Sejak akhir-akhir ini, penyanyi Khai Bahar sering digosipkan dengan pengacara dan penyampai berita jelita yang dikenali sebagai Hawa Rizwana. Hal ini semakin mendapat perhatian apabila, Khai Bahar dan pengacara baru rancangan MeleTOP tersebut dilihat bekerjasama.
Terdahulu, penyanyi yang memiliki ramai peminat itu tampil bekerjasama dengan Hawa Rizwana apabila dia muncul sebagai heroin dalam muzik video lagu baharu, Khai Bahar berjudul Oh Wanita yang merupakan hasil karya sepenuhnya oleh Harry Khalifah.
ARTIKEL MENARIK:“Dah 4 Hari Takde Air” – Zarina Zainuddin Kesal Isu Gangguan Bekalan Air Di Selangor
Meskipun begitu, terbaharu pula kedua-duanya menjadi bualan hangat lagi di media sosial selepas kemunculan Khai Bahar di rancangan MeleTOP pada malam tadi. Khai Bahar dan Hawa Rizwana nampaknya sekali lagi menerima usikan ramai. Ternyata Nabil Ahmad yang juga merupakan hos tetap bersama Hawa Rizwana sempat mengusik mereka.
Tetapi yang paling mencuit hati ramai juga disebabkan Khai Bahar sempat pula tersasul di hadapan penonton dan disebelah Hawa Rizwana apabila tersalah menyebut judul lagunya daripada Oh Wanita kepada Oh Hawa.
@jun.kb94 @Khai Bahar @Hawa Rizwana Redzuan #KhaiBahar #hawarizwana #fypage #foryoupage #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #foryou #foryourpage #fypmalaysia #OhWanitaKhaiBahar #OhWanita ♬ original sound – JunKB94
Oh Hawa
Muat naik klip video pendek yang semakin tular dimana dalam pada masa sama mencuit hati warganet itu tentu sahaja membuatkan peminat turut tak keruan apabila Khai Bahar sempat pula tersasul menyebut Oh Hawa di rancangan MeleTOP.
Tunggu dulu, selain artikel tersebut berikut juga antara artikel lain yang menarik boleh anda ikuti:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber/ Kredit : https://himpunanceritalawak.com/
Kredit -Slamber Media