Pelakon dan pengarah Farid Kamil bakal mendedahkan isterinya Diana Danielle berlaku curang ketika perbicaraan di mahkamah kelak.
Farid menerusi sebuah perkongsian video di Instagram Kosmo! turut mendakwa dia mempunyai bukti bergambar berkaitan perkara tersebut.
ARTIKEL MENARIK:Diana ‘Reject’ Bunga Dan Cincin Pemberian Farid, Netizen Cakap – “At Least Dia Dah Cuba…”
Bagaimanapun kata Farid, dia tidak akan mendedahkannya sekarang tetapi akan melakukannya di mahkamah nanti.
“Saya ada bukti gambar dan gambar tu saya tidak boleh tunjuk sekarang. Kita boleh tunjuk di mahkamah,” katanya ringkas.
Semalam, Farid ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam mendedahkan keretakan rumah tangga bersama Diana berpunca daripada kehadiran orang ketiga.
Farid berkata, dia mula menghidu mengenai kecurangan yang berlaku sejak tahun lalu.
Bagaimanapun, Diana menafikan dia curang dan mendakwa apa yang berlaku adalah berpunca daripada Farid dan meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap suaminya itu. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.