WhatsApp ‘trending’, jadi ejeken dunia

Business

WhatsApp ‘trending’, jadi ejeken dunia

PETALING JAYA – Aplikasi WhatsApp kini ‘trending’ dan menjadi ejekan dunia susulan perkhidmatannya tergendala selama lebih satu jam di hampir seluruh dunia.

WhatsApp ‘trending’, jadi ejeken dunia



Tinjauan di media sosial mendapati, aplikasi itu juga sohor kini di tempat pertama di Twitter apabila lebih 800,000 ciapan dibuat menggunakan kata kunci ‘WhatsApp’.

ARTIKEL MENARIK:Insiden Pintu Kereta Ken4 Langgar Terakam Dalam ‘Live’ Peniag4 Putu Piring Raih Perhatian Netizen
loading...


Rata-rata pengguna juga meluahkan rasa marah berikutan kerja mereka yang didakwa tergendala kerana masalah tersebut.

“Mengapa aplikasi kamu tidak boleh digunakan? Habis kerja saya tergendala,” tulis seorang pengguna di ruangan komen satu hantaran di akaun Twitter WhatsApp.

“Adakah aplikasi anda sudah digodam? Sudah lebih satu jam aplikasi tidak boleh diakses di Malaysia,” tulis seorang lagi pengguna.

“Perniagaan saya bergantung dengan WhatsApp, sekarang aplikasi anda masih belum boleh diguna. Jika dalam masa satu jam belum selesai, saya akan saman WhatsApp sebanyak US$1 juta,” kata Baddi.




“Privasi saya kini lebih terjamin di WhatsApp kerana saya langsung tidak boleh hantar atau terima apa-apa!,” kata Kandawasvika.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan aplikasi milik Meta itu tergendala apabila penggunanya tidak boleh menghantar ataupun menerima sebarang mesej. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.


-----------------------------------------------------------------