Tiba tiba kes Covid 19 di Wuhan meningkat lepas 30 hari raikan kemenangan. Akhirnya NHC bongkarkan punca jangkitan kes baru Covid 19 mula meningkat

Business

Tiba tiba kes Covid 19 di Wuhan meningkat lepas 30 hari raikan kemenangan. Akhirnya NHC bongkarkan punca jangkitan kes baru Covid 19 mula meningkat

Tiba tiba kes Covid 19 di Wuhan meningkat lepas 30 hari raikan kemenangan. Akhirnya NHC bongkarkan punca jangkitan kes baru Covid 19 mula meningkat
Tiba tiba kes Covid 19 di Wuhan meningkat lepas 30 hari raikan kemenangan. Akhirnya NHC bongkarkan punca jangkitan kes baru Covid 19 mula meningkat

Selepas lebih sebulan Wuhan mengumumkan sifar kes jangkitan COVID-19, China telah mengumumkan berlaku semula kes jangkitan koronavirus di kawasan terbabit. Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), berlaku peningkatan kes dua digit dalam tempoh hampir 10 hari iaitu sebanyak 14 kes jangkitan baru yang disahkan, dengan dua daripadanya adalah kes import.


Bagaimanapun tiada kes orang yang baru dilaporkan dalam tempoh sebulan lalu. Menurut Timbalan Pengarah NHC, Li Bin berkata, penularan semula wabak COVID-19 ini adalah berpunca daripada kelemahan sistem penjagaan kesihatan awam di Beijing.

ARTIKEL MENARIK: Gara gara ingkar arahan pkp dengan berbuka puasa beramai ramai kini 16 orang ahli keluarga dijangkiti covid 19 termasuk dengan ibu bapa.
loading...


Beliau berkata lagi, negara itu tidak membuat persediaan secukupnya hingga menyebabkan kekurangan dalam tindak balas China. “Pandemik itu merupakan ujian besar yang menunjukkan Beijing tidak bersedia dari segi sistem kawalan dan pencegahan, sistem kesihatan awam dan aspek lain berkaitan respons kepada kecemasan,”, katanya.

Sumber: Sinar Harian

Akhirnya Negara China Dedahkan Yang Mereka Sudah Jumpa Vaksin Covid 19. Mereka Bongkarkan Berapa Lama Mereka Ambil Masa Untuk Menyiapkannya.

VAKSIN bagi Cov19 dijangka akan dapat disiapkan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan, sekiranya proses penyediaannya di China berjalan dengan lancar, menurut pakar perubatan dari China. Doktor, penyelidik pasca kedoktoran Universiti Sun Yat-sen di China, Sun Jiufeng berkata, republik itu sedang membangunkan dua vaksin berbeza, dengan kedua-duanya kini di peringkat percubaan klinikal, yang dijangka siap pada Mei atau Jun nanti.

Beliau berkata, sebaik sahaja keputusan fasa kedua disiapkan, mereka akan masuk ke fasa ketiga percubaan klinikal, yang mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang untuk disiapkan dan membabitkan sukarelawan. “Ketika ini seluruh dunia sedang berusaha keras untuk menghasilkan vaksin berkenaan, dan jika semuanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat lihat vaksin itu siap digunakan menjelang hujung tahun ini atau awal tahun depan.

“Bagaimanapun, bagi penggunaan sebenar vaksin ini, memandangkan permintaannya amat tinggi, kita boleh katakan bahawa vaksin itu pastinya boleh digunakan oleh pesakit, tahun depan,” katanya menerusi penterjemah dalam satu temu ramah eksklusif bersama dengan Bernama dan media The Star di pejabat kedutaan China di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Sun berkata, pasukannya mengadakan perbincangan dengan Malaysia, yang menunjukkan minat yang tinggi untuk turut serta dalam proses penyediaan vaksin itu di China, terutama dalam fasa ketiga percubaan klinikal.

“Sekiranya kita benar-benar bekerjasama dalam perkara ini, tidak syak lagi ia akan dapat mempercepatkan penghasilan vaksin itu, dan turut membawa banyak manfaat kepada Malaysia dalam tempoh masa yang pantas,” tambahnya.

Turut hadir dalam sesi temu ramah itu ialah ketua doktor, profesor dan penyelia pascasiswazah Perubatan Kecemasan Bersepadu China dan Barat, Li Jun, serta profesor bersekutu, penyelia pascasiswazah, Ketua Doktor Bersekutu, Hospital Rakyat Wilayah Guangdong, Wen Miaoyun.

Sementara itu, Li berkata, ketika ini banyak perbahasan timbul mengenai rawatan alternatif untuk Cov19, yang jelas tidak menunjukkan bukti klinikal mengenai keberkesanannya. Bagaimanapun, menurutnya, ubat tradisional China banyak digunakan bagi merawat pesakit Cov19 di negara republik itu, dan dibuktikan agak efektif.

“Kami berkongsi pengalaman mengenai keberkesanan rawatan ini dengan rakan sekerja dari Malaysia. Kami harap sekiranya keadaan mengizinkan, Malaysia akan memperkenalkan ubat tradisional China ini dalam merawat Cov19 secepat mungkin untuk membawa manfaat kepada pesakit.

“Setiap rawatan tertentu ada perbezaannya, bergantung kepada pesakit dan keadaan.., jadi kami menggunakan kaedah perubatan yang berbeza bagi setiap pesakit, dan memastikan mereka sesuai dengan keadaan berkenaan,” tambahnya.

Pasukan lapan profesional perubatan dari China itu tiba di Kuala Lumpur pada 18 April dan telah menemui pakar tempatan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, baru-baru ini. Semalam Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, pakar perubatan dari China itu memuji tindakan pantas dan efektif Malaysia terhadap pandemik Cov19, termasuk dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


loading...


Malaysia Hasilkan Vaksin Covid 19. Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia Apabila Dr Noor Hisham Katakan Malaysia Terpilih Dlm Pembuatan Vaksin

MALAYSIA berkemampuan menjadi antara negara melaksanakan pembangunan dan penyelidikan vaksin koronavirus baharu (Covid-19). Keyakinan itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah susulan perbincangan yang giat dijalankan bersama negara lain mengenai usaha membangunkan vaksin terbabit.

Menurutnya, hasil perbincangan berkenaan diharap mendapat maklum balas positif. “Setakat ini, kita sudah kenal pasti beberapa negara dan akan berhubung dengan negara terbabit. Kita akan lihat bagaimana kita dapat bekerjasama dengan mereka dari segi penyelidikan.

“Malaysia akan menawarkan diri menjadi negara yang boleh dijadikan tempat untuk melaksanakan penyelidikan itu,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini. Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap negara akan dipilih dalam pembuatan vaksin itu.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, tiga kementerian iaitu Kementerian Luar, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta KKM bekerjasama untuk memastikan Malaysia mengambil langkah proaktif membangunkan vaksin Covid-19.

Beliau berkata, kerjasama itu bertujuan memastikan Malaysia berada di kedudukan terbaik untuk mendapat akses kepada pembangunan vaksin serta mampu terus mendapatkan vaksin terbabit apabila ia siap dihasilkan. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jangan lupa tekan like dibawah untuk berita menarik

Sumber Hmetro via apampink


-----------------------------------------------------------------