Sharifah Sakinah Tiba2 Naik Angin Bila Baca Satu Komen Dari Mak Cik Ini

Business

Sharifah Sakinah Tiba2 Naik Angin Bila Baca Satu Komen Dari Mak Cik Ini

Dituduh ‘main wayang’ dan melabel dirinya berlakon mempunyai masalah mental, pelakon Sharifah Sakinah memberi jawapan balas kepada seorang netizen.

Sharifah Sakinah Tiba2 Naik Angin Bila Baca Satu Komen Dari Mak Cik Ini



Hal tersebut dibuat menerusi sepotong video yang dikongsikan oleh Sakinah menerusi platform TikTok.

ARTIKEL MENARIK:2 tahun tak jejakkan kaki ke Indonesia. Sekali Tya Ariffin dedah terkejut bila anak dah mula tak kenal keluarga sendiri.
loading...


Menerusi balasannya, Sakinah menjelaskan yang dia tidak perlu untuk mendedahkan laporan kesihatannya di sosial media kerana ia sudah tentu akan membuatkannya dilabel sebagai seorang individu yang inginkan perhatian.

“Makcik. Takkanlah saya nak hantar laporan sakit saya dekat TikTok, makcik? Kalau saya hantar dekat TikTok, itu baru nak perhatian, makcik,” katanya.

VIDEO RESPOND:

 

Dalam komen itu, seorang pengguna TikTok yang mendakwa dirinya juga menghidap kemuru ngan meminta pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu untuk berkongsi laporan perubatannya.

“Wayang semata-mata. Minta dia ‘review’ laporan perubatan. Setiap yang sakit psy (psikologi) ada laporan perubatan.

“Macam saya kemurungan dan anxi ety, ada laporan perubatan yang disahkan pakar,” tulis individu itu.

Menerusi ruangan komen pula, ramai yang memberi sokongan terhadap Sakinah melabelkan pengguna tersebut sebagai Mak Cik Bawang.

“Mak Cik Bawang sana sini,” tulis seorang netizen.

“Kadang-kadang, orang ramai lupa untuk menguruskan hal masing-masing,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Terdahulu, media tempatan melaporkan mengenai perkongsian Sakinah mengenai penyakit Attention De ficit Hyper activity Disorder (A D H D) atau gangguan kurang daya tumpuan serta hiperaktif yang dialaminya.

Jumpa doktor kalau ada masalah mental – Sharifah Sakinah

Pelakon Sharifah Sakinah menasihatkan orang ramai yang merasakan bahawa diri mereka memiliki simptom-simptom menghidap Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD supaya mendapatkan pengesahan daripada doktor dan bukan melalui kajian sendiri menerusi enjin carian Google.




Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired, 32, berkata bahawa dia telah mendapatkan pengesahan lebih daripada seorang doktor tentang masalah kesihatan mental yang dialaminya.

“Terlebih dahulu, mereka yang merasakan ada simptom-simptom ADHD atau bipolar, sila dapatkan pengesahan daripada doktor, bukan seorang tetapi ramai (lebih daripada satu doktor). Bukan melalui diagnosis daripada Google,” ujarnya.

Menurut pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu, dia mengambil masa sehingga tiga minggu untuk melalui beberapa proses bersama doktor untuk mengesahkan penyakit mental yang dialaminya.

“Saya mengambil masa selama tiga minggu untuk diinterviu dengan doktor termasuk menghubungi keluarga serta menjalani beberapa ujian untuk didignosis.

“Proses itu tidak semudah seperti menjawab soalan secara dalam talian untuk mengenalpasti sebarang simptom,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sakinah memberitahu bahawa masyarakat sering menganggap masalah ADHD menyebabkan seseorang itu menjadi hiper semata-mata.

“Tapi sebenarnya ADHD adalah lebih kompleks seperti selalu berfikir yang bukan-bukan (overthinking), tergesa-gesa (impulsive) dan masalah mengatur emosi,” katanya,

Dalam perkongsian itu juga, Sakinah menasihatkan individu yang telah disahkan menghidap ADHD supaya mengikut saranan dan nasihat yang telah diberikan doktor walaupun mengakui sukar untuk menjadi seorang yang berdisplin.

“Paling penting adalah dengan mendapatkan sokongan yang baik untuk berdepan dengan cabaran harian.

“Dunia mungkin tidak memahami kamu, siap boleh kena label mengada-ngada atau over (keterlaluan). Tapi akhirnya kita perlu jadi baik untuk diri sendiri. Penerimaan diri sendiri adalah kuncinya,” katanya.

Terdahulu, Sakinah ada berkongsikan mengenai masalah kesihatan mental yang dialaminya dan mengakui bakal berpindah ke luar negara apabila berkahwin dengan Michael Hansen.

Menurut Sakinah, masalah ADHD yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu kini agak teruk dan perlu menjalani rawatan khusus.

Sumber : GEMPAK viaTrending Sangat



-----------------------------------------------------------------