Pelakon Puteri Sarah mengesahkan telah memfailkan hak penjagaan anak-anak (hadanah) penuh di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur pada Rabu.
Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, ketika ditemui selepas memfailkan permohonan itu berkata, dia membuat permohonan itu selepas difikirkan ‘secara tiba-tiba’.
ARTIKEL MENARIK:Syamsul Yusof Tak Mahu Gaduh Dengan Aaron Tapi Bakal Saman Farid Kamil
“Sebab semalam pun tiba-tiba, kita semua pun main ‘tiba-tiba’”, katanya.
Hadanah bermaksud hak penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.
Sementara itu, peguam syarie Puteri Ummi Kartini Abd. Latiff yang mewakili Puteri Sarah berkata pihaknya memfailkan permohonan hadanah itu mengikut Seksyan 81 Akta (303)(1) tertakluk kepada Seksyen 82.
“Seksyen itu memperuntukkan ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan,” kata Puteri Ummi.
Mengulas lanjut, peguam syarie itu turut mengatakan, setakat ini sesalinan dokumen mengenai permohonan tersebut belum diserahkan kepada defendan (Syamsul Yusof).
“Setakat ini, pihak kami belum menyerahkannya kerana masih menunggu peluang, pihak kami baru memfailkan permohonan (hadanah) itu hari ini. Jika ada peguam daripada pihak defendan kita boleh serahkan pada peguam,” kata peguam syarie itu lagi.
Semalam Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, membuat tuntutan nusyuz yang ke atas isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.
KUALA LUMPUR 21 MAC 2023 – Pelakon, Syamsul Yusof hadir bagi memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: SUWARNI UTUSAN / JIMMY KOSMOSyamsul, 39, memberitahu, antara alasan tuntutan nusyuz yang difailkan terhadap Puteri Sarah adalah kerana wanita itu masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang.
Sebelum ini, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,. – BOOM!
Sumber: KOSMO! ONLINE
Kredit -Boom! Malaysia.