Wanita yang dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga Hafidz Roshdi, Athira Yuhada tampil memohon maaf kepada isteri aktor tersebut, Nurul Shuhada Mat Sukri.
Athira menerusi hantaran di Instagram berkata, dia memohon maaf dengan hati yang ikhlas kepada Nurul Shuhada dan anak-anaknya Humairah dan Umar.
ARTIKEL MENARIK:“Gen-Z Ni Ramai Biadab, Sombong!” – Ani Maiyuni Dedah Sikap Angkuh Selebriti Baharu
Athira Yuhada tampil memohon maaf kepada Nurul Shuhada Mat Sukri.
“Assalamualaikum, saya Athira Yuhada. Saya dengan hati terbuka ingin memohon maaf kepada Shuhada, Humairah & Umar,” katanya.
Dalam hantaran sama, Athira mengakui pentingkan diri sendiri apabila bertindak demikian (mempunyai hubungan dengan Hafidz) dan dia sudah cuba mengelak, tetapi Hafidz yang berkali-kali menghubunginya sejak sembilan tahun lalu.
Tambahan lagi katanya, perasaan simpati mula muncul selepas mengetahui masalah kesihatan mental Hafidz.
“Apa yang saya lakukan ini sangat mementingkan diri sendiri. Selepas Hafidz cuba menghubungi saya beberapa kali sejak sembilan tahun lalu, saya sedaya-upaya cuba mengelak.
“Namun, akhirnya perkara ini berlaku kerana mengetahui keadaan kesihatan mentalnya yang membuatkan saya simpati dan ingin menyokong apa yang dilaluinya.
Saya akui saya insan yang lemah dan bodoh apabila hanyut dalam situasi (gangguan rumah tangga) ini,” katanya.
Athira juga menegaskan hubungannya dengan pelakon itu sudah lama berakhir.
“Saya sudah lama tidak berhubung dengan dia dan tidak akan berlaku lagi. Saya dengan rendah diri ingin sekali lagi memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar,” katanya. – BOOM!