SEBUT sahaja makanan laut atau seafood, bil yang tinggi pastinya terlintas di fikiran sehingga ada yang menyatakan hidangan itu hanya untuk golongan ‘kayangan’.
Mana tidaknya, telahan harga bagi sekilogram saja sudah mencecah puluhan, malahan ratusan ringgit.
ARTIKEL MENARIK:Benda Makin Kec0h, Sekali Kak long Hantar Satu Wassap Kat Individu Ini. Permintaan Kak Long Didedahkan
loading...
Selalunya, harga tinggi itu dikaitkan dengan kedai mamak sehingga ada yang menjadikannya sebagai gurauan setiap kali menikmati hidangan.
Namun perkongsian kali ini menyatakan ia berlaku di sebuah restoran makanan laut di Karak, Pahang.
Salah seorang netizen menyifatkannya sebagai penipuan.
Berdasarkan resit yang ditularkan itu, keseluruhan harga adalah RM3,200 dan dipercayai untuk tiga set hidangan.
Difahamkan, harga yang tinggi itu disebabkan king prawn noodle atau mee udang yang berharga RM2,430 bagi sejumlah 16.2 kilogram (kg).
Jika dilihat dengan teliti, harga untuk menu kangkung goreng belacan sudah mencecah RM18 setiap hidangan.
Maka tidak hairanlah jika hidangan lain turut mahal seperti ikan patin yang berharga RM546 bagi 4.2kg.
Warganet menyelar tindakan individu yang tidak bertanyakan harga sebelum membuat pesanan.
Warganet menyelar tindakan individu yang tidak bertanyakan harga sebelum membuat pesanan.
Menurut pemilik akaun tersebut, dia mengkategorikan perkara itu sebagai satu penipuan berikutan premis dibuka di bandar kecil seperti Karak.
Perkongsian itu menyebabkan warganet ‘berkampug’ di ruangan komen dengan masing-masing meluahkan pendapat tersendiri.
Ada yang menyuarakan kehairanan kerana sejumlah 16.2kg hanya dinikmati enam orang sahaja.
Namun seorang pelayar menjelaskan bahawa ia berkemungkinan disebabkan udang yang dimasak itu adalah peliharaan restoran berkenaan dan bersaiz besar.
Masalah utama bukan kena tipu tapi malas tengok menu dan tanya harga. Alahai, lain kali belajar tanya dulu sebelum telan… dah lepas tiada gunanya disoal.
“Kalau pergi ke Tanjung Tualang, seekor udang besar yang hidup berharga kira-kira RM180 per kilogram… kalau darabkan dengan 16.2kg? Ini cara saya andaikan bahawa udang tersebut adalah peliharaan yang bersaiz XXL. Bagaimanapun kita tidak mengetahui lebih terperinci kerana tiada gambar untuk dibandingkan,” jelasnya.
Bagaimanapun, rata-rata netizen menyalahkan individu terbabit kerana dipercayai terus membuat pesanan tanpa bertanyakan harga terlebih dahulu.
“Masalah utama bukan kena tipu tapi malas tengok menu dan tanya harga. Alahai, lain kali belajar tanya dulu sebelum telan… dah lepas tiada gunanya disoal.”
Kos perubatan mungkin lebih mahal.
“Tak faham orang yang terkejut kena bayar mahal. Sebelum makan tak tengok menu ke? Kat menu ada harga kan?.”
Namun terdapat juga pihak restoran lain yang cuba ‘memancing’ pelanggan untuk ke kedai mereka.
“Bila datang Kota Kinabalu Sabah singgahlah di Welcome Seafood Bundusan berhampiran Asia City. Untuk 10 orang dengan kesemua hidangan adalah makanan laut berharga kurang daripada RM1,000, anda boleh makan sampai muntah.”
Sumber Mstar via two.e-kesah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih