“Fitnah Teramat Melampau”, Baru Tiba Dari Jeddah Ustaz Ebit Terus Buat Laporan Polis

Business

“Fitnah Teramat Melampau”, Baru Tiba Dari Jeddah Ustaz Ebit Terus Buat Laporan Polis

Fitnah teramat melampau, baru tiba dari Jeddah Ustaz Ebit terus buat laporan polis.

“Fitnah Teramat Melampau”, Baru Tiba Dari Jeddah Ustaz Ebit Terus Buat Laporan Polis



Baru ini di media sosial kecoh dengan cerita seorang wanita bertatu dari seberang, Mondy Tatto yang pernah dibawa oleh Ebit Lew ke Malaysia berkongsi cerita selain mendakwa dirinya disentuh oleh pendakwah tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Tidak suka selebriti bukan tiket keji anak


Fitnah Teramat Melampau

Dalam temubual podcast itu, Mondy Tatto telah mendedahkan cubaan beberapa kali yang cuba dilakukan oleh Ustaz Ebit sejak dari hari pertama berada di Malaysia. Bahkan dirinya mendakwa  ada  disentuh dan cuba dikucup selain berkata, Ustaz Ebit Lew telah menarik kain jubahnya dan tutup tirai kereta sebelum seorang pembantu Ustaz datang mengetuk cermin kereta.


Jelas pendedahannya sangat mengejutkan dan ramai mengaitkan dengan dakwaan Mondy telah dibayar untuk tampil dalam podcast tersebut. Bahkan dirinya juga dilihat telah menanggalkan tudung yang dipakainya ketika berada di negara ini dan kembali menjadi dirinya yang sebenar.

Baru Tiba Dari Jeddah Ustaz Ebit Terus Buat Laporan Polis

Dalam pada isu ini menular dengan hebatnya, Ustaz Ebit yang baru tiba dari Jeddah tengah malam tadi terus membuat laporan polis dan memberikan bayangan bahawa dirinya sudah menyerahkan kepada pihak peguamnya untuk tindakan selanjutnya kerana fitnah yang disebarkan ini disifatkan amat melampau dan tak berasas ke atas dirinya.




Walau tidak menyatakan kepada siapa laporan ini dibuat atau saman bakal ditujukan kepada siapa tapi pasti ramai dapat mengagaknya kerana pendedahan Mondy Tatto ini baru saja kecoh tidak sampai seminggu ini.

Di kongsi di fbnya sebentar tadi, Ustaz Ebit dilihat menunjukkan satu laporan telah dibuat di balai polis berkaitan isu ini.

“Baru sampai dari Jeddah 12malam tadi terus ke Balai Polis buat report mengenai fitnah-fitnah yang teramat melampau dan langsung tidak berasas ke atas diri saya. Saya serahkan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya”.

Apa pun, sama-sama kita nantikan akan kebenaran kisah yang disebarkan ini.


Kredit -Mingguan Wanita



-----------------------------------------------------------------