Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusly, Anis Sofea semakin mendapat perhatian ramai selepas dia berani membuat keputusan untuk tidak berhijab secara umum menerusi beberapa hantaran di media sosial pada Syawal lalu.
Malah, setiap ruangan komen bagi setiap hantaran dikongsikan wanita berusia 21 tahun terpaksa ditutup bagi mengelakkan daripada kecaman netizen.
ARTIKEL MENARIK:“Saya Buka Purdah Kerana Allah” – Rata-rata Tercengang Menyaksikan Betapa Jelitanya Inara
Dilantik jadi duta produk kecantikan
Terbaharu, penampilan Sofea yang juga seorang usahawan yang dilantik sebagai duta produk kecantikan baru-baru ini turut menjadi perhatian ramai.
Namun, kali ini mereka tidaklah mengkritik puncanya tidak berhijab, sebaliknya gaya rambut ‘bersahaja’ sewaktu hadir ke majlis tersebut telah mencuri mata ramai warganet.
Dalam video tersebut, Sofea dilihat sedang menanda tangan ‘board’ yang terpampang wajah dan namanya, seterusnya diikuti oleh sorakan individu yang berada ketika majlis pelancaran berkenaan.
Tak profesional! Kenapa rambut macam tu?
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana mereka mempertikaikan sikap profesionalisme isteri pelatun lagu Tergantung Sepi dari segi pemilihan pakaian dan fesyen rambut.
Biasanya artis melawa
Founder lagi menyerlah
Bukan itu sahaja, ada yang mengakui penampilan pengasas produk tersebut lebih menyerlah jika hendak dibandingkan dengan Anis Sofea.
Sumber: TikTok @wannurhaiza
Kredit -