Perkongsian video pendakwah bebas terkenal, Ustazah Oki Setiana Dewi di laman TikTok mengundang kritikan wargamaya berikutan kenyataan yang dikeluarkan olehnya.
Membalas kenyataan tersebut, rata-rata warganet berpendapat seseorang wanita itu tidak perlu mendiamkan diri walaupun dilayan dengan kj4m oleh si suami dan perlu melaporkan kepada pihak berkuasa.
ARTIKEL MENARIK:Pergi kelas bau wangi tapi balik rumah malas mandi. Sekali buka pintu satu rumah bau busuk. Rupanya ini yang terjadi.
Menerusi video yang dikongsi, Ustazah Oki Setiana Dewi menceritakan satu kisah yang berlaku di mana sepasang suami isteri sedang bertengkar lalu si suami bertindak di luar kawalan dengan memukul wajah isterinya. Si isteri ketika itu menangis dan alangkah terkejutnya apabila kedua-dua ibu bapanya datang ke rumah mereka.
Suaminya dari jauh berdebar-debar. Ya Allah isteriku sudah pasti akan mengadu sama ibu mentuaku bahawa tadi baru dipukul. Si ibu tanya kepada si anak kenapa dengan kamu? Kenapa kamu nangis mata sampai sembab begitu kenapa? Si anak menjelaskan ibu ayah Ya Allah saya tadi berdoa kepada Allah. Saya rindu kepada ibu ayah dan sudah lama tidak berjumpa.
Saya menangis kerana rindu kepada ibu ayah. Lalu Allah makbulkan doa saya dan terharu lalu menangis. Si suami dari jauh ketika itu ‘terkejut’ dengan respon yang diberikan oleh isterinya sedangkan wanita berkenaan boleh mengadu kepada kedua ibu bapanya tentang apa yang terjadi namun mengambil keputusan sebaliknya.
Di akhir video tersebut, Ustazah Oki Setiana Dewi memberikan pesanan supaya tidak menceritakan apa yang telah terjadi dan perkara tersebut secara tidak langsung akan memburuk-burukkan pasangan sendiri. Menyimpan aib sendiri ya Allah luar biasa makin sayang dan cintalah suami tersebut. Jadi tak perlu cerita-cerita, sekiranya membuat kita memburuk-burukkan pasangan kita sendiri.
WARGANET TIDAK BERDIAM DIRI DAN MULA MENGKRITIK USTAZAH TERSEBUT

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dikatakan kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustazah Oki Setiana Dewi dan menjelaskan keganasan yang berlaku perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa. Bukan itu sahaja, mereka turut akui ‘terkejut’ dengan kenyataan tersebut dan mempersoalkan kredibiliti Oki selaku pendkwah yang disegani ramai.
Oki Setiana Dewi Minta Maaf, Akan Perbaiki Diri Jadi Lebih Baik – ‘Sudah Tentu Saya Sangat Menolak Keker4san Dalam Rumah Tangga’
Pendakwah bebas Ustazah Oki Setiana Dewi dikritik teruk selepas didkwa mengeluarkan kenyataan menormalisasi kegn4san rumah tangga.
Minta maaf dalam menyampai

