Penyanyi Nas Adila reda dengan ketentuan Ilahi selepas disahkan doktor dirinya menghidap kanser payudara tahap tiga sejak awal Mac lalu.
Nas atau nama sebenarnya Nas Adila Mohd Dan bagaimanapun berkata, dia akan sentiasa positif melawan penyakit tersebut dan menganggap ujian itu sebagai petanda Allah sayang kepadanya.
ARTIKEL MENARIK:Penyanyi Lagenda Yantzen Alami Penyakit Misteri. Rupanya Ini Yg Dia Tanggung Yang Ramai Tak Sangka
Nas Adila suatu ketika dahulu pernah menyertai AF7.
“Awal tahun lalu saya mula rasa ketulan di bahagian payudara dan lama-kelamaan semakin membesar. Apabila melakukan pemeriksaan melalui sampel, saya disahkan kanser dan berkemungkinan tahap tiga.
“Memanglah terkejut apabila doktor maklumkan hal tersebut. Bohong kalau saya katakan tidak sedih, tetapi sejak awal lagi saya cuba lawan.
“Saya kena kuatkan hati dan reda dengan dugaan ini. Kita jalani sahaja hidup,” katanya.
Terkejut dimaklumkan doktor bahawa dirinya kini diuji dengan kanser, Nas memberitahu, dia akan melakukan ujian lanjut untuk mengetahui tahap sebenar penyakit tersebut dan memulakan rawatan kemoterapi pada minggu hadapan.
“Saya percaya setiap ujian itu sebagai tanda Allah masih sayang. Apabila dapat tahu tentang sakit ini, sebenarnya saya bersyukur kerana Allah jentik hati untuk dekatkan diri kepada-Nya.
“Pastinya saya akan cuba perbaiki diri menjadi lebih baik. Pada masa sama saya juga lebih prihatin dengan tahap kesihatan selain pengambilan makanan. Saya cuba sekuat mungkin untuk lawan sakit ini,” ujarnya.
Nas berkahwin dengan Aliff juga peserta AF7 dan dikurniakan dua permata hati.
Keluarga adalah sistem sokongan terkuat dan menurut Nas, disebabkan dugaan hidup tersebut, hubungannya dengan suami, Aliff Razali lebih akrab.
“Suami saya sangat tenang menerima berita ini. Dia banyak memberi semangat untuk saya. Hikmah di sebalik apa yang berlaku membuatkan hubungan kami lebih akrab.
“Saya banyak merujuk penghidap kanser lain. Mereka juga masih meneruskan aktiviti harian seperti biasa. Insya-Allah ada jalan ‘keluar’ untuk semua ini. Percaya dengan ketentuan Allah SWT,” ujar peserta Akademi Fantasia 7 itu. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.