Ser4m Tengok, Muka Dan Badan DJ Lin Bengkak Teruk

Business

Ser4m Tengok, Muka Dan Badan DJ Lin Bengkak Teruk

Penyampai radio Suria FM, DJ Lin berdepan situasi mencemaskan apabila wajah dan badannya bengkak teruk akibat alahan terhadap ub4t tahan sak1t.

Ser4m Tengok, Muka Dan Badan DJ Lin Bengkak Teruk



Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid berkata, dia tidak menyangka bahawa ub4t tahan sak1t itu mampu memberi kesan seteruk itu kepada tubuhnya.

ARTIKEL MENARIK:“Saya Sendiri Meraung Tengok Drama Ni”- Amyza Aznan Minta Jangan Hina Banduan


“Semalam, memang saya ada beberapa mesyuarat dan selepas itu, mula sak1t kepala. Selalunya, saya ambil ub4t tahan sak1t yang selalu saya makan. Tapi kebetulan semalam, ub4t itu tak ada dan saya makan ub4t tahan sak1t jenis berbeza.

“Tak lama selepas itu, muka saya mula rasa panas dan tak selesa sebelum beberapa bahagian di muka saya mula bengkak terutamanya di bahagian mata.

“Lebih kurang jam 6 petang, saya dah tak tahan sangat dan terus ke klinik yang tak jauh dari pejabat. Selepas membuat pemeriksaan, doktor berikan sunt1kan dan beberapa ub4t,” katanya yang juga Pengurus Besar Suria FM.

Kesan ub4t yang diberikan doktor itu juga membuatkannya terpaksa berehat di pejabat.

“Doktor beritahu, ub4t sunt1kan itu akan membuatkan saya mengantuk. Jadi, selepas selesai urusan di klinik, saya kembali ke pejabat untuk berehat.

“Bila kakitangan saya kejut, barulah saya tersedar dan waktu itu dah hampir jam 12 tengah malam. Jadi, disebabkan alahan dan kesan ub4t ini, saya tak dapat bersiaran semalam,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)




Hari ini, kesan bengkak dan kemerah-merahan akibat alahan itu mula pulih. Lin turut mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang memberi pelbagai saranan di samping doa.

“Alhamdulillah, hari ini bengkak dah mula surut sedikit. Apa pun, saya ingin ucapkan terima kasih kepada peminat dan pendengar Suria FM yang menulis komen di media sosial, mendoakan serta memberi cadangan tempat berubat.

“Saya baca setiap komen itu dan insya-Allah, setiap perkongsian mereka juga sangat berguna bukan saja untuk saya, tetapi juga untuk orang lain yang mengalami situasi sama,” katanya.

Sumber: Harian Metro via Cari


Kredit -Bulletin 50 Times



-----------------------------------------------------------------