SHAH ALAM – Tular sebuah video di media sosial, seorang kanak-kanak yang kononnya mengalami kecederaan otak kerana bermain gajet terlalu lama.
Video berdurasi 44 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang memegang gajet dilihat terhuyung-hayang, tidak mampu berdiri lurus dantidak mampu membuat sesuatu kerja dengan sempurna sekali gus menimbulkan pelbagai dakwaan hingga mendakwa gajet menjadi punca.
ARTIKEL MENARIK:[Terkini] ‘Tak Smpat Lihat Ank Sulung..’ Khairul K0rban Kedua Dirmpuh Iori Bwh Jejmbat PLUS.
Menurut sumber rapat keluarga itu memberitahu bahawa gajet bukanlah punca yang menyebabkan perilaku kanak-kanak itu menjadi sebegitu rupa sebaliknya berpunca daripada jangkitan serebelum (otak).
“Beberapa hari sebelum kejadian itu dia demam, jadi apabila dia bangun daripada tidur dia jadi macam ini.
“Dan ibunya rekodkan video ini sebab nak tunjuk kepada doktor, sekarang dia sudah keluar daripada hospital, kanak-kanak ini kena belajar jalan dan berlari semula kerana jangkitan,
mohon jangan sebarkan kalau tak pasti sebab apa dia jadi macam ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu menjelaskan lanjut mengenai tindakan ibunya memberi gajet kepada anaknya seperti dalam video berkenaan,
katanya tujuannya adalah semata-mata untuk merakamkan perilaku anaknya itu bagi diberikan kepada doktor.
“Mak dia terpaksa bagi gajet kerana hendak pastikan dia bergerak bagi tujuan rakam keadaannya , bagi nak tunjuk dekat doktor kerana dia tidak tahu macam mana nak terangkan kepada doktor nanti,” katanya lagi.
Kanak-kanak dan gajet
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) merekodkan 78.3 peratus ibu bapa di Lembah Klang sahaja membenarkan anak-anak memiliki gajet pada 2019.
Hal ini bertambah kritikal selepas negara berhadapan pandemik Cvid-19 apabila penggunaan dan akses digital yang maksimum terutama membabitkan kanak-kanak.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan supaya penggunaan peranti atau masa skrin tidak diberikan kepada kanak-kanak berusia di bawah dua tahun dan
tidak lebih daripada satu jam membabitkan kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun.
Ini juga selari cadangan yang dikeluarkan American Academy of Pediatrics (AAP) pada 2016 mengikut ketetapan yang sama.
Menurutnya, kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang menghabiskan masa lebih dari dua jam di hadapan skrin atau peranti digital lain lebih cenderung mengalami
masalah psikologi dan perkembangan otak mereka yang terganggu.
“Ini termasuk kemurungan, kegelisahan, kekurangan perhatian dan tingkah laku anak yang bermasalah.
“Kanak-kanak terdedah kepada defisit perhatian, berlakunya kelewatan dalam perkembangan kognitif, gangguan kepada pembelajaran dan menyebabkan kemampuan mengurus serta mengawal diri yang terbatas,” katanya.
Selain itu, masalah obesiti juga antara kesan besar penggunaan peranti terhadap kanak-kanak berikutan kurangnya pembabitan dalam aktiviti berbentuk fizikal.
“Terdapat banyak kajian terkini yang menyatakan kurangnya aktiviti bermain dalam kalangan kanak-kanak terutama membabitkan aktiviti bermain di luar dikaitkan dengan masalah kesihatan.
“Ia juga menyatakan mengenai kesan hubungan dengan alam semula jadi sebenarnya boleh membantu menghasilkan mood dan tingkah laku yang baik, mengurangkan tekanan selain membentuk kemahiran sosial kanak-kanak,” katanya.
Jelasnya, tidak dinafikan, peranti dapat menjadi alat yang membantu pembelajaran kanak-kanak, tetapi peranti tidak mendorong ke arah proses pembelajaran yang bersifat inovatif.
“Kebergantungan yang keterlaluan kepada peranti dari usia kecil dapat membantutkan kreativiti kanak-kanak dalam mencari jalan keluar untuk penyelesaian masalah kerana
mereka tidak dibiasakan untuk berfikir dan mengalami realiti di luar kotak peranti digital.
“Menurut Centers for Disease Control and Prevention di Amerika Syarikat lebih 6 juta kanak-kanak berusia antara empat dan 17 tahun mempunyai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD),” katanya.
Dalam pada itu, penggunaan peranti berlebihan mewujudkan jurang interaksi antara kanak-kanak dengan ibu bapa.
“Ini berlaku apabila anak anda mungkin menggunakan hanya sedikit masa untuk bercakap berinteraksi dengan anda ketika mereka asyik bermain peranti.
“Perlu diingat, elemen interaksi antara ibu bapa dan anak adalah sesuatu yang perlu dihargai kerana waktu ini akan hilang jika kita terus membiarkan peranti menjadi penghalang kepada ruang interaksi ini,” katanya.
Mengulas lanjut, peranti dan masa skrin berlebihan menyebabkan berlaku gangguan tidur kepada kanak-kanak.
“Ini boleh berlaku jika kanak-kanak menggunakannya sebelum tidur atau jika kanak-kanak berada dalam bilik dan ibu bapa pula menggunakan peranti.
“Cahaya yang dipancarkan dari peranti akan menganggu fokus tubuh kanak-kanak yang sedang bersiap untuk tidur menyebabkannya bangun atau terjaga dan bermain peranti itu semula sehingga mereka tidak dapat tidur yang mencukupi,” katanya.
Beliau berpandangan dalam mengawal penggunaan peranti dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa perlu perlu memainkan peranan penting.
“Jika ibu bapa sentiasa menggunakan kebanyakan masa bersama peranti, kanak-kanak juga akan meniru tingkah laku ini.
“Ibu bapa bukan sahaja perlu melihat semula aspek pengurusan masa dan kesan kepada kanak-kanak terhadap penggunaan peranti pintar, tetapi perlu menilai semula tingkah laku kita terhadap kanak-kanak,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Kredit - via