Sekali lagi alami kehilangan kandungan. Nabila Huda luah rasa sedih dan cerita punca dia disahkan kehilangan kandungannya buat kali kedua

Business

Sekali lagi alami kehilangan kandungan. Nabila Huda luah rasa sedih dan cerita punca dia disahkan kehilangan kandungannya buat kali kedua

Pelakon Nabila Huda berkongsi khabar sedih bayi yang dikandungnya gugu kali kedua pada Isnin.Dedah Nabila, dia mengalami pengeluaran cecair merah sebelum disahkan kehilangan kandungan.”Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya kehilangan kandungan lagi buat kali kedua.

Sekali lagi alami kehilangan kandungan. Nabila Huda luah rasa sedih dan cerita punca dia disahkan kehilangan kandungannya buat kali kedua

 


”Masa pertama kali tahu saya macamtu, saya sangat down. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu.

ARTIKEL MENARIK:Dikatakan punca Ashraf Muslim dan Puteri Sarah disahkan positif COVID19. Pengarah Rahila Ila dedah terima ribuan mesej kritikan dan dia jelaskan situasi yang berlaku kepada dirinya
loading...


“Sejujurnya, saya nak sangat ada anak. Terlalu nak sangat. Keinginan untuk ada anak tu nak sangat.”Apabila doktor sahkan saya hamil, saya sangat teruja tapi pada masa sama paran0id. Saya risau tiba-tiba ‘dia’ tiada atau ‘dia’ jatvh atau ‘dia’ tak ada kat dalam tu (rahim),” katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagram Stories pada Rabu.

Nabila yang merupakan salah satu juri The Masked Singer Malaysia yang kini hangat ditayangkan di Astro Warna setiap Jumaat pukul 9 malam mengatakan dirinya stabil dan akur dengan ujian tersebut.”Tapi saya percaya, tak ada rezeki lagi. Saya cuma kasihan pada suami saya. Lama dia tunggu. Kenapa susah sangat? Bila kita nak sangat, teringin sangat….

“Jangan bimbang, saya ada di rumah. Semalam seharian fikir… Sakit rasanya…,” tambahnya.Nabila yang mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan sejak Disember 2015 pernah kehilangan kandungan pada April tahun lalu.Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang berusia 10 tahun.


Tak Terlintas Untuk Cetuskan Kontroversi Bila Muat Foto Kurang Sopan. Nabila Huda Ulas Lebih Lanjut Mengenai Kritikan Yang Sering Dia Terkena Bila Melibatkan Pakaian

KUALA LUMPUR: Aktres, Nabila Huda, 36, tidak terlintas mahu mencetuskan kontroversi apabila memuat naik foto berkemban menerusi laman sosial, Instagram, baru-baru ini.Sebaliknya, pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-28 menerusi filem Munafik itu melihat foto yang diambil ketika menjalani penggambaran di Terengganu mempunyai nilai seni.

“Jadi isu ke gambar berkenaan? Saya tak nampak ada yang mempertikaikan gambar ini apabila melihat ruangan komen.Saya kongsi gambar kerana ia cantik dan ada nilai seni. Saya berkemban bukan sebab babak dalam lakonan, tetapi sebab cuaca panas ketika itu.”Saya sedang menjalani penggambaran di Terengganu, waktu itu. Rumah pula tepi laut. Secara kebetulan, suami, Mohd Izwan Johar merakamkan gambar, jadi saya bergaya sakan sambil menyelitkan bunga di tepi telinga. Hasil gambar memang menakjubkan dan pencahayaan, latar belakang dan kain batik yang disarungkan memang cantik.

“Atas faktor itu, saya kongsi dalam laman media sosial. Setakat ini, saya tak nampak pula komen negatif, mungkin warganet tahu saya bukanlah jenis yang suka menunjuk tubuh semata-mata untuk meraih perhatian khalayak. Saya juga bukan sengaja nak cipta kontroversi untuk memuat naik gambar berkemban,” katanya kepada BH Online.


Nabila berkata, tidak nafikan ada kemungkinan warganet takut nak komen negatif disebabkan dirinya sering membidas sesiapa sahaja yang mengkritik tanpa usul periksa.”Jika warganet takut baguslah (ketawa). Sebelum ini, jika saya ada menerima mesej peribadi dalam IG, saya akan tanya balik apakah tidak ada kaum keluarga mereka yang berkemban.

