Bayi terlibat kemalangan jalan raya meninggal dunia

Business

Bayi terlibat kemalangan jalan raya meninggal dunia

SIK – Seorang bayi lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya mengorbankan ibunya di Kilometer 29, Jalan Jeniang Sik-Pedu di Kampung Charuk Padang di sini Rabu lalu meninggal dunia hari ini.

Bayi terlibat kemalangan jalan raya meninggal dunia



Bayi baru berusia empat hari itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani, dekat sini kira-kira pukul 2 petang tadi.

ARTIKEL MENARIK:Adik Maut, Kakak Ditahan Reman Tanpa Kehadiran Ahli Keluarga Di Mahkamah
loading...


Menurut datuk kepada bayi terbabit, Mansor Adali, 51, jenazah cucunya, Muhammad Irfan Hidayat Afnan akan dibawa balik ke rumahnya di Bandar Beris Jaya, di sini hari ini.

“Arwah cucu saya akan dikebumikan bersebelahan kubur ibunya, Nor Hidayah Abdullah, 27, selepas selesai urusan di hospital,” katanya.

Katanya, dia sempat menatap wajah cucunya itu selepas doktor mengesahkan kematiannya.

“Wajah arwah cucu amat berseri, doktor telah berusaha untuk menyelamatkannya, namun Allah lebih menyayanginya dan kami sekeluarga reda dengan pemergian cucu lelaki ini,” ujarnya.




Kosmo! semalam melaporkan nyawa seorang bayi dalam kandungan masih panjang biarpun ibunya telah menghembuskan nafas terakhir selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta di Kilometer 29, Jalan Jeniang Sik-Pedu di Kampung Charuk Padang di sini pada Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Nor Hidayah Abdullah, 27, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada anggota badan gara-gara mengelak seekor ular.

Bayi lelaki berkenaan berjaya diselamatkan menerusi kaedah pembedahan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi HSAH. – KOSMO! ONLINE


Kredit - Kosmo Digital.


-----------------------------------------------------------------