BIARPUN masih belum sihat sepenuhnya, pelakok Fasha Sandha tidak ketinggalan untuk hadir ke Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS2023) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.
Kata Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, meskipun masih belum sihat dia tetap hadir kerana menyedari tanggungjawab dan tugas sebagai seorang anak seni.
ARTIKEL MENARIK:[V] Banglo Mewah RM10 Juta Hadiah Hari Lahir Che Ta Ke-50 – “Ini Hadiah Paling Bermakna”
“Saya punya mata kiri belum lagi sembuh sepenuhnya. Tapi tetap datang atas sebab tanggungjawab terhadap produksi. Ini adalah komitmen saya.
Fasha mengalami kecederaan pada bahagian mata baru-baru ini.
“Memang tak selesa langsung rasa sekarang ini. Bila sakit berkaitan mata dia memberi kesan kepada saraf dan sebab itu selalu sakit kepala,” katanya.
Tambah Fasha dia berkemungkinan akan menjalani prosedur pembedahan akibat tulang mata patah.
Sementara itu dia juga sedia untuk kembali bertugas di lokasi namun bergantung atas nasihat doktor.
“Dari luaran bengkak dah surut tapi dari dalaman tulang patah dan ada darah beku. Mungkin kena pembedahan tapi tunggu masa sesuai.
“Penglihatan tidak berapa jelas sekarang ini.
“Saya kena dapatkan keizinan daripada doktor dulu samada boleh sambung shooting atau tidak,” jelasnya.
Pelakon itu tampil cantik dengan busana berwarna hitam, berkaca mata dan berjalan di acara karpet merah bersama adiknya Elisya Sandha.
Fasha sebelum ini terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan selepas berlaku kemalangan di lokasi penggambaran drama Anak Tuan di Johor Bharu, Johor pada 2 Mac lalu.
Kejadian berlaku selepas dia dan Azhan Rani melakonkan babak aksi kemudian secara tidak sengaja terjatuh dan mata kirinya terkena bucu sebuah katil.
Akibat kejadian itu Fasha tulang mata kirinya patah selain bengkak pada bahagian tersebut.
Fasha yang sebelum itu menerima rawatan awal di sebuah pusat perubatan pakar di Johor Bharu kemudian di pindahkan ke Kuala Lumpur dan beradan di wad selama lapan hari.
Sumber : MSTAR ONLINE
Kredit -two.e-kesah