“Bagaimanapun, tidaklah selalu saya membidas komen negatif yang dilmparkan kerana saya tahu kebanyakan yang mengkritik adalah budak sekolah.”Sebenarnya, ikut mood saya juga. Jika saya mahukan hiburan berikutan bosan, saya akan cari mana-mana komen negatif yang ditulis dan orang itulah akan menjadi sasaran. Jadi, janganlah mudah untuk memperkotak-katikkan orang dengan komen negatif dan sesuka hati,” katanya.

Anak kepada penyanyi rock legenda, Amy Search itu berkata, perasaan bersalah menghantui dirinya apabila perkongsian video dalam situasi cemas selepas kediamannya dikatakan dicer0bohi seorang individu mencurigakn menimbulkan kebimbangan kepada keluarga dan rakan selebriti.Bagaimanapun, katanya, itu hanyalah teaser awal program The Masked Singer Malaysia yang menampilkannya sebagai salah seorang juri tetap bersama lapan selebriti lain.

“Sejujurnya, timbul rasa kasihan terutama kepada rakan artis yang menyangkakan kejadian ini memang terjadi. Saya pula mana pernah bergurau dengan cara begini.”Mereka tahu apabila membabitkan soal kerja, saya akan serius. Tetapi, apabila melihat reaksi mereka pan1k, sampai ada yang nak datang rumah dan membuat laporan polis, saya pula cuak. Terfikir apakah lakonan saya keterlaluan hingga mereka percaya saya dalam bahaya.”Apabila keadaan menjadi kecoh, rasa bersalah pula menghantui diri. Tak tahu nak buat apa untuk meredakan keadaan. Apa yang mampu dilakukan hanyalah meminta maaf pada mereka,” katanya.-metro

Bakal Menggalas Tanggungjawab Sebagai Juri Dalam Sebuah Program. Nabila Huda Dedahkan Dia Sanggup Habiskan 70 Peratus Daripada Gaji Dia Untuk Semata Sesuatu Ini

Nabila membuat persiapan sebulan awal untuk jadi juri program terbaharu.MENGALAS tanggungjawab sebagai juri tetap program The Masked Singer Malaysia, pelakon Nabila Huda memberitahu dia sudah membuat persiapan sejak sebulan lalu.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil, 36, dia sanggup menghabiskan 70 peratus bayaran yang diterima untuk tampil bersesuaian dengan konsep program nyanyian itu.”Semua orang tahu Abil kalau kat drama atau filem memang tak suka make up dan kebanyakkan karekter Abil mesti naked face saja. Tapi bila Abil jadi pengacara atau juri, Abil mesti go all out dan saya akan cipta stail sendiri.

Nabila berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.“Buat research dan sepakat dengan team yang Abil percaya mereka boleh tunaikan setiap permintaan. untuk #themaskedsingermalaysia special sikit kali ni, me and my team dah buat persiapan sebulan awal.

“Baju Abil custom dan dah siap dengan mood board. Jadi, semua dah rancang dan tersusun dengan baik sebab I’m very fussy (cerewet) dan bnci kena fikir last minute sebab boleh jadi marah.”Abil sanggup habiskan duit untuk pastikan Abil selesa dengan apa yang Abil mahukan.

Tak kiralah kerja apa pun Abil mesti bagi sepenuh hati, jiwa, duit dan komitmen sebab ini karier Abil.

“Dari baju shooting sampailah apa saja Abil akan habiskan selalunya 70 peratus daripada gaji Abil. Gila kan? Tapi itulah kebenaran mengenai Abil, ” ujarnya.Anak kepada penyanyi rock Amy Search itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.Nabila menjadi juri tetap program itu bersama selebriti lain iaitu Datuk Aznil Nawawi, Michael Ang, Zizan Razak, Ella, Remy Ishak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.Nabila sentiasa mahu memberi yang terbaik dalam setiap tugasan yang diterima.

