa dalam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, warganet turut mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan.
“Harap-harap boleh terserempak dengan pak cik ni pada masa hadapan. Nanti saya belanja teh tarik. Terima kasih juga kepada pihak GSPJ. Kamu semua wira, hanya tuhan boleh membalas kebaikan anda semua,” ciap NikisyaChan. “Biar ini menjadi peringatan kita semua yang sebenarnya kita sudah pun bersatu, kita dipecahkan kerana pihak sana tahu betapa kuatnya bila kita bersama. Jangan lupa,” ciap taneda97.
“Sebak dan terharu, kita sebagai rakyat kuat bila bersama. Pihak sana tidak peduli pasal nasib kita,” ciap _muhdaimn. “Saya menangis melihat gambar ni. Melayu, Cina, India, kita semua bersatu membantu sesame sendiri. Ini adalah Malaysia yang kami nak tengok,” ciap theluqskywalker. – UTUSAN ONLINE
2 Hari Terkandas Tanpa Makanan. Sekali Boss Ned Syukur Dapat Selamatkan Bayi.
Kejadian banjir kilat yang melanda sejak 2 hari lalu di sekitar kawasan Shah Alam benar-benar meruntun jiwa. Meskipun hujan sudah pun berhenti, namun masih banyak kawasan yang ditenggelami air sehingga ke bumbung rumah. Ramai yang merayu untuk dihulurkan bantuan terutamanya di kawasan Taman Sri Muda.
Bini cakap sayang careful please, takut ada buaya ke?
Tak tahan melihat situasi berkenaan, suami kepada Nora Danish iaitu Boss Ned telah turun padang bersama team bagi memberi pertolongan. Selain itu, Harith Iskandar dan isterinya turut sama kelihatan bertungkus lumus menyediakan bekalan makanan kepada individu terjejas.
Ada bayi dan dilaporkan dah 2 hari keluarga ini tiada bekalan makanan
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Boss Ned kedengaran cukup gembira selepas berjaya menyelamatkan sebuah keluarga yang sudah pun 2 hari terperangkap di dalam rumah tanpa sebarang bekalan makanan. Lebih melegakan apabila seorang bayi juga berhasil dibawa keluar ke lokasi yang lebih selamat.
Bangga dengan apa yang Boss Ned tengah buat…Semoga dipermudahkan urusan semua yang membantu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terharu melihat perkongsian berkenaan. Selain itu, ramai turut mengambil peluang berterima kasih kepada Boss Ned atas usaha yang dilakukan semalam.

Sumber:Instagram Hotfm & Boss_ned via
