Nama penyanyi 80an, Datin Suliza Salam, 57, terpalit dek kerana kontroversi anak lelakinya, Ismail Izzani susulan tular satu video aksi sumbangnya baru-baru ini.
Suliza turut diserang di media sosial dan dikecam ramai netizen di mana dia dituduh tidak pandai menjaga anak serta tidak menegur kesalahan Ismail apatah lagi ini bukanlah kali pertama anaknya terpalit dengan kontroversi tidak elok.
ARTIKEL MENARIK:‘Penat Kami Simpan Rahsia’ – Syifa Melvin Respon Bakal Kahwin Dengan Safawi Rashid
loading...
Difahamkan, Suliza tampi membalas komen biadap daripada netizen yang menurutnya seronok mengutuk dan melemparkan fitnah terhadap dia dan keluarganya.
Katanya, hanya Allah yang mampu memberi keampunan dan mengubah perbuatan seseorang individu, bukannya menerusi kata-kata orang lain.
Nak, kamu nanti belum tahu juga kan? Mengata anak orang memang seronok. Pengakhiran hidup siapa-siapa belum tahu. Allah Maha Pengampun. Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau sesiapa tetapi Allah. Fahamkan itu ya.”
Kredit -beautifulnara