Program The Masked Singer Malaysia akan bermula pada 19 September ini di Astro Warna.Dalam pada itu, Nabila berkata, kesanggupannya berbelanja besar itu disebabkan minat yang mendalam terhadap kerjayannya sebagai anak seni.”Tak kiralah kerja apa pun Abil mesti bagi sepenuh hati, jiwa, duit dan komitmen sebab ini karier Abil. I chose this and I really love my job so much, ” ujarnya.-mstar

 

loading...


Tular Video Nabila Huda Menangis Gara Gara Didatangi Individu Yang Mencurigakan. Ini Kebenaran Di Sebalik Apa Yang Berlaku Dan Nabila Harap Semua Maklum Dengan Kejadian Tersebut

Pasti ramai masih ingat lagi bulan lalu pelakon Nabila Huda ada memuat naik videonya berdepan kejadian mencemskan dan menangis ketakutan apabila rumahnya didatangi seorang individu yang mencurigakan. Bagaimanapun, Nabila berkata dia tidak menyangka lakonannya itu keterlaluan sehingga menimbulkan kebimbangan ramai pihak. Difahamkan, Nabila juga merupakan salah seorang juri tetap rancangan tersebut.

“Sebenarnya itu lakonan semata-mata ianya merupakan sebahagian teaser untuk promo program baharu. Video itu bukanlah gimik sangat pun, hanya tugasan biasa sahaja, konon-kononnya saya nampak kelibat mask misteri di rumah.“Memandangkan saya ni pelakon yang memang beri 100 peratus komitmen, itu pasal nampak macam over pula,” katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Nabila berkata gara-gara lakonannya itu dia menerima pelbagai mesej dan panggilan daripada keluarga dan kawan-kawan yang risaukan keadaan dirinya.

“Saya rasa bersalah pula. Tak tahu nak buat apa lepas video itu tular sampai saya rasa over sangat ke lakonan tu?“Salah saya juga tak maklumkan pada orang terdekat mengenai perancangan video teaser itu dan memang semua orang tak tahu kecuali suami yang ada di rumah,” katanya.-mstar

Video menangis ketakutan, Nabila Huda akhirnya ‘update’ status terkini – “Salam semuanya, saya okey… jangan risau”

Nabila memberitahu dia kini dalam keadaan bak.PERKONGSIAN video pelakon Nabila Huda menangis teresak-esak apabila mendapati rumahnya dipercayai didatangi individu yang mencurigakan mencetuskan pelbagai spekulasi.Rata-rata rakan selebriti meluahkan rasa bimbang dengan Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 36, namun ada juga segelintir warganet yang beranggapan ia sekadar lakonan atau gimik semata-mata. Selepas beberapa jam mendiamkan diri, Nabila atau lebih mesra disapa Abil akhirnya tampil berkongsi keadaan dirinya dan memohon agar semua orang tidak berasa risau.

Nabila berharap semua orang tidak bimbang dengan keadaan dirinya.”Salam semuanya. I’m ok… jangan risau,” tulis Nabila secara ringkas di laman Instastory miliknya pada Khamis.Bagaimanapun, Nabila tidak berkongsi lebih lanjut mengenai apa yang sebenarnya terjadi kepada dirinya.Pada malam Rabu, Nabila berkongsi video dia tidak dapat mengawal perasaan takut apabila ternampak bayang individu berbadan besar memakai serba hitam. Kejadian tersebut berlaku ketika suaminya, Mohd Izwan Johar dan anak perempuannya, Keisha Laila tidak berada di rumah.

Video Nabila di Instastory mengundang kebimbang dalam kalangan warganet .Perkara itu turut mendapat reaksi pelakon Datuk Fizz Fairuz yang meluahkan rasa bimbang jika sesuatu perkara buruk terjadi kepada kawan baiknya itu.Dalam pada itu, Fizz ketika dihubungi mStar memberitahu dia masih belum kesempatan nak hubungi anak kepada penyanyi rock Amy Seach itu kerana sibuk dengan penggambaran.

