“Mahkamah Yang Tentukan, Syamsul Yusof Tak Boleh Tuntut RM10 Juta Saman Sesuka Hati” – Peguam Sivil

Business

“Mahkamah Yang Tentukan, Syamsul Yusof Tak Boleh Tuntut RM10 Juta Saman Sesuka Hati” – Peguam Sivil

Ditemui Harian Metro, peguam sivil daripada Tetuan Mohd Amin, Ng & Associates, Hafez Zalkapli tampil memberi sedikit ulasan mengenai kenyataan pengarah terkenal Syamsul Yusof yang ingin menyaman pihak JAWI di atas dakwaan fitnah kahwin lagi.

“Mahkamah Yang Tentukan, Syamsul Yusof Tak Boleh Tuntut RM10 Juta Saman Sesuka Hati” – Peguam Sivil



Kata Hafez, Syamsul tidak boleh sewenang-wenangnya menentukan jumlah saman terhadap agensi itu.

ARTIKEL MENARIK:“Yang Belah Sana Minta Macam-Macam, Keretalah, Duitlah” – Puteri Sarah



Ini kerana, jumlah saman yang boleh ditentukan oleh pihak mahkamah dan ia perlu diteliti mengenai jenis dan bentuk maklumat peribadi yang dibocorkan, seperti dakwaan Syamsul sebelum ini.

Kena tengok apa maklumat peribadi yang dibocorkan. Jika maklumat dibocorkan membabitkan dokumen seperti saman dan pernyataan tuntutan dalam mahkamah, tindakan Syamsul tidak berasas kerana ia dianggap dokumen awam.




Ujarnya lagi, Syamsul perlu membuktikan dirinya difitnah, sama ada ia merendahkan reputasi dan statusnya, sehingga dia dijauhi atau diperlekehkan, dibenci serta diperolok-olokkan.

Ia perlu dinyatakan dalam tuntutan samannya. Mahkamah akan menentukan maksud perkataan berdasarkan ujian objektif, tertakluk kepada konteks..

Difahamkan, pengarah itu berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang yang membabitkan dokumen sulit berkaitan kemelut rumah tangganya bersama isteri, Puteri Sarah Liyana dan orang ketiga, Ira Kazar.

Kredit -beautifulnara


-----------------------------------------------------------------