Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga Hafidz Roshdi apabila menceraikan isterinya, Nurul Shuhada serta mencederakan ibu kepada dua cahaya matanya itu.
Sebentar tadi, perkongsian Hafidz menjadi perhatian apabila memuat naik surat terbuka buat Shuhada. Menerusi entri itu, Hafidz mendakwa apa yang dicanangkan oleh isrerinya itu adalah tidak benar.
ARTIKEL MENARIK:Isteri Hafidz Roshdi Dapat Rezeki Jadi Model Baju Raya Sekali Diva Azwan Ali Masuk Komen Mak1
Katanya lagi, ada kenyataan palsu oleh Shuhada sudah melampau mengaitkan serta mengaibkan keluarganya apabila ada menyebut adiknya bersubahat adalah satu fitnah.
Tambahnya lagi, susulan pendedahan tidak benar itu ada pihak menggunakan gambarnya, Shuhada dan seisi keluarganya sebagai topik.
Menurut Hafidz, perkara itu menyebabkan ketenteraman seluruh keluarganya terjejas di atas tindakan Shuhada.
Justeru itu, Hafidz meminta tempoh 48 jam agar Shuhada dana mana-mana pihak menarik balik segala penerbitan umum serta gambar keluarga.
Malah, Hafidz turut menuntut Shuhada memohon maaf secara terbuka dan terpaksa mengambil tindakan undang-undang buat mereka yang menyentuh maruah dan privasi keluarganya.
Dalam pada itu, Hafidz menegaskan dia masih lagi bapa kepada anak-anaknya dan meminta mana-mana pihak menghormati keputusannya.
Kredit -rotikaya