“Saya belum dapat hubungi dia lagi… saya pun tengah sh0oting nanti-nantilah saya hubungi dia. Lakonan atau betul jangan buat main-main… bahaya tau,” ujarnya.Usaha mStar untuk menghubungi Nabila dan ahli keluarganya masih belum berjaya apabila kesemua mereka enggan memberikan sebarang komen.-mstar

Ibu tiri Nabila Huda lega sengketa berakhir… “Maaf kurang beri perhatian dan dengar masalah kamu”

ISTERI kepada penyanyi rock terkenal Amy Search iaitu Norhasniza Hassan atau Nourish menganggap hubungan keruuh yang melanda antara dia dan anak tirinya, Nabila Huda sebelum ini sebagai suatu ujian buat dirinya dan keluarga.Malah Nourish berkata, hubungannya yang kian pulih bersama Nabila merupakan hadiah paling berharga yang diterimanya apabila doanya itu dimakbulkan.”@aku.amysearch Selepas 16 tahun, akhirnya untuk hadiah yang terindah. Terima Kasih untuk kejutan hari lahir ini, sangat bermakna buat saya.

“Doa yang terjawab. Aku reda dan ikhlas segala dugaan dan ujian buat kami.”Alhamdulillah… terima kasih banyak untuk mereka yang tidak putus-putus mendoakan kami sekeluarga,” tulisnya.Antara catatan yang dimuatnaik Nourish di laman Instagram miliknya.Nourish meluahkan rasa gembiranya itu menerusi laman sosial miliknya.Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi lagu Isabella ini juga turut meluahkan rasa kesal apabila gagal memberi perhatian terhadap anak tirinya itu.”Terima kasih kakakku, my superwomen @ermafatima tidak terbalas jasa kakak. We love you as always. Abil @kupu_kupu kami mohon maaf selama ini kami kurang beri perhatian dan mendengar masalah kamu.

“Terima kasih Bert kerana menjadi menantu yang baik dan banyak bersabar.Nourish meraikan sambutan hari jadi bersama keluarga.“Alhamdulillah semoga segala sengketa ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita sekeluarga. Semoga ini akan mematangkan kita semua untuk hari yang lebih baik. Aminnn. We love you too,” katanya.

Terdahulu, hubungan dingin antara Nabila dan Amy Search serta Nourish berjaya dipulihkan apabila pelakon itu datang beraya ke rumah penyanyi rock itu di Denai Alam pada malam Khamis lalu.Segala-galanya bermula selepas pengarah Erma Fatima yang bertindak menjadi orang tengah membantu agar hubungan anak-beranak itu kembali pulih.-mstar

5 Pengakuan Berani Nabila Huda Tentang Sisi Gelap Ibu Tirinya

Sejak tahun lalu, pelakon Nabila Huda akui hubungannya bersama bapa tercinta, Amy Search renggang dipercayai akibat pihak ketiga yang merujuk kepada ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Norish.Beberapa pendedahan telah dibuat Nabila mengenai ibu tirinya sejak tahun lalu yang mana akui Nabila sudah beberapa tahun tidak dapat berjumpa bapanya kerana sikap Norish. murai.my rangkumkan kembali 5 kontroversi tersebut!

Tahun lalu, Nabila mendedahkan bahawa suatu ketika dahulu dia pernah dipkl dan dihalau keluar rumah oleh ibu tirinya itu. Menerusi pendedahan hampir 20 status di laman InstaStory nya, Nabila akui dia pernah dihalau pada jam 2 pagi yang mana kisah itu tidak pernah diketahui oleh sesiapa pun.Nabila memberitahu pendedahan tersebut dibuat kerana menganggap sikap Norish terlalu melmpau.“Walaupun kau pernah halau aku buang barang-barang aku ke luar rumah jam dua pagi, aku budak lagi angkut barang, menumpang rumah orang satu benda pun aku tak cerita, tapi sebabkan aku rasa kau dah melampau, adil kan?”

Menurut Nabila, selama ini dia berdiam diri kerana mengenangkan kasih sayangnya terhadap Amy. Selepas selama 18 tahun menyimpan rahsia tersebut, Nabila akhirnya mendedahkan segala apa yang dilakukan oleh Norish dan mengambil keputusan untuk mendedahkan segala tingkah laku dan perbuatan ibu tiri itu terhadapnya selama ini.

