2 tahun tak jejakkan kaki ke Indonesia. Sekali Tya Ariffin dedah terkejut bila anak dah mula tak kenal keluarga sendiri.

Business

2 tahun tak jejakkan kaki ke Indonesia. Sekali Tya Ariffin dedah terkejut bila anak dah mula tak kenal keluarga sendiri.

Kebenaran merentas negeri sememangnya mampu membuatkan mereka yang sudah lama memasang niat untuk pulang ke pangkuan keluarga dilihat seakan mampu menarik nafas lega.

2 tahun tak jejakkan kaki ke Indonesia. Sekali Tya Ariffin dedah terkejut bila anak dah mula tak kenal keluarga sendiri.



Terbaru, pelakon dan mentor usahawan tempatan, Tya Arifin juga tidak ketinggalan menzahirkan rasa gembira apabila hajatnya untuk pulang ke kampung halaman di Palembang, Indonesia kini tercapai selepas lebih dua tahun tidak bersua muka dengan orang tuanya.

ARTIKEL MENARIK:Suami Nora Danish slumber beb4lkan orang sebab air minuman jenama premium, ini reaksi netizan
loading...


Kata pelantun lagu Bagaikan Mutiara itu, dia memutuskan untuk pulang menziarahi keluarga di Palembang ditemani kedua cahaya matanya Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa tanpa suaminya, Asyraf Khalid di sisi. “Keputusan untuk balik kampung dibuat pada saat akhir. Jadi, suami tidak dapat ikut kerana dia memerlukan visa pelancong untuk memasuki Palembang. Proses mendapatkan visa mengambil masa. Jadi, saya dan suami ‘berpisah’ seketika. Suami juga boleh menguruskan perniagaan jus kesihatan kami,” katanya.

Dalam satu hantaran di Instagram, pengasas minuman kesihatan, Mutyara Beauty yang sebelum ini aktif berkongsi rutin hariannya ketika menjalani tempoh kuarantin di hotel mewah dilihat tidak mampu menahan rasa rindu selepas berkesempatan menatap wajah keluarganya.

Meskipun sebak memeluk tubuh bapanya ketika menjemput keluarga kecilnya di lapangan terbang, aktres yang mula dikenali menerusi drama Preman Pensiun ini dilihat tetap bersyukur kerana masih diberi rezeki untuk bertandang kembali ke negara asalnya. “Alhamdulillah sampai di Palembang setelah 2 tahun lebih bertemu, Inilah kehidupan. Sebagai anak, kita haruslah lalukan yang terbaik untuk ibu bapa dan keluarga kita selagi mereka masih ada,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Tya juga tidak menyangka bahawa pandemik CVDI9 nyata memberi tamparan hebat terhadap ikatan persaudaraan apabila anak bongsunya Azzahra atau lebih mesra disapa Ara yang kini berusia 3 tahun sudah tidak mengingati datuk dan neneknya. “Tya terkejut kerana sampai sahaja di Palembang, Ara dijemput oleh datuknya. Dia asyik menangis. Pada permulaan, Ara tampak sangat janggal kerana lama tidak bertemu. Namun selepas beberapa hari di sini, dia makin manja dengan datuk dan neneknya,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, selain menziarahi saudara-mara, Tya hadir ke Indonesia bertujuan untuk melebarkan lagi sayap empayar bisnesnya ke negara tersebut agar mampu membantu golongan wanita untuk keluar daripada kepompong kesusahan. Selain aktif mengadakan seminar dan kelas bimbingan kepada usahawannya, Tya juga dikatakan menyasar lebih 5,000 usahawan Mutyara di negara berkenaan menjelang tahun 2022. Sumber: Gempak

Badan Anak Dah Naik Bintik Bintik. Tya Ariffin Buat Ujian Alergik Pada Anak Dan Ini Hasil Keputusannya.

Dek bimbangkan kesihatan anak sulungnya, Arif Jiwa, pelakon dan usahawan Tya Arifin akhirnya memutuskan untuk melakukan ujian alergik kulit di sebuah pusat perubatan di ibukota baru-baru ini. Dedah Tya, anak lelakinya itu mengalami beberapa gejala antaranya susah bernafas, bersin dan badan berbintik-bintik tanpa mengira waktu.


“Saya bawa Arif ke klinik sebab dia susah nak bernafas kalau waktu malam, ada masalah bersin-bersin. Suka datang suka pergi dan datang lagi.”Pergi ke klinik, ingatkan batuk atau selesema, minumlah ubat. Pergi ke TNT juga, sekejap hilang dan datang lagi. Kerana tak puas lagi, datanglah ke doktor untuk ujian alergik,” kongsi Tya bersama sepotong video bersama Arif melakukan ujian terbabit.


