Wanita ditinggal 3 hari sebelum nikah kerana minta mas kahwin geran rumah

Business

Wanita ditinggal 3 hari sebelum nikah kerana minta mas kahwin geran rumah

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan hati seorang wanita yang menyatakan bahawa dia ditinggalkan tunangnya tiga hari sebelum pernikahan mereka berlangsung, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Wanita ditinggal 3 hari sebelum nikah kerana minta mas kahwin geran rumah



Menurut wanita dikenali sebagai Yessy itu, semua persiapan perkahwinan sudah disempurnakan bahkan, undangan perkahwinan juga telah selesai diberikan kepada tetamu.

ARTIKEL MENARIK:“ Terbongkar Rahsia! Dia Sebenarnya Penj3nayah Morocco..”- Jaheaik Dapati Lelaki Mengaku Cicit Nabi Terlibat 6 Kesalahan… Rupanya Ini Ini 6 Kesalahan Telah Dibuat..


“Gambar buku nikah, baju kahwin, gambar praperkahwinan, wang belanja, pakaian pengiring serta undangan ke majlis,” kata Yessy.

Menurut wanita itu, rakan-rakannya juga telah menganjurkan majlis ‘bridal shower’ seminggu sebelum majlis sepatutnya berlangsung.

Namun kata Yessy, tunangnya memilih untuk membatalkan perkahwinan tiga hari sebelum majlis pernikahan mereka.

“Berbahagialah agar hancurnya hati saya tidak sia-sia. Terima kasih November. 2021 datang membawa bahagia, 2022 pergi meninggalkan duka,” kata Yessy.

Video tersebut menjadi tular namun, bekas tunang Yessy tampil menjelaskan keadaan sebenar yang membawa kepada terputusnya ikatan pertunangan tersebut.




Dia menerusi akaun TikTok @hokcay22 berkata, perkahwinan mereka dibatalkan kerana Yessy berubah fikiran dan meminta mas kahwin berupa geran rumah.

“Pihak perempuan yang membatalkan perkahwinan, bukannya pihak lelaki. Katanya, kalau mahu kahwin dengannya perlu ada geran rumah. Jika tiada (geran rumah), lebih baik batalkan sahaja perkahwinan,” ujar lelaki berkenaan.

Tambah @hokcay22, dia akhirnya akur untuk melepaskan Yessy kerana memilih ibu bapanya berbanding wanita itu. 

Dia juga meminta netizen agar tidak salah faham mengenai kisah antara dia dan Yessy. – Agensi 


Kredit -Kosmo Digital.


-----------------------------------------------------------------