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Oki tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Katanya, rakaman ceramah yang viral di media sosial itu diberikannya sekitar dua atau tiga tahun lalu. Tegas Oki, dia tidak menyokong tetapi menentang kekerasan dalam rumah tangga.
Assalamualaikum sahabat semua, kelmarin saya mendapat mesej dari beberapa teman mengenai potongan ceramah saya dua atau tiga tahun lalu. Terima kasih atas perhatian dan kasih sayangnya. Sudah tentu saya sangat menolak kekerasan dalam rumah tangga. Mohon maaf atas kesalahan dalam menyampaikan dan semoga Allah mengampuni saya dalam setiap kesalahan-kesalahan saya.
Mohon bimbingan daripada orang ramai
Dalam pada itu, selebriti terkenal ini juga menyatakan dia akan lebih berhati-hati dalam memberi syarahan di samping memperbaiki diri demi kebaikan di masa kelak. Mohon doa agar Allah membimbing setiap ucapan hingga ke depannya mendatangkan maslahat. Insya-Allah saya akan terus belajar, memperbaiki diri dan menyampaikan dengan lebih baik di masa hadapan. Mohon bimbingan juga daripada semua sahabat. Sumber: Oki Setiana Dewi via Oh Bulan
Oki Setiana Dewi Sebak Sewaktu Majlis Pertunangan Adiknya. Rupanya Ini Yang Terjadi.
Aktres Filem Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi dilihat gagal menahan sebak ketika berada di majlis pertunangan adiknya, Ria Ricis Bersama Teuku Ryan yang berlangsung baru-baru ini di Jakarta Selatan.
Oki memberi penjelasan bahawa beliau tidak dapat menahan diri dari menangis sewaktu berada di majlis pertunangan adiknya adalah disebabkan beliau berada di kerusi allahyarham bapanya, Suliyanto sebagai wakil keluarga.
“Saya menangis dari awal. Kerana saya duduk di kerusi yang seharusnya diduduki papa saya”- Tutur Oki
Beliau menambah, momen sedih itu sangat terasa kerana mengingatkan adiknya yang tidak ditemani bapa tercinta dan hanya didampingi ibu dan kedua kakaknya.

“Jadi kan barisan keluarga Ryan, barisan keluarga Ricis. Ryan dan Ricis di tengah. Ryan diapit oleh kedua ibubapanya, Ricis pula diapit oleh semua perempuan. Tempat duduk saya itu seharusnya menjadi tempat duduk papa saya.”-Kata Oki lagi
Oki memberitahu bahawa beliau rasa lebih sedih apabila nama bapanya disebut beberapa kali sewaktu majlis pertunangan Ria dan Ryan dan membayangkan bapa mereka berada di sana untuk melihat adiknya bertunang.
“Kenapa banyak menangis adalah kerana nama papa sering disebut-sebut jadi terbayang lah, kerana kan bapa pergi meninggalkan kami baru tiga bulan. Jadi masih terbayang.
Jadi ia seperti menghasilkan filem sendiri, papa duduk di sini dan tersenyum. Kan kita tidak boleh bercakap ‘kalau’ tetapi dalam kepala saya, saya membayangkan papa di sini pasti papa tersenyum gembira.”-Sambungnya.

Sekadar info, adik kepada Oki, iaitu Ria Ricis dan Teuku Ryan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.Mereka juga telah mengadakan majlis pertunangan di Hotel JW Marriott, Kuningan, Jakarta Selatan.
Bakal Pengantin Sebak Ibu Suap Nasi Buat Kali Terakhir Ketika Pakai Inai.
“BARU suap nasi dah menangis,” itulah kata-kata seorang ibu apabila melihat anak perempuannya menangis apabila disuap dengan makanan.
Video yang dimuat naik sendiri oleh anaknya itu menunjukkan bagaimana dia tidak dapat menahan seb4k apabila ibunya sanggup menyuapkan makanan ketika dia sedang memakai inai menjelang hari pernikahannya.
Perkongsian tersebut setakat ini meraih hampir 40,000 tontonan di aplikasi TikTok.
Bercerita lebih lanjut kepada mStar, Aziliwani binti Abd Rahman, 30, berkata, dia sememangnya tidak dapat menahan air mata apabila ibunya menyuapkan nasi ke mulutnya sehari sebelum majlis perkahwinannya yang diadakan di kampungnya di Kelantan.
Ibunya, Zakira Aliya, 48, menawarkan diri untuk menyuap nasi kepada anak sulungnya itu sebelum dia bergelar sebagai seorang isteri pada 10 September lalu.
“Waktu tu semua tengah makan malam tapi saya je belum sebab pakai inai. Memang tak sempat nak makan dari petang, jadi mak tawarkan diri nak suapkan nasi sebab kesian tengok saya berlapar.
“Lepas tu saya pun suruhlah adik perempuan rakam untuk disimpan sebagai kenangan. Lagipun masa tu saya dah lama tak balik kampung dekat setahun lebih, bila ibu suap tu rasa sedih sangat… saya fikir lepas jadi isteri dah tak dapat rasa kasih sayang macam ni lagi.

