Sejak pagi kelmarin hangat diperkatakan tentang kemelut rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle.
Selain daripada kenyataan balas kedua-dua belah pihak, usaha Farid untuk menambat hati isterinya, Diana dengan membawa sebentuk cincin emas dan sejambak mawar merah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, turut menjadi perhatian.
ARTIKEL MENARIK:Gambar Farid Kamil Di Instagram Diana Danielle Dah Tak Ada!
Bagaimanapun, menurut laporan media usaha tersebut tidak berjaya apabila Diana tidak melayannya.
Diana bukan saja tidak mengambil cincin itu, malah bunga yang dibawa Farid hanya dibiarkan di atas kerusi di ruang menunggu.
Tinjauan BOOM! di platform media sosial mendapati ada netizen yang bersimpati dengan Farid kerana tindakan isterinya itu.
Pun begitu, mereka memuji usaha Farid untuk memujuk isterinya.
“Tak apa lah, at least Farid Kamil dah cuba, aku salute dia. Sebagai lelaki, sifat memujuk masih wujud… Dia tahu cara memujuk even benda tu tak pasti.
“Ini baru betul pujuk, bukan block bini setahun pastu jumpa bini nak ajak bincang giliran bermalam. Apapun semoga dipermudahkan segala urusan,” memetik komen-komen positif ditinggalkan warganet.
Dalam pada itu, media melaporkan selepas pelantikan wakil Farid dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP), turut berlaku sedikit kekecohan di ruang menunggu luar pintu Dewan Bicara Mahkamah Rendah Syariah.
Farid dilihat cuba menjelaskan sesuatu dan seolah-olah seperti memujuk Diana sambil disaksikan peguam kedua-dua belah pihak, namun ketika Farid cuba memeluknya, Diana terus menepis dan beredar.
Wajah Diana yang kelihatan marah cepat ditenteramkan oleh peguam Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader.
Terdahulu, Farid tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi membawa jambangan bunga mawar untuk Diana.
Malah Farid turut membawa sebentuk cincin sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.
Sementara itu, Diana hadir lebih awal pada 8.55 pagi memakai baju hitam bersama pengawal peribadi. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.