Najib Di Jatuhkan Hukuman Penjara 12 tahun, Ini Kata2 Padu Mat Sabu Buat Ramai Setuju

Business

Najib Di Jatuhkan Hukuman Penjara 12 tahun, Ini Kata2 Padu Mat Sabu Buat Ramai Setuju

Amanah menasihatkan orang ramai tidak terlalu gembira dan angkuh apabila musibah menimpa seseorang.

Najib Di Jatuhkan Hukuman Penjara 12 tahun, Ini Kata2 Padu Mat Sabu Buat Ramai Setuju



“Sebaliknya kita hendaklah menjadikan ia sebagai suatu panduan dan pedoman, supaya kita yang masih berada di luar dan bebas ini, tidak mengulangi kesilapan,” kata presidennya Mohamad Sabu.

ARTIKEL MENARIK:Dakwaan Najib Terima Layanan Istimewa, Ini Penjelasan Jabatan Penjara Malaysia
loading...


Semalam, bekas perdana menteri Najib Razak dihantar ke Penjara Kajang selepas gagal membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskannya bersalah dalam kes rasuah RM42 juta melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Najib akan menjalani hukuman penjara 12 tahun dan perlu membayar denda RM210 juta.

Najib ketika dibawa ke penjara

Hukuman itu disambut baik pembangkang dan pengkritiknya yang sudah bertahun-tahun membangkitkan isu itu.

Menulis di media sosial pagi ini, Mohamad berkata rakyat Malaysia hendaklah berazam terus untuk membina negara yang lebih baik dan membanteras rasuah secara berterusan.

“Kita berusaha dan mendoakan supaya negara Malaysia dan rakyatnya berada dalam keadaan aman, damai, berintegriti dan keadilan sosial dapat ditegakkan sebaik mungkin pada masa yang akan datang,” katanya.

Keputusan semalam dibuat secara sebulat suara oleh panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tengku Mat.

Tengku Maimun berkata hakim perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali betul semasa memutuskan kes prima facie ke atas Najib dan mengarahkannya membela diri bagi tujuh pertuduhan rasuah.

Pada 28 Julai 2020, mahkamah itu menyabitkan Najib bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Najib mungkin dapat pengampunan Diraja – Mahathir

Mantan Perdana Menteri Malaysia sebanyak 2 kali, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Dato Seri Najib Tun Razak yang dipenjara semalam (Selasa) boleh mendapat pengampunan Diraja. Tetapi peluangnya hanya 50 – 50. Mungkin berjaya. Mungkin tidak.

Ini kerana melihat kepada pengampunan Diraja juga telah diberikan kepada Dato’Seri Anwar Ibrahim pada 2018 sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Mahathir ketika ditanya oleh Bloomberg News pada hari Isnin di pejabatnya di Putrajaya, berkata, “Andaikan dia disabitkan kesalahan dan dia dipenjara, tentu dia akan meminta pengampunan.”

“Ada kemungkinan 50-50 dia akan berjaya mendapatkan pengampunan dan kembali ke politik,” Mahathir menambahkan, “Dia akan kembali dan dia ingin menjadi Perdana Menteri sekali lagi.”




Ironinya, Mahathir yang dikaitkan dengan kisah pemenjaraan Anwar pada tahun 2000. Kemudian pada tahun 2018 ketika Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri, beliau juga yang berusaha kepada pembebasan Anwar dengan mendapatkan pengampunan Diraja daripada Sultan Muhammad V.

Selepas Anwar dibebaskan pada tahun 2018, Mahathir telah menjalinkan kerjasama dengan Anwar bagi membentuk pakatan politik yang dipanggil Pakatan Harapan. Iaitu gabungan Parti BERSATU yang diketuai oleh Mahathir. KEADILAN yang diketuai oleh Anwar. AMANAH yang diketuai oleh Mat Sabu serta DAP yang diketuai legasi legasi Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.

Hasil usaha Pakatan Harapan akhirnya membuahkan hasil apabila memenangi Pilihanraya Umum ke -14 pada 9 Mei 2018. Pertama kali Barisan Nasional yang diketuai parti UMNO di bawah kepimpinan Najib dikalahkan oleh pakatan politik parti pembangkang.

Pakatan Harapan mendapat majoriti mudah 113 kerusi di Dewan Rakyat. Ditambah dengan 8 kerusi yang dimenangi Parti Warisan Sabah, mereka mempunyai 121 kerusi keseluruhannya di Parlimen, cukup bagi membentuk kerajaan baharu. Jumlah keseluruhan kerusi Dewan Rakyat adalah 222. Barisan Nasional hanya berjaya menguasai 79 kerusi. Selebihnya dimenangi wakil bebas.

Selama lebih kurang 60 tahun memerintah, parti Barisan Nasional dibawah kepimpinan Najib dikalahkan oleh Pakatan Harapan di bawah pimpinan Mahathir dan Anwar. Kajian menunjukkan kejatuhan parti pemerintah tertua di dunia ini adalah disebabkan isu 1MDB.

Atas sebab isu 1MDB ini jugalah Najib dipenjarakan. Ia bersangkutan dengan pelbagai kisah kleptrokrasi, rasuah dan salah guna kuasa. Najib pada 28 Julai 2020 didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram, berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC Internasional.

1MDB menubuhkan SRC International Sdn Bhd (SRC) pada 7 Januari 2011. Menurut Rancangan Perniagaan SRC bagi tempoh 2011 hingga 2015, SRC akan membekalkan arang batu untuk keperluan jangka panjang negara menjelang tahun keempat beroperasi.

SRC memperoleh pembiayaan daripada geran kerajaan dalam bentuk geran pembangunan sebanyak RM15 juta daripada RM20 juta yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan RM2 bilion pembiayaan daripada Perbadanan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Pembiayaan berjumlah RM2 bilion daripada KWAP telah diterima pada 29 Ogos 2011 dengan tempoh pembiayaan selama 10 tahun. Pinjaman itu dijamin oleh kerajaan yang merangkumi faedah prinsipal dan pembiayaan sebanyak RM2.902 bilion.

Selepas dijatuhi hukuman di Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020, Najib merayu sabitannya di Mahkamah Rayuan terhadap semua tujuh pertuduhan yang diputuskan Hakim Nazlan Ghazali membabitkan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah berjumlah RM42 juta dana SRC, yang mana beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan hukuman dan sabitan ke atas Najib itu. Pada peringkat terakhir rayuan semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak dalam kes SRC International.

Ketika membaca keputusan panel mahkamah, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata: “Menjadi pandangan sebulat suara kami bahawa butir keterangan ketika perbicaraan secara amat jelas mensabitkan semua tujuh pertuduhan sehingga ke tahap menjadi pelanggaran kepada keadilan di peringkat tertinggi jika mana-mana tribunal munasabah, berdepan dengan bukti sedemikian rupa dikemukakan, untuk mendapati perayu (Najib) tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan dikenakan kepadanya.”

Ketua hakim negara mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim, Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Mohamad Zabidin Diah.

Sumber : Bloomberg News


Kredit -Trending Sangat



-----------------------------------------------------------------