Hasil daripada ujian yang menelan kos sekitar RM700 hingga RM1,000 itu, Arif mengalami alergik pada debu.”Ingatkan sebab tak boleh minum susu, makan kacang atau keju. Buat juga ujian haiwan peliharaan.”Tapi hasilnya, Arif memang alergik debu,” tambah Tya. Justeru, Tya berpesan agar sentiasa menjaga kebersihan kediaman termasuk menukar sarung bantal, karpet dan langsir.

“Kena selalu lihat kebersihan karpet, bantal dan langsir. Tukar lima ke tujuh hari sekali. Bantal setiap hari dijemur panas atau dicuci. Elakkan tempat berkapet. Jadi ibu-ibu pastikan kenali punca sebenar, dah kasihan Arif kena tahan makan coklat, keju dan sebagainya. Ternyata debu je,” kata Tya lagi. Untuk rekod, Arif Jiwa, 2, merupakan anak sulung kepada Tya dan Asyraf Khalid yang telah berkahwin pada 1 November 2015.Tya menimang cahaya mata kedua, Azzahra Jiwa Asyraf pada Mei 2019. Sumber : Gempak

Tokti Belanja Mainan Untuk Anak Wanita Ini. Sekali Ini Reaksinya Sampai Buat Ramai Terharu.

Baru-baru ini, menerusi platform perkongsian video Youtube, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi vlog terbaharu yang menampilkan diri beliau dan anak sulungnya, Siti Aafiyah di sebuah gedung menjual permainan.Menerusi video yang berdurasi sekitar empat minit itu, kelihatan galagat comel Aafiyah yang beriya memilih hadiah buat adik kesayangannya, Muhammad Afwa yang kini baru berusia enam bulan.

Siti menerusi voice over berkata, dia berasa bersyukur kerana dikurniakan peminat yang sering memberikannya hadiah, di samping bersyukur kepada Tuhan terhadap rezeki yang lebih untuk memberi sedikit kebahagiaan buat anak-anaknya yang masih kecil.

“Walaupun zaman kanak-kanak saya jarang sangat ada atau dapat mainan, tapi saya tetap enjoy dengan cara kami dulu-dulu. Alhamdulillah sewaktu saya dah jadi artis, saya terharu sangat sebab mendapat banyak sangat hadiah-hadiah. Kalau anak patung atau teddy bear tu terlalu banyak. Kemana-mana saya pergi, saya dapat banyak hadiah. Itulah tanda sayang peminat kepada saya. Saya ucapkan terima kasih kepada semua peminat saya. Selepas saya mendapat Aafiyah dan Afwa, mereka memberikan hadiah terlalu banyak sampaikan satu bilik tu penuh je dengan hadiah-hadiah. Itulah kenangan paling indah bagi saya bersama peminat saya yang sangat murah hati. Dan apabila saya ada sedikit kemampuan, apa yang anak saya inginkan, saya cuba tunaikan. Apa yang penting adalah kegembiraan dan kasih sayang.. kita semua diberikan rezeki yang berbeza-beza, tetapi tidak bermaksud kita tidak boleh membahagiakan orang lain,” ujar Siti.


Namun, ada satu hal yang menarik perhatian penonton. Pada penghujung video, selepas selesai membuat pembayaran, Siti dilihat menegur seorang kanak-kanak yang kebetulan turut berada di kaunter. Kedengaran Siti berkata: “Meh Mak Iti belanja,” katanya mesra.Tanpa banyak bicara, Siti membayarkan permainan yang dipilih oleh kanak-kanak tersebut sambil berkata yang beliau mendoakan agar peminat sentiasa gembira dengan apa saja kehidupan dan situasi yang mereka dilalui.

Menjenguk ruangan komen, ibu kepada kanak-kanak tersebut, Masliani Haji Abdul mengirimkan ucapan terima kasih kerana sudi membayarkan permainan yang dipilih oleh anaknya.“Allahuakbar kelu lidah pabila bertemu dengan idola kesayangan semua. Terima kasih Dato Ct belanja anak saya, Maisha Nuwairah masa ni. Maisha puji, ‘She’s so generous la ibu’. “Berkongsi memori terindah bertemu idola ibu bersama Maisha & A’isya Begitulah naluri setiap ibu, sungguh dulu saya pun takda lah mainan Barbie dulu- dulu, ada rezeki dapatlah beli untuk anak- anak ibu. Tumpang rezeki main Barbie time dah tua ni,” tulisnya. Menerusi ruangan balas pula, rata-rata memberikan maklumbalas positif dan memuji betapa murahnya hati penyanyi kesayangan ramai itu.“Hormat sangat sikap TokTi yang tidak menunjuk, tidak riak, sentiasa syukur. Semoga TokTi panjang umur dan bahagia dengan anak-anak. Video : Klik link

Salam hormat dan ceria slalu buat TokTi,” tulis seorang peminat.“Ada banyak yang saya pelajari dari sikap Tokti. Bagaimana beliau, alhamdulillah, selalu dimudahkan rezekinya.“Salah satunya, karena beliau selalu bersyukur. Entahlah, tapi hampir di setiap video yang ada bicaranya, beliau selalu ucap syukur.“Memang, semakin banyak bersyukur, atas nikmat ataupun cobaan, ketika senang ataupun susah, maka Allah akan tambahkan nikmatnya.“I love you Tokti. Panjang umur wahai orang baik,” kongsi seorang lagi peminat. Sumber : Gempak




Lepas Tular Jam 1 Juta. Kini Beg Tangan Tokti Pulak Jadi Bualan Orang Ramai.

