Susulan berita mengejutkan mengenai berita penceraiannya dan suami, aktres Diana Danielle sekali lagi mengejutkan semua pihak apabila bertindak memadam semua gambar-gambar Farid Kamil di laman sosial Instagram (IG)nya.
Walaupun masih bergelar suami isteri dan diarahkan menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP), tindakan Diana telah mencetus spekulasi dalam kalangan netizen.
ARTIKEL MENARIK:Puteri Sarah Sahkan Fail Hak Penjagaan Anak-Anak – “Sebab Semalam Pun Tiba-Tiba Kan…”
Malaysia Film Festival, ictures of celebs on red carpet, as well as winners.
Rata-rata mereka berpendapat Diana betul-betul nekad dengan tuntutan cerainya itu sehingga sanggup memadamkan semua rakaman kenangan bersama Farid.
Sehingga kini, Diana masih belum memberikan apa-apa komen berhubung perkara tersebut dan usaha untuk menghubunginya juga gagal.
Sementara itu Farid, masih menyimpan foto-foto bersama isterinya di IG.
Terdahulu, media melaporkan Diana membuat permohonan cerai awal bulan lalu dengan memberi alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Dia dan suami juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dan Farid mendakwa tidak dibenarkan masuk ke kediaman mereka dan dilarabg bertemu anak-anaknya.
Dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Syariah Subang Bestari pada Isnin lalu, Farid juga enggan melafazkan cerai terhadap Diana atas alasan masih sayangkan isterinya itu. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.