PETALING JAYA – Sejak kebelakangan ini, semakin kerap isu pelanggan mengamuk di kedai makan dikongsikan sehingga menjadi bualan hangat di media sosial.
Terbaharu, satu video memaparkan seorang wanita yang menjerit-jerit memarahi pekerja di sebuah restoran menjadi tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.
ARTIKEL MENARIK:“Tular Rakaman Dikatakan Budak Cedera Otak Ketagih Gajet”- Akhirnya Keluarga Terpaksa Tampil Dedah Kejadian Sebenar
Namun, menjadi perhatian apabila kelihatan seorang lelaki yang bertindak melaungkan azan ketika situasi tersebut semakin di luar kawalan dan berharap agar keadaan akan bertukar tenang.
“Abang tu siap azan, tapi sempat separuh sahaja, mungkin tak berkesan dengan mereka yang sedang gaduh itu, masing-masing kuat jerit,” kata @SophieSamad yang juga saksi di tempat kejadian.
Sehubungan itu, seorang wanita tampil menjelaskan kejadian sebenar menerusi ruang komen video tersebut disebabkan dia turut berada di tempat kejadian.
Katanya, wanita yang mengamuk tersebut telah memesan roti mozarella terlebih awal, namun pelanggan di meja sebelahnya menerima pesanan roti nan kosong terlebih dahulu sedangkan mereka tiba lebih lewat daripadanya.
Jelasnya, pada mulanya pelanggan wanita berkenaan hanya menegur dengan cara baik, namun tidak diperdulikan oleh pihak peniaga sehingga menimbulkan perbalahan.
“Dah tegur baik, tapi tak dipeduli sehingga suami wanita itu jerit pada kakak yang ada di kaunter pembayaran yang tengah layan pelanggan lain.
“Lepas kena jerit, kakak itu pun tak puas hati dan membalas balik, wanita itu pun naik angin dan berlaku perbalahan,” katanya.
Namun begitu, pertengkaran tersebut difahamkan telah diselesaikan dengan cara baik selepas suami kepada wanita berkenaan meminta maaf kepada pihak kedai. – KOSMO! ONLINE via