Bangga dengan muzik videonya, Baby Sayang, trending di laman YouTube, ahli perniagaan kontroversi dan juga kaki drama, Aliff Syukri Kamarzaman, 35, mendakwa dia kini merupakan penyanyi nombor satu negara.
Aliff mendakwa, dia patut mendapat gelaran itu kerana 10 buah lagu yang pernah dihasilkannya selama ini sentiasa trending di laman itu, meskipun banyak menerima respon negatif dari netizen.
ARTIKEL MENARIK:“Makanan Hamzah Tu Bukan Kaleng-Kaleng” – Netizan Terkej0t Tengok Lauk Hamzah
"Walaupun pelbagai kecaman yang saya terima, tetapi sehingga kini kira-kira 10 buah lagu yang sudah saya hasilkan, semuanya trending nombor satu di YouTube dan tak pernah berada di kedudukan kedua atau ketiga.
"Seperti lagu Bobo Di Mana dan Kelepok Raya, trending nombor satu di YouTube. Begitu juga lagu baharu, Baby Sayang, ini terus trending nombor satu di YouTube dalam tempoh sembilan jam selepas ia dilancarkan semalam.
"Sekalipun ramai netizen kata suara saya macam itik, tak boleh menyanyi, tapi lagu saya tetap trending," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Khamis.
Dalam masa sama, Aliff meluahkan rasa sedihnya kerana dia didakwa gila dan diminta mendapatkan rawatan kesihatan mental oleh netizen. Tapi dia menafikan dirinya mempunyai masalah mental.
"Apa pun, ada kalanya saya terfikir juga mungkin bakat nyanyian ini akan dihargai oleh rakyat Malaysia selepas saya sudah tiada nanti. Tapi, takkanlah nak tunggu saya dah mati baru semua orang nak menghargainya?
"Sejujurnya, kenapa saya terus menghasilkan lagu sehingga kini kerana saya memang ada impian nak jadi seorang penyanyi. Saya minat menyanyi kerana ada bakat dan sentiasa disokong peminat,"katanya yang telah melabur sebanyak RM70,000 untuk menghasilkan lagu Baby Sayang.
Terdahulu, ahli perniagaan itu sanggup mengeluarkan teaser lagu Baby Sayang di Instagramnya yang menampilkan beberapa aksi yang tidak senonoh bersama dengan Baby Shima dan Ratu Farah Diva membuatkan ramai netizen meluat dengannya.
Tidak cukup dengan kontroversi itu, Aliff sanggup memperdayakan netizen kononnya dia mahu mengundur diri dari media sosial setelah ditegur oleh ibunya berhubung pernerbitan video tersebut. Malah sanggup berlakon kononnya dia mahu menelan pil bagi menimbulkan spekulasi ingin menamatkan riwayatnya sendiri. Tetapi pemilik gambar pil tampil mendedahkan Aliff telah menyalahgunakan gambarnya tanpa izin.
Selepas berpura-pura menangis menagih simpati netizen, ahli perniagaan itu tampil mengemaskini akaun Instagramnya selepas empat hari berdiam diri. Sekali gus membuatkan netizen bengang dengan drama kurang cerdiknya itu.
Kredit -