Dipersoal Tidak Beraksi Di Final Semalam, Rupanya Ini Berlaku Antara Safawi Rasid & Syifa Melvin

Business

Dipersoal Tidak Beraksi Di Final Semalam, Rupanya Ini Berlaku Antara Safawi Rasid & Syifa Melvin

Adakah tonggak Johor Darul Ta’zim(JDT) sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwinan sehingga tidak disenaraikan dalam barisan pemain skuad Harimau Selatan pada final Piala Malaysia malam ini?.

Dipersoal Tidak Beraksi Di Final Semalam, Rupanya Ini Berlaku Antara Safawi Rasid & Syifa Melvin



Persoalan terbabit bermain di kalangan peminat sukan tanah air apabila senarai barisan pemain yang dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mendapat pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu tiada langsung tertera sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa Safawi sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan.

ARTIKEL MENARIK:Misteri 1990: ‘Throwback’ Kisah 4 Artis Terkenal Kemalangan Ngeri Pada Tahun Yang Sama
loading...


Perlawanan final Piala Malaysia menentang Selangor FC cukup penting buat JDT dalam usaha mencipta sejarah merangkul empat kejuaraan selepas menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA dan juara Liga Super pada musim ini.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan JDT akan menurunkan Farizal Marlias, Matthew Davies, Afiq Fazail, Leandro Velazquez, Feroz Baharudin, Corbin Ong, Natxo Insa, Shahrul Saad, Arif Aiman Hanapi, Fernando Forestieri dan Bergson da Silva.

Manakala, barisan pemain simpanan adalah Shio Hong Wan, Aidil Zafuan Abd Razak, Safiq Rahim, Mohamadou Sumareh, Akhyar Rashid, Nazmi Faiz Mansor, Haziq Nadzli, Syafiq Ahmad dan Syahmi Safari.

Sebelum itu, terdapat desas-desus majlis pernikahan Safawi dan pempengaruh Syifa Melvin dikhabarkan sudah semakin hampir.

Berita gembira itu juga dikatakan sudah mula dihidu penyokong JDT apabila pemain berusia 25 tahun itu dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, kelmarin.

Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok, Safawi yang berada di tepi padang selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2022 di antara pasukan JDT dan Sabah FC dikejutkan dengan nyanyian lagu terbabit.




Pada video berdurasi 20 saat yang dikongsikan, Safawi dilihat mengangkat tangan seperti mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya sekali gus membuatkan seluruh stadium bergema dengan lagu nyanyian asal penyanyi Wann itu.

Namun, sehingga kini tidak pasti sama ada namanya ‘hilang’ disebabkan sibuk dengan persiapan hari bahagia atau pun gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan kedua separuh akhir piala Malaysia bertemu Sabah baru-baru ini.

Dikhabar Bakal Kahwin Esok Dengan Syifa Melvin

Nama pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dan pempengaruh Syifa Melvin hangat diperkatakan selepas dikhabarkan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada keesokan hari, 28 November.

Menerusi siaran langsung (live) baru-baru ini, Safawi masih tidak mengesahkan mengenai berita gembira tersebut. Kata Safawi, 25, netizen tidak perlu mengambil tahu perihal perkahwinannya kerana masa itu akan sampai di waktu tepat.Fasal kahwin anda semua jangan (ambil) tahu la. Bila saya nak kahwin, dengan siapa saya kahwin. Ada rezeki, ada jodoh, saya akan berkahwin. Anda jangan risau.

Bagaimanapun, di ruang komen ada seorang pengguna media sosial memberitahu majlis akad nikah akan diadakan esok dengan bertemakan warna putih. Manakala, di sebelah Safawi akan diadakan pada 3 Disember ini.Selain itu, ada juga segelintir yang tidak berpuas hati apabila pemilik nama Muhammad Safawi Rasid masih merahsiakan tentang perkahwinan yang sudah tersebar.

Sebelum ini, Syifa berkata mereka selesa dengan kehidupan privasi tanpa menghebahkan selagi belum sah ikatan.Terdahulu, kisah percintaan Safawi dan Syifa menjadi bualan orang ramai, namun tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua belah pihak yang mengatakan mereka menjalin hubungan istimewa.Sumber:AZNewstime


Kredit -Bulletin 50 Times.


-----------------------------------------------------------------