Bella mungkin hadir ke mahkamah untuk pengecaman Siti Bainun hari ini

Business

Bella mungkin hadir ke mahkamah untuk pengecaman Siti Bainun hari ini

KUALA LUMPUR – Remaja kelainan upaya (OKU) Bella yang didakwa menjadi mangsa penderaan di bawah penjagaan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mungkin akan hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini.

Bella mungkin hadir ke mahkamah untuk pengecaman Siti Bainun hari ini



Menurut sumber, Bella yang menghidap Sindrom Down akan dipanggil oleh pihak pendakwan untuk melakukan sesi pengecaman terhadap tertuduh.

ARTIKEL MENARIK:Dah 8 tahun berlalu, ramai sebak tengok keadaan kereta milik penumpang MH370 ni
loading...


Turut akan hadir adalah beberapa penghuni kondomimium yang menjadi lokasi Bella didera.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.




Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.-MalaysiaGazette


-----------------------------------------------------------------