3 4 Tahun Tidak Berjumpa Amy Search

Sebelum ini, Nabila akui sudah lama tidak bertemu dengan bapanya apatah lagi di Aidilfitri. Sebagai anak sulung, Nabila beranggap Amy tidak akan sesekali melupakannya biarpun tidak dapat beraya bersama selama hampir 4 tahun.“Dan bertahun aku tak okey dengan bapak aku, berjauhan, aku simpan sahaja rasa sedih ini. Rindu semua aku tahan, kalau engkau isteri yang baik, kau akan cuba kembalikan hubungan itu”

Anggap Ibu Tiri Raih Simpati

Tidak berdiam diri, terdahulu Norish menerusi laman Instagram nya turut mendedakan sikap Nabila sebelum ini. Biarpun begitu, Nabila beranggapan ibu tirinya itu sengaja membuat kenyataan untuk meraih simpati.Pelakon itu turut menafikan dkwaannya terhadap ibu tirinya adalah bagi menutup kesalahan diri. Nabila itu turut memberikan nasihat buat ibu tirinya itu agar menghormati orang lain dan perbetulkan diri sendiri sebelum menganggu kerjaya orang lain.

Perli Nabila Gara-Gara Ucapan Hari Bapa

Bersempena dengan hari bapa, Nabila telah mendedikasikan ucapanya buat Amy namun tidak lama kemudian isteri penyanyi rock lagenda itu dikatakan seperti menyindir ucapan Nabila.Berang dengan sindiran tersebut, Nabila menmpelak ibu tirinya itu dan mendakwa wanita tersebut adalah punca dia berjauhan dengan bapanya selama ini. Apa pun diharap hubungan anak-beranak ini akan kembali pulih seperti biasa kerana air yang diciincang tidak sama sekali akan putus.-murai

Tiada jaminan selamat, Nabila Huda kurang setuju penggambaran dibenarkan – “Produksi boleh cover kos perubatan 100 peratus?”

MESKIPUN rindu ingin kembali berlakon namun pelakon Nabila Huda tidak bersetuju dengan keputusan membenarkan penggambaran dijalankan dalam situasi krisis wabak Covid-19 yang sedang melanda.Nabila, 36, berkata banyak persoalan yang bermain di fikirannya dan antaranya berhubung dengan tindakan yang akan diambil pihak produksi jika kru atau pelakon dijangkiti Covid-19 ketika penggambaran.

“Macam mana kalau kita shoot, tapi kita terkena jangkitan didapati positif, produksi boleh tak cover kos perubatan 100 peratus? Boleh tak, produksi jamin 100 peratus kita tak akan dijangkiti ketika bekerja?”Macam mana kalau kita dijangkiti ketika penggambaran dan kemudian kita tak tahu, sekali terkena pada seluruh keluarga di rumah, produksi boleh tanggung kos perubatan untuk seluruh keluarga?Antara status yang dimuat naik Nabila di Twitter.

“Persoalannya, macam mana kalau kita dijangkiti ketika penggambaran? Adakah pasti anda akan ambil risiko? Soal nyawa, semua ada keluarga. Kalau keluarga dijangkiti itu adalah perkara paling menakutkan. “Bayangkan ibu bapa kita atau anak dijangkiti disebabkan kita, adakah anda rasa menyesal? Terlalu banyak persoalan bermain dalam fikiran bila saya terbaca fasal kenyataan nak mula penggambaran,” katanya di Twitter.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan kebenaran meneruskan aktiviti seni telah diluluskan semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).Bagaimanapun, penggiat seni haruslah mematuhi prosedur operasi standard (SOP)yang digariskan dan tidak akan mengabaikan saranan kerajaan itu.

Dalam pada itu, Nabila tetap berasa bimbang dengan penjarakkan sosial jika ada babak yang melibatkan orang ramai walaupun penggambaran boleh dilakukan mengikut SOP.Penerbit dan pengarah Shuhaimi Lua (tengah) gembira dengan keputusan kerajaan membenarkan aktiviti seni diteruskan selepas Aidilfitri.

“Kalau la kita dibenarkan untuk kembali penggambaran kena mengikut SOP, macam mana nak berlakon dengan cara new normal? Tak logik. Bukan tak setuju, faham semua dah kalut tak bekerja.”Saya pun dalam keadaan yang sama. Saya rindu nak masuk set. Sebagai contoh, penggambaran di lokasi luar untuk babak melibatkan orang ramai, babak gaduh, macam mana nak buat tapi penjarakkan sosial?

 



-----------------------------------------------------------------