Akhirnya, pelakon Sharifah Sakinah mengumumkan yang dia sebenarnya telah bergelar isteri kepada seorang lelaki Sweden bernama Michael Hansen.
Perkhabaran tersebut dikongsikan menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Instagramnya semalam. Menerusi perkongsian tersebut, Sakinah berkata, alasan dia tidak berkongsi tentang khabar gembira itu adalah kerana beberapa faktor peribadi.
ARTIKEL MENARIK:Sharifah Sakinah umum kahwin, dedah punca terpaksa rahsia hubungan dengan jejaka Sweden
“Ya, kami sudah berkahwin pada yang bertanya. Bagi mereka yang tertanya-tanya kenapa kami tak kongsikan tentang perkahwinan adalah kerana faktor isu peribadi dan juga hal berkaitan agama. Kami pilih untuk keep it low sebelum ini. Sekarang sudah rasmi, tak payah tanya lagi okay. Terima kasih dan sayang semuanya,” tulisnya.
Begitupun, Sakinah tidak memberitahu lebih lanjut bilakah dia mendirikan rumah tangga. Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang sama, Sakinah turut menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian pusat kecergasan untuk wanita yang dibangunkan oleh mereka suami isteri sejak setahun lalu. Meninjau ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan tahniah kepada Sakinah dan suami, termasuk kakaknya, penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahirah.
“Nasib baik laki handsome.. teringat pulak iklan tak kaya takpa janji hansome.. ehh terbalik,” tulisnya dalam nada berseloroh. Terdahulu, Gempak pernah melaporkan yang Sakinah sudah mengikat tali pertunangan pada Disember 2020 dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu. Sumber: Gempak
Akhirnya Sharifah Sakinah Tampil Akui Sudah Berkahwin Dengan Jejaka Mat Saleh. Sekali Rupanya Ini Sebab Kenapa Rahsiakan Perkahwinan.
Status hubungan Sharifah Sakinah dengan jejaka mat saleh bernama Michael Hansen akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengumumkan mereka sudah sah bergelar suami isteri. Menurut Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 32, dia tidak memaklumkan mengenai perkahwinannya itu atas faktor peribadi.
“Disebabkan ramai bertanya… ya kami sudah berkahwin. Untuk mereka yang hairan kenapa kami tak maklumkan tentang perkahwinan ini adalah kerana isu peribadi dan hal agama. Kami memilih untuk keep it low… tapi sekarang, it’s official, tak payah tanya lagi okay. Terima kasih semua,” katanya menerusi Instagram pada Jumaat.
Adik kepada penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira ini bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinannya dengan jejaka berasal dari Sweden itu. Pada 5 Mac 2021, portal hiburan melaporkan Sakinah sudah bertunang dengan teman lelakinya yang dikenali sejak 2020. Malah, Sakinah juga mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tan.
Dalam perkongsian yang sama, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian pusat kecergasan khas untuk wanita yang ditubuhkan oleh mereka sejak setahun lalu. “Selamat ulang tahun pertama Hemmafit! Teringat lagi masa mula-mula start dulu sebagai Fitnessakinah dengan niat nak tolong orang, buat kelas tanpa caj.
Sakinah mula mengenali jejaka berasal Sweden itu sejak tahun 2020.
“Kemudian pandemik melanda dan lebih ramai orang perlu bekerja dari rumah, makin lama makin bertambah ahli dan akhirnya Hemmafit ditubuhkan. Tambah modal, peralatan, jurulatih dan pakar nutrisi dan komitmen daripada equipment, trainers, komitmen daripada Sakinah setiap hari. Terima kasih rakan kongsi dan suami atas sokongan dan logistik Hemmafit sejak hari pertama kelas kita bersama,” ujarnya.
Untuk rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020. Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun. Sumber : MSTAR ONLINE
Sharifah Shahirah Luah Hargai Usaha ATM Yang Sudi Bantu Mgsaa Banjir. Sekali Ini Ucapan Hishammuddin.
Sejak negara dilanda musibah banjir beberapa minggu lalu, kelibat barisan artis tempatan yang turun padang menghulurkan bantuan demi membantu mangsa-mangsa terlibat kerap kelihatan. Tidak cukup dengan itu, ada segelintir selebriti juga yang sama-sama membuat kutipan derma dan mengumpulkan barang-barang keperluan sebelum diagihkan kepada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tertentu.
Dalam masa yang sama, terdapat juga bintang terkenal yang mengerah tulang empat kerat dalam sama-sama membantu mencuci kawasan yang terjejas, terutama kawasan perumahan yang kotor diselimuti lumpur. Begitulah yang dilalui oleh penyampai radio dan pengacara popular, Sharifah Shahirah. Sejak Lembah Klang dan beberapa kawasan lain di negara ini ditenggelami air tempoh hari, Shahirah merupakan antara rakan artis yang tidak pernah senyap di media sosial dari segi pengumpulan barangan keperluan dan penyertaan aktiviti sukarelawan untuk membantu mangsa musibah.
Justeru, tidak hairan jika perkongsian yang dilakukan oleh Shahirah mendapat perhatian Menteri Perthnan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini. Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan anggota Ibu Pejabat Daerah (IPD) dan Angkatan Tentera Cameron Highland, Pahang yang sedang bekerjasama membanting tulang membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir yang terjejas di Chegar Medang, Bentong, Pahang.
