Para Suami Kalau Rasa Rezeki Tak Cukup & Asyik Sempit, Hati-Hati Ini Mungkin Penyebabnya…

Business

Para Suami Kalau Rasa Rezeki Tak Cukup & Asyik Sempit, Hati-Hati Ini Mungkin Penyebabnya…

Para suami pernah tak rasa dalam masa sebulan, duit yang sedia ada tak cukup. Sampaikan belum hujung bulan lagi, duit dah habis?

Para Suami Kalau Rasa Rezeki Tak Cukup & Asyik Sempit, Hati-Hati Ini Mungkin Penyebabnya…



Kalau pernah rasa sempit dan tak cukup sepanjang masa, para suami perlu ingat semula apa yang telah kamu lakukan. Mungkin disebabkan oleh percakapan atau tidakan kecil sahaja, ia boleh jadi penyebab kenapa rezeki kamu tak pernah cukup.

ARTIKEL MENARIK:Isteri Masuk Wad Hospital 2 Minggu. Suami Bawa Makanan Mcm Kenduri Dalam Wad, Rupanya Ini Sebab Kenapa


Hati-hati mungkin disebabkan kamu pernah tak hargai isteri, tinggal solat hingga ke rasa tak bersyukur, ia boleh jadi puncanya. Dan berikut adalah beberapa perkara kenapa para suami selalu rasa tak cukup dan sempit rezekinya…

1. Bila marah, tak pernah nak kawal emosi 

Suami yang gagal mengawal emosi marah, tanpa sedar boleh sakitkan dan kecilkan hati isteri. Lebih-lebih lagi bila lontarkan kata-kata yang tajam dan kesat.


Foto – Pinterest

Sekiranya rasa nak marah atau beremosi, cuba bertenang seketika. Bila sudah tenang, berbincang secara rasional dan matang menggunakan kata-kata yang lembut. Pastikan kamu sabar dan kawal emosi!




2. Tak pernah bersyukur dan asyik mengeluh 

Ramai yang tak tahu sebenarnya rezeki datang dalam dua bentuk, sama ada secara nikmat atau musibah. Apabila datang secara  nikmat, ramai yang akan jadi tak bersyukur. Tetapi bila datang dalam bentuk musibah, mulalah nak mengeluh dan mengecam. Bila terima rezeki dalam bentuk nikmat, ucaplah ‘Alhamdulillah’ dan bersyukur dengan apa yang kamu dapat. Jika musibah, jangan mengeluh dan lihat di sebalik perkara yang datang, mungkin ada hikmahnya.

3. Sering tinggalkan solat dan kurang berdoa 

Jika kamu sering tinggalkan solat, segeralah bertaubat dan kembali kepada Allah S.W.T. Solat lima waktu adalah ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh Muslim. Bila tinggalkannya ia boleh jadi dosa yang besar dan pintu rezeki boleh tertutup. Jadi solatlah dan sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T. kerana Dia satu-satunya yang berkuasa untuk memberikan rezeki pada setiap hambaNya.

4. Pernah anggap isteri dan anak sebagai satu bebanan

Suami-suami di luar sana perlu tahu bahawa isteri dan anak merupakan anugerah terindah serta tak ternilai dalam hidup. Bila kamu menghargai isteri dan anak, terbuka luaslah rezeki kamu serta keluarga.


Foto – Pinterest

Jangan fikir  bahawa isteri dan anak merupakan bebanan, jangan berkira, merungut dan kedekut kerana setiap rezeki yang kamu peroleh itu adalah sebahagiannya milik mereka.

Para suami cuba perbaiki diri dan elak daripada terus lakukan perkara di atas ye. Semoga bermanfaat!


Kredit -Murai MY.


-----------------------------------------------------------------