Tampil dengan gaya tersendiri di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2021, penyanyi terkenal iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut dikenali sebagai Tokti hangat dibualkan sejak kelmarin. Malah melihatkan video Tokti yang memaparkan penampilan dirinya itu sehinggakan masuk ruangan fyp di TikTok mengundang ramai begitu tertarik dengan apa yang digayakan oleh selebriti dan usahawan terkenal ini. Sejak kelmarin juga, pengguna aplikasi TikTok ke,coh dengan harga jam tangan yang di.sarung oleh Tokti yang dikatakan berharga lebih RM1 Juta.




Agak mahal namun akui peminatnya bahawa tidak merasa hairan kerana dia mampu dan usaha Tokti selama bergelar seorang penyanyi juga bukan calang-calang. Pun begitu, selepas harga jam tangan Tokti jadi bualan netizen dan ternyata satu jenama mewah beg tangan Tokti turut hangat dibualkan apabila harganya juga mencecah puluhan ribu ringgit. Warganet diruangan komen bagaimanapun turut mengutarakan rasa bangga melihat kejayaan Tokti sehingga dia hangat mendapat perhatian sekali gus menerima ribuan tanda suka ramai di hantaran video tersebut. “Dia berkemampuan dan hasil usaha beliau sendiri…”



“Yang penting baju dia sopan, dah cukup bagi aku beg mahal dari siakap…”



“Tokti ni pakai barang-barang mahal pun dia tak pernah nak riak atau menunjuk…”

Sumber: HCL, Utube

Jarang Nak Menunjuk. Ada Pula Orang Yang Dedahkan Harga Jam Yang Digayakan Oleh Tokti Ke KLFW.

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri tumpuan ramai apabila hadir ke Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dengan menggayakan jam yang dianggarkan bernilai RM1 juta.


Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi babak Siti atau lebih mesra disapa sebagai Tokti menghadiri pertunjukan fesyen rekaan Rizman Ruzaini.



Pada perkongsian berdurasi 21 saat itu, Tokti melambai pada kamera telefon pintar teman di sebelahnya sambil kelihatan jam mewah daripada jenama Richard Mille di tangan kanannya.Jam tangan mewah bertali merah serta bertatahkan berlian itu dianggarkan berharga RM1.1 juta.


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji sikap Tokti yang tidak pernah menunjuk dan riak dengan barangan mewah dipakainya.Menurut mereka, setakat ini Tokti belum pernah berbangga menayangkan harga-harga barangan mewah yang dimiliki melainkan hasil carian dan kajian oleh peminatnya.




@Fans of CT:Tokti kan.. Dia pakai apa pun.. Benda-benda mahal tak pernah tunjuk.. Tapi dia akan terkantoi sendiri sebab peminat Tokti ni suka kaji berapa harga barang yang dipakai”“

@izyan:Layak dan mampu. hasil usaha dia juga kan. bertahun menyanyi.”“

@Abg Watson :Ni baru orang panggil KAYA. Ada sorang tu OKB, dah baling-baling duit.”“

@???ℎ?? ???ℎ????:This is what we called ORANG KAYA ADA STANDARD.. tak menggelupor baling duit. Maybe Tokti tahu menghargai rezeki Allah bagi.. bukan untuk ditunjuk-tunjuk.”“

@azalia_stylista:Tokti tak pernah tunjuk handbag ke, tunjuk shopping ke apa. mmg humble sangat dari dulu sampai sekarang. memang disayangi ramai ni.”“

@W?️D:Mostly jam Richard Mille ni memang harga atas juta. macam dekat US diorang custom jam tu letak diamonds worth than 5-10 milion dollars.”“

@KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA:betul la Tu… income sebulan half million, tak kan nak pakai G-Shock.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 150,000 tontonan daripada warga TikTok.Selain Tokti, jam tangan mewah buatan Swiss itu juga pernah dipakai oleh beberapa selebriti ternama seperti Cristiano Ronaldo, Kylie Jenner, Tan Sri Michelle Yeoh, Jackie Chan, Ed Sheeran dan ramai lagi.-Sumber: Gempak. viaEra Kini



-----------------------------------------------------------------