Hati dah tertutup untuk bekas suami, Shakilla Khoriri akui dah move on dan ini penjelasannya

Business

Pelakon Shakilla Khoriri mengakui hatinya sudah tertutup dan tidak mungkin kembali berpaling kepada bekas suami yang juga penyampai radio, Fizi Ali. Shakilla berkata, hatinya yang dahulu pernah terbuka untuk menerima semula kehadiran suami selepas berpisah akhir tahun lalu, kini sudah tertutup sepenuhnya.

Hati dah tertutup untuk bekas suami, Shakilla Khoriri akui dah move on dan ini penjelasannya

“Jujur saya katakan saya dah boleh ‘move on’ (teruskan hidup) tanpa dia (suami) di sisi. Hati saya dah tertutup buatnya. Kalau ditanya, ya saya masih sayangkan dia, tetapi bukan mencintainya. Begitu juga dia.

ARTIKEL MENARIK:Pernah dimki dan pukul kepala, Coki dedah pernah jadi mgsa wanita terbabit dan ini yang Coki dedahkan
loading...

Kami sudah tiada hati antara satu sama lain. Perasaan sayang yang masih berbekas dalam hati ini pun disebabkan dia masih bapa kepada anak kami, Ameena, selebihnya tiada,” katanya.

Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd. Khoriri, 33, ditemui ketika majlis pra tonton dan sidang media bersama barisan pelakon drama Bukan Khadijah terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, semalam. Tambah pelakon drama Saat Kau Takluk Cinta Ini itu lagi, meskipun begitu, dia tidak pernah menutup pintu hati untuk mana-mana lekaki lain andai waktunya sudah tiba nanti.

“Saya juga mahukan kebahagiaan. Saya juga dambakan sebuah perkahwinan dan kehidupan yang pada akhirnya membahagiakan. Saya tak pernah nak tutup hati buat mana-mana lelaki lain. Asalkan dia dapat menerima dan faham saya serta anak seadanya, sudah cukup memadai,” katanya.

Jelas Shakilla lagi, buat masa ini, dia malas memikirkan soal perkahwinan, bahkan selesa menjalani kehidupan sebagai wanita solo, selain mahu memberikan fokus kepada kerjaya seni serta puteri sulungnya. “Buat masa sekarang, saya enjoy (nikmati) kerja yang saya lakukan. Tawaran lakonan juga alhamdulillah tidak putus. Ini rezeki buat saya dan anak. Paling penting saya nak jaga Ameena dulu. Saya nak fokus kepada masa depan dan besarkan dia. Bekas suami juga banyak membantu dan tak lupa tanggungjawabnya sebagai bapa walau kami sudah berpisah dan tidak lagi bersama,” ujarnya.

Terdahulu, Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018, namun disahkan bercerai pertengahan Disember tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nurul Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun. Sumber, K! Online

Kredit -Era Kini

-----------------------------------------------------------------