“Bella Je Yang Boleh Bahan Lofa”- Netizen Terhibur Lihat Gelagat Neelofa Dan Bella

Business

“Bella Je Yang Boleh Bahan Lofa”- Netizen Terhibur Lihat Gelagat Neelofa Dan Bella

Tidak asing lagi duo ini, Neelofa dan Bella yang selalu bersama dalam mempromosikan produk keluaran Neelofar secara langsung di platform media sosial. Baru-baru ini, gelagat mereka semasa mempromosikan telekung itu telah menarik perhatian para netizen dan video tersebut telah dimuatnaik di akaun tiktok @seorangnur.

“Bella Je Yang Boleh Bahan Lofa”- Netizen Terhibur Lihat Gelagat Neelofa Dan Bella



“Kenapa Nak Menunjuk?”


ARTIKEL MENARIK:Isu pakaian menc0lok mata, ini kata2 padu Syafinaz bila dpt benda dah kec0h
loading...


@seorangnur Bahan depan2 je senang 🤣 Sorang tinggi, sorang kurang tinggi 😂 #neelofa #bellazahir #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Dalam video tersebut, terlihat Bella yang sedang menerangkan tentang labuh kain telekung yang sedang dia promosikan itu. Dia mengukur kain tersebut dengan badannya serta menyatakan tingginnya bagi memperincikan lagi kelabuhan kain tersebut.

orang kalau nak beli telekung, diorang nak kain yang labuh. so guys, saya tinggi 166cm. So daripada bawah sampai sini kain.- Jelas Bella

Sempat Neelofa menyakat Bella yang sedang serius memberi penerangan dengan mengatakan Bella menunjuk-nunjuk ketinggiannya kepada penonton. Katanya:




kenapa nak menunjuk tinggi you tu? I 157.

Bella membahan Neelofa yang ketinggiannya sedikit rendah daripadanya dengan menjengket-jengket di sebelah Neelofa.

patutlah.. patutlah lofaa

“Macam Ni Lah Perangai Sahabat”

Hasil tinjauan Murai My di ruangan komen di video tersebut, netizen terhibur dengan gelagat mereka yang membahan satu sama lain.

macam ni lah perangai sahabat 😂😂

Bella je yang boleh nganjing lofa camtu wei

tinggi la tu 😂hahaha

VIA Tiktok seorangnur

Sekadar info, Neelofa dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/2010, mengatasi saingannya yang lain termasuk Anzalna Nasir dan Izara Aishah. Sebelum menyertai Dewi Remaja, Neelofa merupakan seorang peragawati sepenuh masa dan pernah muncul dalam muzik video beberapa penyanyi tempatan seperti Awi Rafael dan Akim.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber/ Kredit :  https://murai.my/


Kredit -Slamber Media


-----------------------------------------------------------------