Hujan lebat, angin kencang diramal sebelah petang, malam

Business

Hujan lebat, angin kencang diramal sebelah petang, malam

BANGI, 26 Rabiulawal 1444H, Ahad – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan negeri di Semenanjung, utara Sarawak, barat Sabah dan Labuan.

Hujan lebat, angin kencang diramal sebelah petang, malam



Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan itu berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

ARTIKEL MENARIK:Bayi terlibat kemalangan jalan raya meninggal dunia
loading...


“Penumpuan angin yang sedang berlaku di Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah dijangka berlanjutan sehingga penghujung Oktober ini.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir yang boleh membawa hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan negeri di Semenanjung, utara Sarawak, barat Sabah serta Labuan,” katanya dalam siaran di Facebook pada Ahad.




Beliau menasihati orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Kredit -ismaweb.


-----------------------------------------------------------------