“Thank you Abang Askar. Khidmat masyarakat dari IPD dan Angkatan Tentera Cameron Highland,” katanya menerusi ruangan kapsyen. Pada ruangan komen, Hishammuddin mengucapkan terima kasih kepada Shahirah kerana menghargai Angkatan Tentera Malaysia. Tambah Hishammuddin, beliau berjanji yang ATM akan terus membantu petugas agensi dan sukarelawan dalam membersihkan rumah mgsaa-mgsaa yang terlibat.
“Terima kasih hargai bantuan dari pihak ATM. Insya-Allah ATM akan terus bantu sedaya upaya petugas agensi dan sukarelawan dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Pahang sehingga selesai,” tulisnya. Meninjau balasan pada komen berkenaan, warganet dilihat turut mengucapkan terima kasih kepada ATM yang bertungkus-lumus mengerah tenaga membantu mereka yang memerlukan. “Terima kasih pihak ATM dan team semua, serta masyarakat yang banyak membantu syukur Alhamdulillah. Semoga kita semua aman selalu. Kepada yang terlibat banjir semoga diberi ketabahan kekuatan,” katanya. Sumber : Gempak
Baru Je Harith Iskander Tampil Dkwa ATM Tak Bantu Individu Yang Terlibat Dengan Banjir. Sekali Ini Respon Padu Dari ATM.
Kenyataan Harith Iskander di media sosial mempersoalkan peranan Angkatan tentera Malaysia (ATM) bagi membantu mangsa banjir menerima pelbagai reaksi termasuk maklum balas dari pihak tentera. Harith dalam satu hantaran di Facebook mendakwa sepanjang empat hari beliau di kawasan terjejas banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat, dia tidak melihat anggota ATM.
Susulan daripada perkongsian tersebut, dilihat ATM turut tinggalkan maklum balas dengan memaparkan beberapa gambar menunjukkan pihak tersebut berada di semua lokasi banjir. Dalam pada itu, Tentera Darat Malaysia turut membalas kenyataan tersebut di ruangan komen.
“Tentera Darat Malaysia tidak terkecuali dalam berganding bahu bersama-sama dengan pelbagai agensi bagi membantu mangsa bencana banjir. Antaranya adalah Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysi (JPBM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM). Turut terlibat, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dalam pengurusan bencana banjir di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Wisma Sri Pahang,” katanya.
Jelasnya lagi, wakil Pegawai Perhubungan Briged Keempat Infantri Malaysia (4 Bgd) sentiasa bekerjasama dan bersedia pada sebilang masa dalam memberi bantuan yang diperlukan oleh PKOB dalam misi kemanusian membantu mgsa bencana banjir yang terjejas. Rata-rata orang ramai turut dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut yang dianggap mengelirukan.
“Saya tidak tahu apa niat membuat kenyataan seperti ini, seseorang individu yang mempunyai ramai pengikut harus melakukan usaha wajar sebelum memuat naik sesuatu yang boleh mengelirukan,” kata Mohammad Arif. Sila buka Facebook ATM, boleh jumpa banyak gambar mereka turun beri bantuan, jelas Akram.
TENTERA MALAYSIA MASUK BANTU MGSA BANJ1RR TANPA KELULUSAN NADMA. PANGLIMA ANGKATAN TENTERA BERPANGKAT JENERAL INI JELASKAN KENAPA TAK PERLU KELULUSAN
Arahan bersiap siaga kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk terlibat dalam operasi banjir telah diterima daripada peringkat atasan sejak dua bulan lepas, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.
“Pengarahan dari atas sejak dua bulan lepas, kata siap siaga, kalau dah air naik saya tidak tunggu lagi jika saya ada anggota dan aset sedia, saya akan selamatkan orang awam dahulu nak tunggu apa lagi,” katanya pada sidang media Ops Banjir Taman Sri Muda di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan bahawa ATM turun membantu mgsa banjir tanpa kelulusan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan memaklumkan pihaknya bersiap siaga untuk terlibat dalam operasi banjir, sekiranya ada kenaikan air di mana-mana kawasan. Mengakui keadaan bencana yang dihadapi agak kelam-kabut pada peringkat awal, Affendi berkata perkara itu sentiasa berlaku dalam keadaan bencana di mana-mana tempat.
“Kalau di Amerika Syarikat pun, ketika taufan berlaku mereka juga menghadapi masalah yang sama tetapi itu tidak semestinya menjadi titik noktah, kita perlu perbaiki dari situ. Sudah tentu pada hari pertama, keadaan kelam-kabut tetapi sekiranya semua orang berusaha bersama-sama dan memainkan peranan mereka, kita boleh selesaikannya dan kurang orang yang menderita,” katanya sambil menambah waktu darurat ketika ini, semua pihak perlu bekerjasama.
Affendi berkata pada waktu bencana, tidak ada satu sistem pun yang betul untuk memenuhi semua jenis musibah dan satu-satunya cara adalah semua orang bekerjasama dan menyelesaikannya. Memang pada mulanya kita akan kelam-kabut tetapi selepas menempuhnya semua akan diselesaikan. Beliau berkata ATM kini bersedia untuk menghadapi musim Monsun yang biasanya akan mengakibatkan banjir di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
“Ingin saya ingatkan bahawa untuk bencana banjir ini, saya fikir kita harus bersedia, (situasi) terburuk belum berakhir. Monsun ini belum sampai lagi di kawasan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang merupakan kawasan tradisi. Jadi anggota kami semua berada di sana untuk memastikan jika apa-apa berlaku mereka akan berada di tempatnya,” kata beliau. Sumber : BERNAMA via MALAYSIA KINI via