“Saya Buka Purdah Kerana Allah” – Rata-rata Tercengang Menyaksikan Betapa Jelitanya Inara

Business

“Saya Buka Purdah Kerana Allah” – Rata-rata Tercengang Menyaksikan Betapa Jelitanya Inara

Sebelum ini, heboh tentang kecurangan dilakukan penyanyi Virgoun yang didedahkan oleh isterinya, Inara Rusli.

“Saya Buka Purdah Kerana Allah” – Rata-rata Tercengang Menyaksikan Betapa Jelitanya Inara



Inara mendakwa, Virgoun berlaku curang sejak dua tahun lalu dan pernah melanggan beberapa pelacur bagi mendapatkan khidmat seks.

ARTIKEL MENARIK:Pengsan Di Pentas Mega Spontan, Mamat Tidak Sedap Badan Sebelum Program Berlangsung




Lebih mengejutkan, penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu juga dikatakan mendesak Inara agar memuaskan nafsunya di siang hari pada bulan Ramadan yang lalu.

Tidak hanya itu, Virgoun juga dikatakan memaksa Inara untuk mengambil ubat kurus, selain menanggalkan purdah yang dipakainya sejak lima tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Terkini, dalam satu sidang media di Indonesia, Inara sekali lagi membuat kejutan apabila tekad untuk tidak lagi memakai purdah.


Inara akui tidak mudah untuknya membuat keputusan untuk menanggalkan purdah.



Menurutnya, tindakan tersebut terpaksa dilakukannya demi memastikan dia beroleh pekerjaan demi menyara anak-anak selepas kehidupannya hancur kerana kecurangan Virgoun.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok, Inara menegaskan bahawa keputusannya memakai dan membuka purdah semata-mata kerana Allah, tiada sebab lain.


Dan di kala purdahnya dibuka, kedengaran suara pihak media yang teruja langsung menyebut Masya-Allah gara-gara terpegun dengan kecantikan Inara.

Pada sesi sidang akhbar berkenaan, isteri penyanyi terbabit turut diiringi seorang guru agama yang berkesempatan menjelaskan bahawa tindakan Inara itu dibolehkan dalam Islam. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.


-----------------------------------------------------------------