PELAKON sensasi Iqram Dinzly dalam nada sinis meminta aktres Reen Rahim untuk duduk di rumah dan belajar memasak sekiranya tidak dengan cabaran dalam dalam dunia seni.
Iqram turut menasihatkan agar Reen tidak menjadikan insiden dia dicekik aktor Fezrul Khan ketika menjalani penggambaran filem Batu Syaitan sebagai isu besar sebaliknya perlu kental dan bukannya bersikap ‘manja’.
ARTIKEL MENARIK:“Muka macam lepat..” Wajah isteri Usop lepas bersalih jadi bualan, sekali ada yang sanggup komen ini
“Buat Reen, saya percaya dengan aksi cekik mencekik ia membantu anda untuk lebih maju ke depan dalam dunia lakonan. Dalam bisnes kita kena terima untung atau rugi itu tetap untung. Pengalaman tidak boleh dijual beli namun jangan sampai mencacatkan atau mencederakan diri.
“Bagi saya kalau tak lasak, nak manja-manja duduk rumah belajar masak. Dalam industri ini kita kena belajar reda dan tabah serta tingkatkan prestasi,” katanya.
Iqram berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instastory miliknya.
Dalam pada itu, Iqram berkata, dia yakin Fezrul telah menggunakan teknik yang betul dalam lakonan ketika menjayakan babak tersebut.
Kata Iqram, dia tidak percaya Fezrul benar-benar mencekik Reen apatah lagi aktor itu bukan baharu dalam bidang lakonan dan pasti tahu teknik menjayakan babak lasak.
“Takkanlah Fezrul tak waras nak cekik betul-betul. Boleh tengok dia guna teknik yang betul. Dia bukan baru setahun jagung tak tahu caranya.
“Masalahnya orang sekeliling yang tiada ditempat kejadian sering melontarkan persepsi buruk dan tanggapan tidak betul,” jelasnya.
Sebelum ini, nama Iqram juga pernah terpalit kontroversi apabila dia didakwa mencekik pelakon Mona Allen ketika penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.
Bagaimanapun kedua-dua pelakon itu mengakui kekecohan tersebut hanya sekadar gimik untuk mempromosikan drama berkenaan.
Untuk rekod, Reen mengakui secara tidak sengaja meninggi suara selepas kejadian dicekik oleh Fezrul sebelum menghubungi pelakon tersebut menjelaskan keadaan sebenar serta menunjukkan kesan cedera dialaminya.
Fezrul dalam temu bual sebelum ini pula menjelaskan babak tersebut dilakukan dengan teknik betul dan kemungkinan berlaku ‘kemalangan’ kecil kerana apa terjadi di depan kamera tidak sama ketika sesi latihan.Sumber:mStar
Kredit -Bulletin 50 Times.