Pelakon dan penyanyi popular era 1980-an, Noorkumalasari,66, tampil meluahkan rasa rindu terhadap penyanyi lagenda, Anita Sarawak yang ‘hilang’ dan tidak dapat dihubungi dalam industri hiburan sejak 12 tahun lalu.
Noorkumalasari yang juga adik tiri Anita berkata hanya kakak sulung mereka pernah menghubungi selebriti itu dan menyampaikan salam pada seluruh ahli keluarga.
ARTIKEL MENARIK:Pernah membesar dalam keluarga B40… Eizlan Yusof miliki ‘hati tisu’, faham kesusahan hidup rakyat
“Dia (Anita) tidak hubungi saya sebab tahu, saya rapat dengan media. Dia pernah hubungi kakak sulung dan mengirim salam pada ahli keluarga lain.
“Sebelum ini, dia ada menghubungi kami ketika sambutan hari raya dan semua ahli keluarga dapat bercakap dengannya,” katanya.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Noorkumlasari atau lebih mesra disapa Noor itu berkata kali terakhir dia berpeluang menghubungi Anita adalah pada 10 tahun lalu, sebelum berangkat ke Amerika Syarikat (AS).
Dalam pada itu, pelantun lagu Selamat Pagi Sayang turut mendedahkan mereka sekeluarga tidak berusaha untuk mencari Anita di AS kerana bimbang pulang dengan rasa hampa dan kecewa.
Noor berkata Anita kini menetap di Las Vegas, AS sangat sibuk membina empayar perniagaan serta berada dalam keadaan baik di sana dan mahu menjalani kehidupan biasa.
SUMBER:xtra
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber/ Kredit : www.klmenjeritvideo.dnq.new
Kredit -Slamber Media