Dua pengguna jalan raya ganggu ambulans sedang bergerak secara tiba2

Business

Dua pengguna jalan raya ganggu ambulans sedang bergerak secara tiba2

Setiap pekerjaan ada risiko yang tersendiri. Kadangkala, perkara-perkara yang tidak dijangka akan berlaku dan membuatkan kita bingung untuk memahaminya.

Dua pengguna jalan raya ganggu ambulans sedang bergerak secara tiba2



Hal tersebut samalah seperti perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai @hikumi_85 apabila memuat naik video ambulans yang dinaikinya bersama pesakit yang memerlukan rawatan diganggu dua pengguna jalan raya.


ARTIKEL MENARIK:Menu Udang 16.2kg Untuk 6 Orang, Pelanggan Bayar RM3,200, Netizen Salahkan Pelanggan Kerana Sebab Ini
loading...


Ambulans bawa pesakit kena buli

Menurutnya lagi, ketika ambulans keluar dari simpang, tiba-tiba sahaja mereka telah diekori dengan rapat oleh sebuah van Toyota Hiace. Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, pengguna TikTok itu meminta agar pemandu menjarakkan sedikit kenderaan kerana ia sangat merbahaya lagi-lagi jika ambulans menekan brek kecemasan.

Tak lama selepas mereka keluar dari simpang, datang seorang penunggang motosikal yang menahan mereka supaya berhenti pula.

Maki hamun tak tentu pasal

Penunggang motosikal tersebut juga secara tiba-tiba memaki hamun sambil mencari topi keledar untuk memukul pemandu ambulans berkenaan.

Van mengekori rapat ambulans pula telah menghalang laluan supaya jalan tersebut tidak boleh dilalui.


Penunggang motor beredar selepas perasan diri dirakam, van masih mengekori

Sedar dirinya dirakam, penunggang motosikal tersebut telah segera beredar dan menukar laluan ketika berada di simpang besar.

Walau bagaimanapun, van Toyota Hiace masih lagi mengekori ambulans yang membawa pesakit itu. Risau akan berlaku kejadian yang tidak diingini lagi, pemandu van segera memandu menuju ke kawasan balai polis.


Van dengan motor tu satu geng ke?

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan berasa geram melihat dua pemandu tersebut yang seolah-olah membuli pemandu ambulans berkenaan.

Mereka juga menggesa pihak ambulans membuat laporan memandangkan bukti dari video yang diambil jelas menunjukkan nombor plat kedua-dua kenderaan




Namun begitu, ada juga yang meminta sambungan kepada video tersebut kerana selepas ambulans berkenaan bergerak melalui kawasan balai polis, tiada sebarang ‘upadate’ menjelaskan keadaan sebenar situasi yang sedang berlaku.


Mana sambungan dia bang?


Apa masalah diorang sebenarnya


Guna van syarikat buat onar


Orang sekarang memang dah tak hormat ambulans ke?


Sumber: TikTok @hikumi_85 viaBulletin 50 Times


-----------------------------------------------------------------