Izzah (dua,kanan) mendirikan rumah tangga pada 10 September lalu.
“Rasa sedih dan terharu sebab ibu sanggup suap walaupun dia sendiri belum makan. Masa itu abah, nenek, mak saudara dan adik-adik semua tengok saya menangis.
“Adik yang tengah rakam tu asyik sakat saya padahal dia yang mula menangis dulu dan lepas tu semua di situ turut menangis sambil ketawa,” katanya yang menetap di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Mesra disapa Azie, dia tidak dapat menahan sebak apabila ibunya berkata ini merupakan kali terakhir dia dapat bermanja sebagai seorang anak sebelum menjalani hidup sendiri bersama suami.
“Waktu ibu nak suap tu dia cakap saya ni dah nak jadi isteri orang dan akan tinggalkan dia. Kata-kata itu yang buat hati saya rasa sangat tersentuh.
“Bila tengok semua menangis, ibu cakaplah ‘baru suap nasi dah menangis, tak boleh nak suaplah kalau macam ni.

Izzah (duduk, kanan) merupakan anak sulung daripada lapan beradik.
“Itulah yang ibu asyik ulang cakap. Sebenarnya dia tak bagi adik saya rakam video tetapi akhirnya, ibu pun turut sama menangis.
“Saya memang manja dan rapat dengan ibu dari dulu lagi, sebab saya anak sulung. Suami gelak je bila tengok video tu dan berjanji dia akan jaga saya elok-elok macam mana ibu jaga saya,” katanya yang bekerja sebagai seorang jurujual pasaraya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Menurut anak jati Kelantan ini, ibunya merupakan seorang yang garang tetapi sukar untuk menunjukkan kemarahannya pada orang lain.
Namun Azie terhibur melihat gelagat ibunya apabila diusik oleh mereka lapan beradik.
“Ibu ni pula seorang yang garang tapi dalam masa sama sporting dan penyayang. Dia tak pernah bandingkan anak-anaknya, tegas pun bertempat tapi susah nak tengok dia marah.
“Dia sentiasa tenang je layan kerenah anak, saya selalu suka menyakat ibu sehingga marah. Kami adik beradik terhibur melihat reaksi ibu apabila diusik, sebab kalau tengah marah pun nampak macam tengah ketawa.
Saya selalu pesan dekat ibu yang selagi saya dan adik beradik masih ada, selagi itulah kami akan selalu bahagiakan dia.
“Perkara yang paling akan dirindui ialah masakan, bebelan dan telatah ibu. Pengorbanan ibu melahirkan dan membesarkan kami memang tidak dapat saya lupakan.
“Saya dah berjanji dengan ibu untuk selalu beri yang terbaik untuk dia,” ujarnya.
Azie turut berharap agar mereka yang masih mempunyai ibu bapa untuk menghargai mereka.
Dia juga berpesan untuk merakam segala detik indah bersama ibu bapa supaya ia dapat dijadikan sebagai kenangan apabila mereka sudah tiada.
“Saya harap yang mana masih ada ibu dan ayah hargailah masa bersama mereka kerana kasih sayang mereka tiada nilai tandingnya.

Izzah berjanji untuk membahagiakan ibunya selagi dia masih bernyawa.
“Saya selalu pesan dekat ibu yang selagi saya dan adik beradik masih ada, selagi itulah kami akan selalu bahagiakan dia.
“Kalau boleh rakamlah momen penting bersama mereka sebab itulah kenangan terindah dalam hidup dan layanlah ibu bapa kita sebaik mungkin,” katanya. Kredit -
