Benda Makin Kec0h, Sekali Kak long Hantar Satu Wassap Kat Individu Ini. Permintaan Kak Long Didedahkan

Business

Benda Makin Kec0h, Sekali Kak long Hantar Satu Wassap Kat Individu Ini. Permintaan Kak Long Didedahkan

VIDEO tular memperlihatkan aksi Kak Long berlakon gaya tempang dan herot seperti orang kelainan upaya (OKU) terus menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Benda Makin Kec0h, Sekali Kak long Hantar Satu Wassap Kat Individu Ini. Permintaan Kak Long Didedahkan



Aksi spontan Kak Long atau Wan Nor Baizura itu dilihat seolah-olah mempermainkan golongan OKU dan tidak sensitif dengan masyarakat sekeliling.

ARTIKEL MENARIK:Lelaki ini tiba2 azan selepas lihat kelakuan pelanggan ini di kedai makan
loading...


Tampil mewakili suara OKU di Malaysia, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi menyelar tindakan keji yang dilakukan oleh usahawan berasal daripada Terengganu itu.

“Hangat di media sosial perbuatan keji seorang wanita yang telah mempersendakan komuniti OKU di Malaysia. Kami OKU amat kecewa dan marah dengan tindakan sesetengah individu yang sentiasa melakukan perbuatan seperti ini.

Ras Adiba kongsi luahan rasa kurang senang tindakan Kak Long menerusi Instagram.

“Saya menyeru agar individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka serta melakukan aktiviti amal sebagai pengajaran kepada beliau dan orang lain. Berlakon seperti OKU bukan modal untuk membuat kandungan (content) dan menjadi terkenal di media sosial.

“Saya harap semua pihak dapat menjaga sensitiviti dan hormat kepada OKU kerana kita semua seharusnya ingat bahawa satu hari semua akan menjadi OKU,” katanya pada Khamis.

Kita perlu pastikan bahawa menghina OKU bukan sesuatu yang boleh dipermainkan dan tidak boleh diperkotak-katikkan kerana kami OKU

Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral berkongsi luahan kesalnya itu menerusi kenyataan media yang dimuat naik di Instagram pada Khamis.

Dalam pada itu, Ras Adiba berkata penghinaan terhadap OKU ini dilihat kerap berlaku dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya kerana kelemahan undang-undang sedia ada.

“Perkara sebegini bukan kali pertama berlaku, malah sejak kebekalangan ini telah pun ada beberapa isu mempersenda OKU yang kerap berlaku. Penguatkuasaan AKTA OKU 2008 yang rapuh dan lemah telah menyebabkan ramai di luar sana terus menerus mempersenda dan mendiskriminasi komuniti OKU.

“Sudah hampir tiga tahun sejak mengumumkan cadangan pindaan Akta OKU 2008 tetapi sehingga saat ini pindaan akta ini tidak dibentangkan di Parlimen Malaysia.

“Saya menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menyegerakan pindaan Akta OKU 2008 dengan menitikberatkan aspek perlindungan dan keselamatan melalui penguatkuasaan undang-undang,” ujarnya.

Sementara itu, Ras Adiba turut menyeru persatuan OKU untuk segera membuat laporan polis jika terdapat mana-mana pihak melakukan penghinaan atau mempersendakan komuniti mereka.

“Saya menyeru semua persatuan dan pertubuhan OKU di luar sana untuk melakukan laporan polis terhadap individu berkenaan supaya tindakan dapat diambil mengikut lunas undang- undang.

“Saya memohon kerajaan untuk meminda Akta 588 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan dengan memasukkan hukuman yang lebih berat supaya tindakan mengaibkan orang khususnya OKU tidak dilakukan.

“Kita perlu pastikan bahawa menghina OKU bukan sesuatu yang boleh dipermainkan dan tidak boleh diperkotak-katikkan kerana kami OKU. Kami mempunyai perasaan, kehendak dan maruah. Jadi ini mesti dihentikan,” katanya.

Kak Long masej minta maaf

Sebelum ini, nama Kak Long menjadi sebutan netizen di laman sosial selepas tular video amukan di kedai serbaneka 7Eleven dan restoran makanan segera KFC.

Pada Isnin lalu, wanita berusia 34 tahun itu teruk dikecam selepas dijemput menghadiri rakaman sebuah program di stesen TV Al Hijrah.

Belum pun reda isu berkenaan, dia sekali lagi dikecam kerana melakonkan gaya tempang dan herot seperti OKU.

Sebelum ini juga ramai yang minta pekerja pekerja 7 Eleven yang telah menahan sabar dengan karenah Kak Long diketengahkan.

Ramai yang simpati dengan pekerja tersebut kerana mereka yang diuji tetapi orang lain yang dapat nama.

Tetapi kadang kadang ada hikmahnya, hari ini seorang individu bernama Mohd Asri Jusoh telah memuat naik satu posting di Facebook beliau dimana telah pergi ke 7 Eleven tempat kejadian.




Datang dengan niat untuk ‘belanja’ 2 pekerja 7 Eleven tersebut. Ini kenyataan dari beliau/

“Done belanja lunch McD pada staff 7Eleven Paka harini. Melunaskan janji dua hari lepas. Ada warga Twitter yang menyumbang ni. Staff yang terlibat (Ira dan Faza) cuti harini tapi anak Manager 7E (dalam gambar) beritahu tadi nanti akan ajak makan sekali.

Mereka mereka ini yang sepatutnya kita raikan, yang kita sambut, yang kita jemput ke program di TV.

Cerita pahlawan tak didendang ini yang patut kita dengar dan teladani. Jika kita di tempat mereka, kita pun mungkin tak sekuat mereka. Mereka ucap thank you pada warga Twitter atas keprihatinan”

Kredit : Kosmo/FB viaTrending Sangat


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


-----------------------------------------------------------------