Kebiasaannya peraturan biasa yang perlu dipatuhi oleh setiap pekerja adalah tidak menyentuh dana persaraan mereka, tidak kira apa juga yang berlaku.
Namun begitu, bukan semua orang memiliki kemampuan kewangan untuk bertahan dengan kejutan ekonomi yang diakibatkan oleh peristiwa besar seperti pandemik CVDI9 dan langkah sekatan pergerakan untuk membendungnya.
ARTIKEL MENARIK:(VIDEO) “Boleh Terbakar Kereta” – Lelaki Terkejut Pelekat Getah Ini Buat Stereng Kereta Berasap
Ekonomi Malaysia terjejas teruk gara gara daripada penularan pandemik dengan kadar pengangguran naik mendadak kepada 5.3 peratus pada Mei 2020. Bagaimanapun, impak ekonomi mula berkurangan pada suku keempat 2021 apabila kadar pengangguran susut kepada 4.3 peratus pada suku terbabit, paras terendah sejak pa.ndemik itu melanda negara, apabila permintaan terhadap tenaga kerja meningkat kembali di tengah-tengah pemulihan e.konomi.
Pengeluaran Terakhir
K.erajaan sebelum ini bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP membuat pengeluaran khas sebanyak RM 10,000. Dalam sidang media khasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi e.konomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
“Ke.rajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru, hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM 10,000,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen. Ismail Sabri berkata, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP berkenaan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
Beliau menegaskan bahawa keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan. Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM 101 bilion, melibatkan 7.34 j.uta pencarum sejak pandemik CVDI9 melanda negara dua tahun lalu. Katanya, walaupun kerajaan memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP, namun beliau merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
“Saya berharap pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya. Pada 15 Januari lalu, M.enteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lebih ramai ahli KWSP akan bersara di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan PGK sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran tambahan. Malah katanya, hampir separuh daripada ahli KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM 10,000 dan 55 peratus daripadanya terdiri daripada Bumiputera.
KWSP Umum Informasi Baru
Berikut adalah informasi ringkas berkenaan Pengeluaran Khas. Nantikan informasi terkini yang akan dikongsikan dari semasa ke semasa. Sumber, BH via
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.