Lelaki ‘Bertanduk’ Meninggal Dunia Pada Usia 140 Tahun

Business

Lelaki ‘Bertanduk’ Meninggal Dunia Pada Usia 140 Tahun

Seorang lelaki ‘bertanduk’ dilaporkan meninggal dunia pada usia 140 tahun selepas menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seakan tanduk pada kepalanya.

Lelaki ‘Bertanduk’ Meninggal Dunia Pada Usia 140 Tahun



Ali Anter, yang dipercayai lelaki tertua di Yaman mendapat perhatian dunia sebelum ini selepas keadaan misterinya menjadi tular. Ali menderita ketumbuhan seakan-akan tanduk yang tumbuh pada bahagian kepalanya.

ARTIKEL MENARIK:Budak Umur 12 Dan 13 Tahun Mengaku Tikam, Buang Mayat Rakan Dalam Hutan


Menurut Mirror UK lagi, Ali mula menderita ketumbuhan tersebut sebaik sahaja beliau mencecah usia 100 tahun. Salah satu ketumbuhan tersebut berbentuk gegelung dan tumbuh ke bahagian bawah merentasi wajahnya.

Ali Anter turut dipercayai sebagai lelaki tertua di dunia buat masa ini

Menyentuh punca kematian Ali, keluarganya mendakwa dia menerima rawatan daripada individu tidak terlatih. Individu berkenaan dipercayai cuba mencabut ketumbuhan berkenaan dengan menggunakan peralatan panas.

Selain itu, mereka memberitahu kematiannya turut berpunca daripada keadaan kesihatannya yang semakin merosot disebabkan usianya yang semakin lanjut.

Walau bagaimanapun, ahli keluarga terdekatnya tetap mendakwa kematian Ali tersebut dipercepatkan melalui prosedur yang gagal, lapor akhbar Yaman, Aden al-Ghad.

Ali dilapor memiliki lebih daripada 70 orang cucu

Sungguhpun tiada diagnosis yang dapat mengesahkan keadaan luar biasa berkenaan, ketumbuhan Ali dipercayai adalah ketumbuhan ‘tanduk kulit’.

Tanduk kulit atau cutaneous horns merupakan sejenis tumor kulit yang dihasilkan menerusi keratin, sejenis protein yang menghasilkan rambut, kuku dan kuku haiwan.

Keadaan istimewa ini sering dihidap golongan yang berusia serta orang-orang yang memiliki kulit cerah.




Rekod orang tertua di dunia terkini

Sebelum pemergian Ali, Guinness World Records telah menamakan wanita Afrika Selatan, Johanna Mazibuko sebagai orang tertua di dunia.

Johanna Mazibuko (128) merupakan ibu kepada tujuh orang anak dan dilaporkan meninggal dunia di rumahnya yang terletak di barat laut negara tersebut.

Penjaga merangkap menantu perempuannya, Thandiwe Wesinyana memberitahu News24 bahawa punca kematian wanita tersebut mungkin berpunca dari strok.

Walau bagaimanapun, laporan mengenai dakwaannya sebagai orang tertua dunia tidak dapart disahkan secara rasmi. Setakat ini, wanita kelahiran AS, Maria Branyas Morera dinobatkan sebagai orang tertua dunia dalam Guinness World Records.

Ketika rekod tersebut dibuat, wanita tersebut berusia 115 tahun pada Januari lepas.

Sumber: Mirror.uk / Siakap Keli.


Kredit - Siakap Keli.


-----------------------------------------------------------------